KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 07, 2009

Water canon dan gas pemedih mata sambut kemaraan lebih 100,000 rakyat Bantah PPSMI sepanjang jalan menuju Istana Negara petang tadi



BLOGGERS Hishamudin Rais melaporkan dari Masjid Negara. Maaf blog saya tidak sempat diupdate sepanjang demo berlangsung tengahari hingga ke petang ini. Saya berada di lapangan sekitar Masjid Negara, Stesyen Keretapi dan tidak jauh dari Istana Negara.

Sebelum saya mencatat kisah tragik penyerahan memorandum Bantah PPSMI kepada DYMM Yang Dipertuan Agong, saya perturunkan beberapa tulisan, pandangan kawan-kawan yang turut menulis, menyertai dan mengikuti Himpunan Aman 100,000 Rakyat Bantah PPSMI di Masjid Negara. Hisyamuudin Rais melaporkan begini:

JAM 3.55 - DI MASJID NEGARA - KERANDA 152

Ketika berita ini ditulis KERANDA 152 telah selamat kembali ke perkarangan Masjid Negara. Ketika ini pemimpin PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia sedang berucap. PKPIM adalah penyokong kuat gerakan mansuh PPSMI.Mereka membawa KERANDA 152 - simbol perjuangan bahasa yang dimulakan oleh arwah Usman Awang pada tahun 1967 dahulu.

Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Membawa KERANDA 152 adalah mengosong mayat Bahasa Melayu.

JAM 3.53 DI MASJID NEGARA

Semua pintu masuk ke Masjid Negara telah di kepong oleh mata-mata dan FRU.Ramai para demonstran masih lagi berada didalam kawasan Masjid Negara.Ceramah akan bermula.

JAM 3.48 - DI MASJID NEGARA

Para pemimpin Gerakan Anti PPSMI telag berkumpul kembali ke Masjid Negara.Satu ceramah akan di mulakan.Mat Sabu telah kembali sehat dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Negara dari Kampong Asap. Awal tadi Mat Sabu hampir jatuh pengsan kerana serangan gas dan kimia.

Para demonstran sedang berkumpul kembali. Ramai yang sedang duduk berehat dan bercerita sama sendiri.Cerita cerita ini akan menjadi lagenda rakyat hingga ke anak cucu cicit.

JAM 3.45 - DI MASJID NEGARA

Satu gerombolan polis telah menceroboh masuk ke dalam masjid. Mereka telah di kepong oleh orang ramai.Akhirnya mereka mengundur.Orang ramai bersorak gembira.

JAM 3.41 - DI MASJID NEGARA

Para demonstran telah mula kembali berkumpul di Masjid Negara.Setelah di serang dengan gas dan tembakan kimia para demonstran telah mencari perlindungan di Masjid Negara. Ini sama seperti rakyat Palestin yang di serang oleh Zionis akan berlindung di dalam masjid. Para demonstran kelihatan berpelih, muka merah ada yang berhingus kerana serangan gas.Cuca cukup cun dan teduh. Awan sedang memayungi para demonstran.

Tiada ulasan: