"DAPATKAH orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato’ Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?" soal Prof. Dr Awang Sariyan.
Beliau menegaskan, polemik yang bersifat pinggiran seperti "mencari" dalang di balik "Perhimpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI" 7 Mac lalu tidak memberikan faedah selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.
Awang mendakwa, apa yang dapat dibayangkan kesungguhan mereka mempertahan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI.
Demikian ditegaskan oleh Penyandang Kursi Pengajian Melayu – ChinaBeijing Foreign Studies University, Prof. Dr Awang Sariyan dalam satu kenyataannya kepada media.
Beliau berkata, asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah berkenaan kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.
Katanya, jelaslah pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.
"Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.
"Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri)," tegas Awang.
Beliau turut menjawab mengapa sekarang baru dibangkitkan isu PPSMI setelah enam tahun ianya berlangsung. Tegasnya, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting.
Awang menjelaskan, seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam BN sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.
Para pejuang bahasa dengan penuh adab katanya cuba menggunakan saluran intelektual sebagai "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan.
Malah ulasnya, pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu. Awang kesal, bukan masanya untuk saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI.
Sebaliknya beliau mahu, asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara dilaksanakan dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

5 ulasan:
Prof, kenapa sekarang baru nak bantah? Kenapa tak masa dulu semasa mula perlaksanaannya? Dimana kamu , masa tu? Dimana mereka yg memperjuangkan bahasa masa tu?
Selepas 6 -7 tahun berlalu, baru nak bangkang. Apa semua ni? Pleaselah...orang diluar sana (orang bukan melayu) mentertawakan kita. Mereka kata, kenapa baru sekarang nak bantah? Sekarang baru celik ke? Atau Sekarang baru ada otak? Janganlah buat malu orang melayu.
Yang penting kita masih boleh martabatkan bahasa Melayu dgn byk cara. Itu yg perlu kita fikirkan.
PPSMI dah berjalan 6-7 tahun, lojik ke untuk kita kembali semula? Sepatutnya kita membincangkan masalah yg dihadapi dan apakah penambahbaikan yg boleh dilakukan.
Sasha2020.
Jangan pakai bulat2 hujah UMNO tanpa rujuk fakta.
Sejak dari awal pelaksanaan, rakyat membantah. Checkla saman membantah ppsmi tu bila. Kenyataan dari NGO melayu sebelum ni. Jangan guna alasan UMNO yg malas berfikir tu...
memang ade kontrak tu.. konrak buku-buku terjemah mate dalam BI belum habis di jual...
What's up Dear, are you actually visiting this web page daily, if so after that you will absolutely get good know-how.
My page: payday loans
I constantly spent my half an hour to read this wеbpage's content every day along with a cup of coffee.
Visit my website; short term loans
Catat Ulasan