KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 09, 2009

PPSMI: PAS bukan parti elternatif kepada Umno, sebaliknya satu-satunya parti Melayu/Islam yang masih wujud!



BLOGGERS Roslan SMS yang juga Setiausaha Akhbar Presiden PAS mengulas begini tentang Himpunan 100,000 Bantah PPSMI, 7 Mac lalu. Beliau memulakan begini: Semasa ucapan sulungnya ketika menyerahkan borang menjadi ahli PAS, bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Dato Zahar Hashim mengatakan bahawa PAS bukan parti alternatif kepada Umno tetapi PAS adalah satu-satunya parti pilihan orang Melayu/Islam di Malaysia.

Petang tadi terbukti Umno sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan Negara sebagaimana yang ia laung-laungkan disaat Allahyarham Dato Onn Jaafar menubuhkannya dahulu. Petang tadi Umno tidak terlibat dalam mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.

Petang tadi yang hadir untuk mendaulatkan bahasa Melayu dari Masjid Negara sehingga ke Istana Negara hanyalah para intelek dan sasterawan Melayu selain pimpinan tertinggi dan ahli-ahli serta penyokong PAS salian rakan-rakan dari PKR.

Petang tadi kerajaan yang ditunjangi Umno mengarahkan agar kelongsong-kelongsong gas pemedih mata dituju dan dihalakan ke arah para pejuang bahasa Melayu yang berhimpun dari Masjid Negara ke Istana Negara.

Sudahlah mereka bertanggungjawab mengorbankan kedaulatan bahasa, sudahlah mereka tidak hadir bersama mempertahankan bahasa ketika ianya dalam ancaman, mereka tergamak melihat anak-anak bangsa yang berhimpun untuk mempertahankan bahasa mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dihujani dengan air kimia dari water canon FRU.

Pejuang bangsa apakah Umno ini?!! Apalah sangat sehingga mahu tunjukkan kuasa ke atas anak-anak bangsa sendiri? Mereka sekadar mahu menyerahkan memorandum suara hati mereka kepada Raja mereka, ketua Negara, ketua Melayu ketua agama, tetapi mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa? Sudah hilangkah kewarasan dan pertimbangan kita?

100 lebih anak-anak bangsa ditangkap tadi atas dosa mempertahankan kedaulatan bahasa mereka, sudah sasau dan biulkah Umno??!! Saya yakin dan percaya perisitwa malang petang tadi akan merupakan kemuncak kehancuran parti yang kononnya berjuang untuk survival umat Melayu itu.

Syabas dan tahniah para pejuang bahasa Melayu dari Sasterawan Negara, tokoh-tokoh akademik, para pelajar termasuklah ketua dan pimpinan parti siasah. Anda semua telah membuktikan bahawa perjuangan memartabatkan bahasa ini yang sudah dilupakan oleh Umno sanggup terus dipikul dan diperjuangkan oleh kita semua selain Umno.

Hapuskan PPSMI. Hidup Bahasa Melayu!

1 ulasan:

tok iskandar berkata...

Hishamudin dah kena tempias GMP(gerakan mansuhkan PPSMI).tak kena gaya berkuburlah impian sepupu Najib ni nak jadi Naib Presiden UMNO.

Ramai pemimpin UMNO tak suka dengan kelakuan menjolok mata Hishamudin yang derhaka pada arahan Pak Lah agar isu PPSMI ini diselesaikan segera.Muhyiddin sendiri sependapat dengan Pak Lah dan hari ini Rais Yatim pula bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Dalam seminggu dua ni,tok percaya Hishamudin akan dikritik oleh pemimpin-pemimpin UMNO.Lain kali buat lagi bodoh sombong.Setahu tok Hishamudin ni nenek moyangnya berketurunan Turki.Dia sendiri tak reti cakap Turki.Cubalah fikir,kalau dah sains dan matematik diajar dalam BI,lama-kelamaan generasi akan datang tak reti berbahasa Melayu.bukannya phobia tetapi ketaksuban sebahagian pemimpin UMNO dengan PPSMI menyakitkan hati rakyat semua.

Perancis,Jerman dan Jepun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka.tak payah jauh kat sini Thailand dan Indonesia pun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam BI.Di England dan AS berapa ramai yang menganggur,x ada keja dan buta huruf biarpun belajar sains dan matematik dalam BI.

Itulah UMNO.....kehendak bangsa sendiripun tak faham.Dengar lagi cakap mamak Mahathir tu.Dia sendiri tak reti cakap tamil biarpun keturunannya berasal dari India.

Bahasa jiwa bangsa.UMNO bukannya ada perjuangan nak memartabatkan bahasa sendiri.Membakulsampahkan bahasa sendiri adalah.Datuk Dr Hassan Ahmad yang mengetuai GMP bukan calang-calang orangnya.Pernah jadi ketua pengarah DBP dan bekas duta Malaysia ke UNESCO.nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi.

Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu,maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam.

Apa yang UMNO buat.cakap je perjuangkan nasib Melayu.buat bodo dan buat dono adalah.Kenapa tak yakin dengan bahasa sendiri.Tok tak nampak pun hari tu Pekida,Pewaris atau Perkasa turun berdemo.Mereka ni semua bukannya anak jantan.kalau dah bangga sangat dengan bahasa inggeris,korang mintaklah warganegara Australia,UK atau USA.

Kalau berani,tok nak hishamudin dedahkan segera hasil kajian PPSMI.Jangan lupa juga dedahkan berapa kos perbelanjaan untuk PPSMI.Kroni siapa yang dapat tender bekal cd,laptop,perisian,buku-buku dan macam-macam lagi.benarlah kata Profesor dr khoo kay kim,polisi pelajaran negara ditentukan oleh ahli politik dan bukannya tokoh akademik.

Isu PPSMI menjadi bukti UMNO bukanlah Melayu sebenar tetapi memelayukan bangsa Melayu.UMNO dah jadi haprak dan shit seperti buku yang dikarang sasterawan negara datuk shahnon ahmad.

generasi muda malu melihat UMNO dan malu menjadi ahli UMNO.Tok faham UMNO malu untuk memelayukan parti mereka menjadi pekembar.mana glamor nama tu.wakakakak.pinjam gelak raden jowo