KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 11, 2009

Wartawan dan para penyokong Pakatan Rakyat salah sangka, kononnya Nizar "mengadap" Tuanku Sultan semalam - Misbah


SETIAUSAHA Dun Perak, Misbahul Munir Masduki melaporkan dalam blognya tentang betapa ramainya wartawan dan para penyokong Pakatan Rakyat yang kecewa menunggu Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang kononnya mengadap Tuanku Sultan, rupa-rupanya tidak.

Kata Misbahul Munir, Istana Kinta semalam dipenuhi dengan para wartawan, orang ramai dan tidak ketinggalan pasukan keselamatan. Jalan menuju ke Istana ditutup oleh trafik. Para watawan ingin membuat liputan dan berita hasil pertemuan Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin yang kononnya mengadap Tuanku Sultan Azlan bagi mempersembahkan usul-usul yang diluluskan oleh Sidang DUN Tergempar di bawah pokok.

Orang ramai pula ingin mengetahui perkembangan seterusnya hasil pertemuan antara Hj Nizar dengan Tuanku. Pasukan Keselamatan pula, biasa le, nak jaga keselamatan yang akhirnya menyusahkan pengguna jalan raya.

Sebenarnya mereka semua salah faham, Hj Nizar buat kenyataan kemungkinan yang paling cepat dan terdekat untuk beliau mengadap Tuanku hari Selasa. Kenyataan ini difahami yang Hj Nizar akan mengadap Tuanku pada pagi Selasa, tanpa mendapat pejelasan dan maklumat yang tepat, mereka terus beramai-ramai ke Istana Kinta untuk membuat liputan, laporan dan berita.

Ramai yang menelepon saya bertanya perkembangan ini. Saya menjelaskan Dato' Seri ada dirumah, tengahari nanti akan ke Parit Buntar, beliau tidak mengadap Tuanku hari ini.

Ada wartawan yang tidak percaya, kononnya kami menyembunyikan pertemuan ini. Saya beritahu, kalau kami nak sembunyikan mengapa pula Hj Nizar buat kenyataan akan mengadap Tuanku.

Mengadap Tuanku tidak semesti hari Selasa, paling cepat dan terdekat mungkin hari Selasa, boleh jadi juga hari-hari yang lain, semuanya terpulang kepada Tuanku, bila baginda perkenan untuk menerima mengadap.

3 ulasan:

PARPUKARI berkata...

TUAN, NIZAR PATUT MENGHADAP POKOK TU JE, CONFIRM BOLEH JADI MB PERAK BALIK PUNYA....NAMA BARU NIZAR KOYAKUTTY..

DENGAN MUKA APA NIZAR NAK MENGADAP TUANKU BRO???

HMM...KALAU ADA MARUAH FIKIR LE...

Tanpa Nama berkata...

alamak, dalm blog utz misbah siparFUCKari nak menyibuk ker? wakakaka polis kena tipu, syabas utz.

Tanpa Nama berkata...

Nizar nie mmg da takde muka..selepas memperlakukan sultan begitu masih ada hati nak mengadap