


Kesalahan mereka telah diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada satu sidang media khas di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato Onn 17 Mac lalu.
Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Penerangannya, Herman Shamsudeen dalam satu kenyataan medianya yang turut menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak dan mendakwa mereka di mahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.
Ali Rustam, dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.
Herman menegaskan, walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.
"Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan Politik wang dalam pemilihan Umno 2004," ujar beliau.
Politik wang katanya, adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya memahaminya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno, tambah beliau, tetapi ia juga tertakluk dibawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.
Herman berkata lagi, Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah tegasnya, maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan dibawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan