KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 07, 2009

Pendemontrasi enggan undur, berkumpul semula di Masjid Negara dan sekali lagi polis lepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid!





SETELAH mata berair, hidung berhingus dan batuk-batuk tajam, dan Lutfi seperti orang menangis dengan mata yang merah, kami beredar menelusi Stesyen Keretapi menuju ke Masjid Negara.

Semua peserta demontrasi yang telah lintang pukang lari bertempiaran akibat diserang gas pemedih mata dan water canon, sudah berbaris-baris panjang meniti jalan hadapan Masjid Negara dari arah Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Kebanyakan mereka singgah semula di Masjid Negara. Polis menyekat kenderaan dan menutup jalan bawah di hadapan masjid yang menuju ke Jalan Maharajalela ke arah Dataran Merdeka. Polis nak menempatkan kereta dan trak FRU. Macam mahu menembak lagi ke arah masjid.

Rupa-rupanya, menurut rakan-rakan yang telah awal bertapak di masjid, memberitahu, FRU sudah menembak gas pemedih mata ke arah masjid. Ini kerana peserta demontrasi mula berkumpul semula di dalam masjid. Ada gas yang sempat dihumban semula ke dalam kolam masjid itu. Entah apa yang dimarahkan sangat FRU itu, tidak diketahui hingga sanggup menembak ke arah masjid, kubu akhir tempat sesiapa sahaja berlindung.

Saya dan Lutfi mundar mandir merakamkan gambar sekitar masjid. Gerombalan FRU tiba dengan 5 trak dan bas anggota polis itu. Kami menaiki tangga masjid untuk melihat gambaran umum dari posisi yang strategik. Sebelum itu, tidak kurang dari 15 orang anggota polis beruniform biru melarang sesiapa sahaja masuk ke masjid. Tetapi akhirnya, larangan itu tidak terpakai setelah makin ramai pendemontrasi datang.

Sebelum itu saya terserempak dengan Pak Ya, aktivis PAS Bandar Tun Razak. Beliau memberitahu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Mahfuz Omar ada di dalam masjid. Mereka ditembak gas pemedih mata tidak jauh dari Istana Negara. Dan Pak Ya juga mengakui FRU menembak ke arah masjid gas pemedih mata untuk menyuraikan pendemontrasi setelah mereka berkumpul semula di situ.

Sesampai ditangga utama masjid, saya melihat Naib Presiden PAS, Ahmad Awang melayan pemberita dan pihak TV. Barangkali meninjau reaksi beliau tentang perhimpunan itu. Tidak lama kemudian, saya terserempak dengan Dato' Abu Bakar Chik dan beliau tiba-tiba didatangan pihak media bertanyakan tentang isu pendedahan terkini akhbar Laberation berkenaan kes pembunuhan Altantunya dan kaitannya dengan bakal PM, Najib Tun Razak.

Saya bertemu Dr Mohd Hatta Ramli. Setelah berbual-bual, saya terus menujuu penjuru kanan masjid yang menempatkan sebilangan besar pendemontarsi yang baru pulang dari arah Istana Negara. Barangkali mereka mangsa semburan air dan gas pemedih mata, dekat Bangunan YPEIM tadi.

Tiada ulasan: