KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 08, 2009

Pesurujaya Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dun Perak untuk diadili, dijatuhkan hukuman kerana hina Dun Perak!



PESURUHJAYA Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak untuk diadili oleh dewan kerana menghina dewan. Demikian ditegaskan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut menyatakan bahawa hakim tersebut telah melampaui bidang kuasanya di sisi undang-undang.

Selasa lalu (3 Mac) mahkamah tinggi membenarkan permohonan Barisan Basional untuk menghalang sidang Dun.

Pendapat Karpal dipersetujui oleh Prof. Dr Abdul Aziz Bari yang berkata Perintah Mahkamah Tinggi itu bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tulang belakang kepada badan kehakiman yakni DUN, pihak eksekutif yakni Menteri Besar dan Exconya serta badan kehakiman.

"Nampaknya hakim tidak mengambil kira teori ini yang meskipun tidak disebut oleh perlembagaan atau perintah tetap DUN tetapi ia menjadi roh kepada semua peruntukan yang menyatakan kedudukan dan kuasa dewan dan speaker. Begitu juga dengan kuasa DUN dan mahkamah untuk menghukum sesiapa yang menghina perintahnya," kata Aziz lagi.

Sebelum ini Dato Param Coomaraswamy turut menyatakan kesal atas apa yang beliau lihat sebagai pelanggaran kepada doktrin pengasingan kuasa yang penting itu. Param juga berpendapat bahawa mahkamah tidak harus campur dalam soal ini dan seharusnya krisis politik di Perak itu dikembalikan kepada rakyat melalui pembubaran dewan.

Aziz berkata kedudukan dan kuasa speaker yang luas – baik di Dewan Rakyat maupun dalam Dun – adalah berasaskan kepada kedudukannya sebagai badan perundangan (legislature).

"Dari apa yang kita lihat nampaknya mahkamah tidak menghiraukan kedudukan ini dan meletakkan kedudukan speaker sama dengan kakitangan awam biasa," tambahnya.

Beliau berkata adalah ganjil apabila mahkamah mengeluarkan perintah melarang sidang dewan kerana ia amat bertentangan dengan teori pengasingan kuasa. Kata Aziz "ini tidak pernah terjadi, baik di Malaysia atau pun di negara-negara Komanwel lain".

Sebab itu, jelasnya, perintah itu tidak perlu dihormati dan malah hakim berkenaan boleh dihukum oleh dewan kerana menghinanya. Aziz berkata kuasa mutlak sebegini bukanlah sesuatu yang terlalu ganjil.

"Mahkamah sendiri mempunyai beberapa kuasa yang diberi untuk menjaga kehormatannya. Perdana Menteri atau Menteri Besar pun ada kuasa mutlak dalam soal perlantikan dan pemberhentian ahli-ahli kabinet mereka," katanya lagi.

2 ulasan:

maun berkata...

Nak buat macam mana kalau Sultan dah bisu yob!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa Sultan Perak lebih Ariff berkenaan perkara ini kerana Tuanku pernah menjadi Ketua Hakim Negara...
Pengalaman Tuanku harus digunakan sewajarnya....
Namun juak-juak UMNO mungkin tak yakin dengan Tuanku sebab tu mereka ke England mengadap Queen Console (QC) (bukan Queen Control dan bukan juga Quality Control)...

Eh, Eh betul ke ni...
Kalau tak betul tolong betulkan...
Saya ni rakyat biasa saja....
Kerja kilang....