KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 10, 2009

"Rupa-rupanya begini cara nak selamatkan bangsa," - A Samad Said


SETELAH berarak dan terkena gas pemedih mata, Sastarawan Negara, Dato' A Samad Said dapat menjiwai sendiri penderitaan sebuah perjuangan rakyat di negara yang dikatakan demokrasi.

Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum kepada wakil DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agung, A Samad berkata rombongan pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan lalulintas yang teruk.

"Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya. Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," kata tokoh berusia lebih 7o tahun itu penuh semangat.

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, katanya lagi, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang.

Antara pemimpin PAS yang turun padang termasuklah Presidennya, dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, dua Naib Presidennya, Ahmad Awang dan Muhamad Sabu, Setiausaha Agong, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Penerangan, Dato' Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, dua AJK PAS yang kelihatan, Idris Ahmad dan Dr Syed Azman Nawawi.

Selain Ketua I Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baha Zain dan beberapa sasterawan Melayu dan tokoh bahasa hadir antaranya Dr. Shaharil Mohamad Zain, Hasni Abbas, Ainon Mohd, Dr Abdullah Hassan dan ramai lagi.

Tiada ulasan: