MENJELANG pilihanraya kecil Parlimen Bukit. Kini sudah ada usaha pihak tertentu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan melakukan provokasi mengedarkan risalah berunsur fitnah yang dicetak dan disebarkan kepada para pengundi di kawasan ini, lapor Johari Jaafar dari Bukit Gantang.
Risalah fitnah yang berunsur provakasi itu ditemui oleh seorang penyokong PAS sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat pada 20 Mac lalu di Masjid Bendang Siam.
Menurut Ketua Penerangan Operasi Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim, risalah itu telah diberikan oleh Setiausaha Jentera Pilihan raya PAS, Salman Salleh kepadanya untuk tindakan lanjut.
Meneliti surat berwarna putih itu jelas dicetak gambar DYMM Sultan Perak Dan Mufti Kerajaan Perak yang ditulis dengan perkataan "Ini Anjing Barisan Nasional".
Khalil Idham melahirkan rasa terkejut dengan risalah berunsur fitnah dan beliau yakin perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
"Saya menafikan sama sekali risalah yang mnegandungi fitnah ini. Ia bukan dicetak dan dikeluarkan oleh Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang. Saya percaya ini adalah kerja yang dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bermoral yang sengaja mahu membuat provokasi dan melagakan PAS dengan DYMM Sultan Perak dan Mufti Kerajaan Perak," tegasnya.
Sehubungan itu beliau telah membuat satu laporan polis pada jam 5.15 petang di Balai Polis Changkat Jering dan meminta pihak polis membuat siasatan terperinci siapakah yang bertanggungjawab mencetak dan mengedarkan risalah yang berunsur fitnah yang memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita mahu pihak yang bertanggungjawab dengan pengedaran risalah berunsur fitnah ini didakwa di mahkamah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan