KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 05, 2009

GEMPAR: 28 Adun Pakatan Rakyat dipanggil polis kerana menghadiri perhimpunan haram "Sidang Tergempar Dun Perak" di bawah pokok


TERKINI: Seramai 28 Adun Pakatan Rakyat akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dengan perhimpunan "Sidang Tergempar DUN Perak" 3 Mac lalu. Polis menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.

Antara Adun Pakatan Rakyat yang telah dipanggil polis dan memberi keterangan ialah YB Thomas SU (Pasir Pinji). YB Thomas telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. Hari ini, dijangka tiga orang lagi Adun akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah yang sama.

Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Dun, Misbahul Munir Masduki semalam.

Dalam "Tragedi Demokrasi" itu, pihak plis telah menghalang sesiapa sahaja masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Bersidang Dun Perak yang sepatutnya diadakan pada pagi 3 Mac lalu. Bagaimanapun, atas arahan pemimpin BN, dan dengan kerjasama erat polis, sidang itu gagal diadakan kerana semua Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke Dun dan pintu Dewan dikunci.

Ini menyebabkan semua 28 Adun Pakatan Rakyat terpaksa meneruskan agenda "Sidang Tergempar Dun Perak" di bawah pokok Sena, kira-kira 100 dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sudah tentulah, dalam keadaan kontroversi itu, ramai para pemerhati sidang berkumpul untuk melihat dan mendengar sidang di bawah pokok itu.

Tiada ulasan: