KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 05, 2008

1,000 PENGUNJUNG Sehari SANGGAH & JENGAH Blog SANGGAHTOKSAGO!

Terima kasih semua pengunjung SANGGAHTOKSAGO. Hantarkan apa jua komen pedas anda ke kolum ulasan di bawah artikel yang dipaparkan sebagai tindakan pro aktif anda dalam isu-isu yang diangkasakan!

By TARMIZI MOHD JAM

MASA begitu cepat berlalu. Pantas dan pantas. Saya mulakan operasi Blog Sanggahtoksago pada 8 Ogos 2007, iaitu kira-kira enam bulan lalu.

Sambutannya sejak akhir-akhir ini amat memberangsangkan. Purata pengunjung tidak kurang dari 1,000 sehari. Ini bermakna setiap hari, hit visitors melangkah 1,000 ke 1,000.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan anda semua. Kesediaan anda turun ke Blog Sanggahtoksago amat-amat dihargai.

Saya akan cuba melengkapkan blog ini dengan pelbagai isu dan acara yang menarik.

Kepada rakan-rakan blogger, tiada halangan dan hambatan untuk anda linkkan alamat blog ini http://sanggahtoksago.blogspot.com/ ke dalam blog atau website anda.

Terima kasih tak terhingga kepada isteri saya, yang tidak jemu-jemu meraikan karenah saya di depan komputer.

Juga kepada rakan akrab ketika di Jabatan Pengajian Media UM dulu, Rozlan Mohd Noor yang sudi membina dan mengajar saya mengendalikan blog ini dengan sebaiknya.

Terima kasih semua. Hantarkan apa jua komen pedas anda ke kolum ulasan di bawah artikel yang dipaparkan.

Apa "PENYAKIT MISTERI" Azalina Othman Tak Mahu KAHWIN-KAHWIN?

By PAS JOHOR BHARU

SERIUS sungguh ucapan Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Azalina Othman Said yang enggan mengulas tentang status dirinya yang masih belum berkahwin disebabkan memberikan keutamaan kepada rakyat.

Persoalannya dengan usianya yang semakin lanjut dan status dirinya yang bergelar menteri tentulah sukar untuk kaum lelaki rapat dengannya.

Kami menyarankan supaya Dato Azalina memikirkan semula perkara ini memandangkan sudah menjadi budaya sekarang ini dari kalangan wanita yang bekerja dan lanjut usia sudah mula tidak memikirkan soal perkahwinan ataupun tidak berminat untuk mendirikan rumahtangga.

Janganlah berfikir bila sudah bersuami dan beranak tanggungjawab semakin berat, biarpun ia berat ianya adalah ibadah.

Hidup seorang Islam yang beriman itu pastilah akan lebih sempurna sekiranya berkahwin seolah-olah melengkapkan lagi iman dan ibadah seharian.

Sudah tentu pengorbanan untuk berkahwin mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.

Dato Azalina Othman yang sehingga sekarang ini masih belum mahu bertudung telah menjadi subjek ikutan rakyat Hadhari yang memandang isu tudung dan perkahwinan ini perkara yang leceh dan tidak perlu.

Gimik politik murahan seolahnya 'humble' sebagai hamba kepada rakyat dan negara tidak sewajarnya dicontohi oleh rakyat.

Jangan jadikan isu masih belum mahu berkahwin untuk meraih sokongan politik kalaupun benar carilah alasan lain daripada rakyat salah faham dengan peribadi menteri.

Wahai Azalina berkahwinlah sebelum usia tuamu pergi begitu sahaja tanpa bekalan zuriat anak yang soleh....

KENAPA SAYA MASIH BELUM KAHWIN?
Oleh Farabi Sheikh Said Al-Jabri

Petikan Utusan Malaysia

SEREMBAN 4 Feb - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keutamaan kepada rakyat yang melebihi diri sendiri merupakan sebab beliau masih belum berkahwin.

"Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di seluruh negara meletakkan keutamaan rakyat lebih daripada keutamaan diri, tidak kira masa.

"Oleh kerana itulah saya sehingga kini masih lagi tidak berkahwin, kerana saya meletakkan keutamaan rakyat lebih daripada diri sendiri," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah di sini hari ini.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor dan baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-44 pada 31 Disember lalu berkata, pada masa ini beliau mahu memberikan tumpuan kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan Menteri Belia dan Sukan.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mendirikan rumah tangga selepas pilihan raya umum ke-12, Azalina yang sedang melakukan lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan enggan mengulas lanjut.

"Ini soal peribadi dan saya berasa tidak perlu untuk mengulas soalan tersebut," katanya.

Isnin, Februari 04, 2008

TERBELAKAH Staf Harakah? Merealisasikan NEGARA KEBAJIKAN BA!

Harakah bukan setakat media pilihan raya anda sahaja tetapi kebajikan kakitangannya hendaklah dijagai dan sentiasa terpelihara, TERBELA!

By ALI BUKHARI AMIR

BA dan BN mempunyai nawaitu yang sama; mahu perintah Malaysia.

Sama ada sesetengah pimpinan Pas dan Umno punya kepentingan peribadi atau ikhlas memerintah untuk merubah kepada kebaikan yang lebih baik, itu kita serahkan pada Tuhan yang lebih tahu niat mereka.

Kita manusia, bukan Tuhan. Manusia menilai melalui zahir luaran. Tuhan yang berhak menilai hati dan batin mereka.

Apa yang lebih penting, Pas dan Umno kedua-duanya bercita-cita besar mahu jadi 'khadam rakyat'.

Dalam sebuah hadis, disebutkan bahawa pemimpin bagi sesuatu kaum itu adalah 'khadam' kepada rakyat. Soalan saya, pernahkah Pas dan Umno terfikirkan hal kedudukan mereka sebagai 'khadam rakyat'?

BA adalah saingan BN. Demikian cara kita fikir dengan mudah. Dan tiada masalah dengan hal ini. Kalau pilihan raya tiap-tiap hari pun tiadalah masalah sangat dengan pola pemikiran sebegini.

BA dan BN mempunyai nawaitu yang sama; mahu perintah Malaysia. Sama ada sesetengah pimpinan BA dan BN ada kepentingan peribadi atau ikhlas memerintah untuk merubah kepada kebaikan yang lebih baik, hal itu kita serahkan pada Tuhan yang lebih tahu niat mereka.

Kita manusia, bukan Tuhan. Manusia menilai melalui zahir luaran. Tuhan yang berhak menilai hati dan batin mereka. Yang lebih penting, BA dan BN, kedua-duanya bercita-cita besar mahu jadi 'khadam rakyat'.

Dalam sebuah hadis, disebutkan bahawa pemimpin bagi sesuatu kaum itu adalah 'khadam' kepada rakyat. Soalannya, pernahkah BA dan BN terfikir bahawa, hal kedudukan mereka sebagai 'khadam rakyat'?

Hari ini kita undi (lantik dan pilih) BA sebagai khadam dan hamba. Apabila kita lihat BA tidak 'perform' dengan baik dalam pemerintahan, maka esok kita boleh undi (lantik dan pilih) BN sebagai khadam dan hamba kita pula.

Manifesto BA dan manifesta BN bagaikan 'resume' hamba dan khadam yang mesti diperjelaskan kepada rakyat (majikan) melalui rapat umum (temuduga).

Tapi, masalahnya sekarang rapat umum (temuduga) untuk majikan (rakyat) menilai kekuatan khadam (parti) itu amat singkat. Sudah tentu, keputusan memendekkan rapat umum bakal menyebabkan majikan tersilap memilih khadamnya sendiri.

Barangkali, SPR sudah singkat pemikirannya juga. Ini pun suatu kemungkinan juga. Negara Kebajikan BA mahu ke mana?

Pemimpin BA adalah Pas. Idea membentuk resume 'Negara Kebajikan' ini datangnya daripada Pas.

Jadi, ketika khadam rakyat Pas-BA menyebutkan istilah 'Negara Kebajikan' ini, dia memerlukan lidah untuk bersuara. Adapun lidah rasmi Pas ini adalah Harakah, termasuklah Harakah Daily.

Kakitangan Harakah khasnya wartawan Harakah ini adalah golongan yang telah menaikkan pimpinan Pas dan memasyhurkan pimpinan Pas-BA.

Saja-sajalah kita mahu tanya, kebajikan wartawan ini sudahkah dipenuhi atau mereka masih lagi hidup merempat?

Jika kebajikan mereka mahu lagi belum dipenuhi, maka sejauhmanakah Pas-BA mahu merealisasikan manifesto resume mereka kepada majikan mereka (rakyat)?

Saya risau kalau barisan pembangkang menang, khasnya Pas, imej Islam akan rosak kerana khadam rakyat ini tidak mampu memenuhi manifesto mereka seperti yang dijanjikan.

Orang akan mula menjauhi Islam kerana kelemahan khadam rakyat Pas ini. Mungkinkah dengan sebab ini, Allah s.w.t telah melambat-lambatkan dan melewat-lewatkan kemenangan Pas?

Siapakah yang mampu menjawab persoalan yang saya bangkitkan ini?

BUKTI DITOLAK! Suruhanjaya Diraja TIDAK BOLEH DIHARAP Lagi?

Menjadi harapan sebenar rakyat bahawa prosiding siasatan ini dijalankan supaya keadilan dapat dicapai secara meyakinkan.

By ANWAR IBRAHIM

SURUHANJAYA Haidar di dalam memutuskan untuk tidak menerima bukti wujudnya konspirasi menetapkan keputusan mahkamah telah menghakis keyakinan orang ramai bahawa kerajaan hari ini serius di dalam mengembalikan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Saya amat kecewa bahawa Suruhanjaya Haidar telah memutuskan bahawa saya tidak perlu dipanggil untuk memberikan bukti wujudnya rasuah sebagaimana disebutkan di dalam petikan kenyataan saya yang diserahkan kepadada Suruhanjaya Haidar.

Saya yakin bukti yang saya dapat berikan mampu membantu Suruhanjaya Haidar untuk mendapatkan kebenaran disebalik kemelut yang melanda sejarah kehakiman Malaysia ini.

Keputusan Suruhanjaya untuk tidak membenarkan saya memberi keterangan sudah semestinya akan menimbulkan tanggapan ada kuasa-kuasa di belakang tabir yang menentukan keputusan tersebut.

Kuasa-kuasa ini cukup berpengaruh sehinggakan Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja bagi menafikan saya memberikan bukti, meskipun bukti tersebut sudah semestinya akan membantu menjelaskan keterangan-keterangan lain yang telah diberikan selama ini.

Namun, para pesuruhjaya (terutamanya Tan Sri Haidar) tidak mengambil peluang ini untuk mencari punca sebenar skandal ini, tetapi menghabiskan masa mereka dengan isu-isu prosedur dan tafsiran yang terhad tentang bidangkuasa mereka.

Tujuan dan matlamat siasatan ini ialah untuk memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa hakim-hakim di negara kita boleh menjunjung keadilan tanpa kecuali.

Malangnya, para pesuruhjaya mengambil tafsiran yang terhad terhadap terma-terma rujukan dan sekaligus mengelak dari menyiasat rasuah yang paling jijik sekali bahawa keputusan di dalam mahkamah kita boleh diatur, dan bukannya mengapuskan barah rasuah ke akar umbinya.

Secara asasnya, video Lingam menunjukkan pihak yang berkemungkinan terjebak atau sememangnya terlibat dengan rasuah dilantik ataupun dinaikkan pangkat sebagai hakim.

Para pesuruhjaya tersilap di dalam hanya membenarkan bukti penetapan perlantikan hakim tanpa membenarkan bukti rasuah diambilkira.

Sebelum penubuhan Suruhanjaya DiRaja ini saya sudah mendesak agar terma rujukan siasatan ini mestilah cukup luas dan jelas bagi memastikan kemaslahatan umum dipelihara.

Jelas, perkara ini tidak berlaku. Akibat dari terma rujukan yang tidak dihurai dengan baik dan terma rujukan yang terhad, para pesuruhjaya kini telah membuat ralat yang nyata.

Justeru, di dalam pendekatan yang teramat pincang ini, Suruhanjaya bukan sahaja gagal mendapat gambaran sebenar situasi ini tetapi sama ada secara sedar atau tidak terlibat di dalam menghalang penegakan undang-undang.

Saya tidak menggunakan istilah ini dalam konteks perundangan yang terhad tetapi konteks etika dan moral yang lebih luas bagai mengambilkira harapan tulen rakyat.

Dan menjadi harapan sebenar rakyat bahawa prosiding siasatan ini dijalankan supaya keadilan dapat dicapai secara meyakinkan.

Saya juga menyeru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan segera bagi menjelaskan terma rujukan bagi memastikan bukti rasuah termasuk penetapan keputusan mahkamah bermula dengan penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diterimapakai di dalam siasatan ini.

Sekiranya kerajaan benar-benar serius di dalam memerangi rasuah serta mengembalikan keyakinan terhadap institusi kehakiman, inilah peluang untuk mereka membuktikan komitmen mereka.

Sudah sampai masanya Perdana Menteri mengambil tindakan tegas bagi membawa mereka yang merosakkan institusi kehakiman, tidak kira apa jawatan mereka ke muka pengadilan, bukan dengan hanya melaungkan slogan muluk-muluk tentang prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Saya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertindak segera bagi memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa dapat diyakinkan bahawa kerajaan beliau serius di dalam memerangi rasuah dan benar-benar mahu menegakkan kedaulatan undang-undang.

VK Linggam: STRATEGI Anak Badawi KENAKAN Chet Det TERSASAR?

Apakah percutian ini suatu kebetulan atau dalam keadaan Linggam atau semuanya mabuk? Wah betapa intimnya mereka setelah semua rancangan berjaya...

By TARMIZI MOHD JAM

ANWAR Ibrahim sudah menjangkakan, kesan siasatan sekiranya Suruhanjaya Diraja itu benar-benar bebas dan wibawa; sarat impak yang besar dan pastinya mampu menggugat seluruh sistem pemerintahan Umno.

Bayangkan, kiranya terbongkar konspirasi mencatur hakim ini. Apa pandangan rakyat dan dunia luar terhadap sistem kehakiman kita? Tentu teruk sekali.

Hakim boleh dijualbeli, maka tentulah keputusan hakim yang kononnya muktamad seperti yang kita percayai selama ini, akan sentiasa dicurigai. Rasa tidak puas hati dan marah dengan mahkamah akan menjadi-jadi.

Mahu tidak mahu, sandiwara baru terpaksa ditonjolkan. Mahathir yang menuduh dan menuduh orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, kini menjilat ludahnya. Dia pula yang terlupa dan lupa.

Hujah-hujah dangkal seperti Linggam mabuk, bercakap seorang diri, tidak ingat, lupa, tidak kenal, tidak rapat, kebetulan dan "suara macam saya, rupapunmacam saya" menjadi subjek dan objek penting dalam alasan mereka yang tertuduh.

Kata Anwar, perhatikan saja penglibatan tauke judi mengusung bekas Peguam Negara Mohtar Abdullah ke percutian mewah, VK Lingam dan Eusoff Chin (lihat foto).

Kenyataan Dato’ Murad bahawa beliau diarah oleh Dr Mahathir, dan melibatkan sekali lagi Vincent Tan dan menteri Umno sekutunya Tengku Adnan Mansor untuk memfitnah Anwar juga patut dibongkar.

"Akhirnya Murad menegaskan VK Lingam mengarah beliau mengaku salah jika tidak beliau akan dipenjara!" tegas Ketua Umum PKR itu. Banyak ugutan dan ancaman dalam episod klip video VK Linggam ini.

VK Lingam meyakinkannya bahawa sudah “diatur” penyelesaian dengan Eusoff Chin dan Mohtar Abdullah.

Anwar mengajak dan menyeru rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kedamaian, sudah tiba masanya warga negara yang bermaruah bergerak menyelamatkan negara!

Sambil berseloroh barangkali, Anwar berkata "Alahai mustahil saudagar kaya yang memunggah kontrak dan saham rakyat mengerti makna kebajikan!"

Isunya sekarang, apakah terdapat wibawa dan ketahanan, ketelusan dan kegagahan Suruhanjaya ini menyiasat klip video VK Linggam yang penuh kontroversi dan sarat dengan signal anak Badawi untuk mengenakan Mahathir, musuh nombor wahidnya kini?

6 Syor DR. BADRULAMIN Jayakan ACARA JALAN RAYA 23 Feb 2008 Ini!

Penyertaan meningkat dari 100 ribu pada hari pertama hingga mencecah 1 juta pada hari ke 3 bagi mengisi program Himpuna Bersih 23 Februari 2008...

By DR. BADRULAMIN BAHRON

Assalamualaikum wrkt.

SEBELUM kita bicara tentang pilihanraya, elok kita fokus bagaimana nak jayakan acara jalanraya yang akan diadakan pada 23 Februari 2008 ini. Cadangan saya:

1. Himpunan diadakan selama 3 hari 3 malam.
2. Penyertaan meningkat dari 100 ribu pada hari pertama hingga mencecah 1 juta pada hari ke 3.
3. Kaedah tetap sama - himpunan aman, tidak ganas, tanpa senjata dan sebarang benda merbahaya.

4. Peserta duduk berzikir, berdoa, menyanyi...
5. Anak-anak dan wanita serah bunga pada polis.
6. Dipukul jangan lawan, ditangkap jangan lari, sorang ditangkap 10 ikut naik lori...

"Suara Rakyat Suara Keramat!"
"Rakyat Hakim Negara".

Dr. NAJIHAH (PAS) Akan PASTIKAN Datuk Zaim Kecundang Di PARIT?

Datuk Zaim akan bertanding di Parlimen Parit menentang calon PAS, Dr. Najihah Ahmad bagi memberi laluan kepada Nasharuddin Hasyim dilantik Exco Kerajaan Negeri Perak

By TARMIZI MOHD JAM

SEMAKIN sah, Ketua Umno Bahagian Parit yang kini Adun Blanja, Datuk Zaim Abu Hassan akan dipindahkan ke Parlimen Parit bagi memberi laluan kepada Datuk Nasharuddin Hasyim bertanding di Dun Bota.

Ini untuk membolehkan Nasharuddin dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Perak, jika beliau menang dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Sebelum ini, satu emel yang diterima menyebut pemindahan Zaim bertujuan khusus untuk menyelamatkan ketiga-tiga kerusi yang dikuasai BN itu dari terlepas semula ke Barisan Alternatif.

"Hanya Zaim sahaja yang mampu untuk menyatukan jentera pilihan raya Umno Parit. Jika Che Ri di kekalkan di Bota, dikhuatiri kerusi itu akan terlepas dengan mudah.

"Ketua Pemuda, Ustaz Nizar terpaksa dicalonkan bagi menarik perhatian pemuda untuk bekerja lebih keras mempastikan BN menang. Jika tidak, jentara BN akan tempang," tegas emel tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Ustaz Mohd Nizar semakin hampir dicalonkan untuk bertanding kerusi Dun Blanja bagi mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Zaim.

Menurut sumber, Adun Bota kini, Datuk Che Ri Daud terpaksa "direhatkan" atas alasan memberi laluan kepada Nasharuddin bertanding di kerusi itu.

Bagaimanapun, menurut sumber, alasan "memberi laluan" hanya untuk menyedapkan hati para penyokong Che Ri di Bota tetapi hakikatnya ia suatu "penyingkiran" terancang untuk menamatkan karier politik anak Batang Padang itu yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian.

Ketika Adun Bota (1995) yang ditewaskan oleh PKR dalam pilihan raya 1999, Ismail Hasbolah disingkirkan, juga memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian dan kemudiannya dilantik Setiausaha, tidak lama selepas itu.

Ketiga-tiga mereka dijangka akan ditentang calon-calon yang disebut-sebut seperti Dr. Najihah Ahmad (Parlimen Parit - PAS), Kapten (B) Usaili Alias (Dun Bota - PKR) dan Ustaz Ismi Muhd Taib (Dun Blanja - PAS).

Pilihan raya kali ini dijangka sengit dan mampu untuk mengulangi kegemilangan BA 1999, di mana PAS menyapu bersih Parlimen Parit (Ustaz Basir Rahmat) dan Dun Blanja (Dr. Faizol Fadli Muhamad). Sementara KeAdilan menang di Dun Bota (Usaili Alias).

Dr. ZAMRI KADIR Menteri Besar Perak Jika BA Tidak Memerintah!

Dr. Zamri antara yang ditahan ISA ketika penahanan Anwar Ibrahim 1999 dan kini berlindung dari team anak Badawi. Adun Pangkor dan Exco Kerajaan Perak. Mahyuddin khabarnya kerap mengunjungi Lumut sejak akhir-akhir ini.

By TARMIZI MOHD JAM

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Dr. Mohd Zamri Abdul Kadir dikatakan semakin hampir untuk mengisi kerusi Menteri Besar Perak, itupun jika Perak tidak jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum ke 12 ini.

Menurut sumber, namanya sudah diteliti pihak istana. Dan istana khabarnya berkenan dengan Dr. Zamry, walaupun sebelum ini didesas-desuskan nama beliau tidak digemari oleh pihak istana.

Namun begitu, terrdapat beberapa nama lain lagi yang turut disenaraikan ke kerusi tersebut.

Mereka termasuklah Abdul Rahman Sulaiman dari Parit Buntar dan Zahid Hamidi dari Bagan Datoh. Ketiga-tiga mereka dikaitkan sebagai team Mahyuddin Yassin, sayap kanan anak Badawi.

Abdul Rahman dan Zahid sudah didesas-desuskan akan bertanding kerusi Dun bagi membolehkan mereka menggantikan Tajol.

Sementara Dr. Zamri, yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut kekal mempertahankan kerusi Dun Pangkor.

Tajol Rosli dijangka akan dipindahkan semula ke Pusat bagi memberikan laluan kepada mana-mana antara tiga proksi anak Badawi, yang bakal mengukuhkan penguasaanya dan menantunya, Khairi Jamaluddin.

BENARKAH Anak Badawi Mahu MENJENAMAKAN SEMULA "Mike Tyson"?

Harapan Mike Tyson kembali ke persada politik negara kian cerah. Lihat di belakang dan sebelah kirinya, Khairy dan seku-sakatnya mengelilingi mantan MB Selangor itu.

By TARMIZI MOHD JAM

DI BELAKANG Tan Sri Muhamad Muhd Taib dikatakan Khairy & The Gang. Bertanding atau tidak, namanya sudah tersenarai sebagai calon BN.

Ketua Penerangan Umno itu telah diumumkan namanya oleh Menteri Besar, Khir Toyo, kepada para wartawan selepas Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Mengecat Bangunan di Taman Desa Ria PJS 5 di Petaling Jaya.

Ini bermakna, tokoh yang amat popular dengan gelaran "Mike Tyson" itu sudah berada dalam senarai calon yang akan bertanding.

Beliau kini adalah seorang Senator. Kedudukan itu, tentunya kurang menyerlah berbanding peluangnya dilantik anggota kabinet anak Badawi, selepas menang kerusi parlimen.

Soalnya, mengapakah anak Badawi mahu menjenamakan kembali "Mike Tyson" ke persada politik Malaysia.

Namanya begitu buruk dan teruk apabila dia sanggup menipu rakyat Malaysia dan Sultan Selangor ketika melarikan anak baginda Sultan, Tengku Zahariah dan menikahnya di luar negara.

Kisah penipuannya makin tersohor apabila ditangkap memiliki wang jutaan ringgit, tanpa diistiharkan kepada pihak berkuasa Australia.

Di manakah kerusi yang boleh diserahkan kepadanya, tidak begitu penting. Mike Tyson boleh bertanding di mana sahaja, jika diarahkan oleh anak Badawi.

Namun ramai juga yang menyebut, dia bakal ditempatkan di Parlimen Shah Alam menggantikan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang termasuk dalam senarai yang akan disingkirkan oleh anak Badawi.

Para pemerhati berpendapat, Mike Tyson boleh dijadikan regu yang baik dan berani untuk kabinet anak Badawi. Dia juga dikatakan boleh bekerjasama dengan menantunya, Khary Jamaluddin.

Canggih: Kini WANITA Boleh MENGANDUNG Tanpa Pasangan Lelaki!

Kita tunggu apa kata ulama dalam isu semega ini! Siapakah bapa si anak itu nanti? Bagi orang Islam, wali nikahnya bagaimana pula? Apakah kecanggihan teknologi kini, manusia berasa dia lebih hebat dari Allah yang Maha Pencipta?

By AGENSI

London: Wanita dijangka berpeluang mempunyai anak tanpa 'kehadiran' lelaki - menggunakan sperma yang dihasilkan melalui sumsum tulang.

Perkembangan itu berlaku selepas Profesor Karim Nayernia dan pasukan beliau dari Universiti Georg-August, Gottingen, Jerman, berjaya menghasilkan sperma tiruan menggunakan sel induk embrio tikus di dalam makmal.

Profesor Nayernia, yang kemudian berpindah ke Universiti Newcastle di bandar Tyne, Britain, berkata: "Kejayaan kami menghasilkan sperma daripada sel induk sumsum tulang merupakan satu kemajuan utama," kata beliau.

"Buat pertama kali, kami berjaya menghasilkan sperma dalam tabung uji, dan menggunakan sperma untuk menyuburkan telur dan membolehkan haiwan (tikus) melahirkan anak."

Penemuan itu dijangka merintis kaedah rawatan yang mampu mengatasi masalah kemandulan di kalangan wanita.

Namun, pasangan hanya boleh melahirkan anak perempuan.

Bagaimanapun, para pengkritik memberi amaran bahawa perkembangan itu akan meminggirkan lelaki dan membawa prospek kelahiran bayi secara tiruan tanpa proses semula jadi.

Menurut majalah New Scientist yang ditukil laman berita Daily Mail, para saintis bercadang mengambil sel induk daripada tubuh seorang wanita penderma sumsum tulang dan mengubahnya menjadi sperma lelaki.

Profesor Nayernia telah memohon kebenaran kerajaan Britain untuk menjalankan penyelidikan dan bercadang memulakan eksperimennya dalam tempoh dua bulan mendatang.

SHAHIDAN Mahu RADZI AHMAD Dipecat Macam Anak Badawi PECAT Zaharin Yassin!

By TARMIZI MOHD JAM

SUDAH tentulah Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berada pada pihak yang menang sekarang. Walaupun Radzi Sheikh Ahmad berjawatan Setiausaha Agung Umno, ini tidak bererti dengan mudah Shahidan mahu melepaskannya begitu sahaja dalam arena politik Umno Indera Kayangan itu.

Radzi kini tersepit dan terjepit. Shahidan mahu pihak yang telah mencadangkan agar beliau dipecat dari jawatan Menteri Besar, dipecat juga daripada Umno. Maknanya, Shahidan mahu Radzi dipecat!
Serangan Shahidan ini begitu tajam dan pedih untuk diterima oleh Radzi. Waima Perdana Menteri (disebut anak Badawi) sendiri, mungkin akan mengambil jalan berdiam diri, setelah melihat "kejantanan" Shahidan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Berperang dengan Shahidan bermakna anak Badawi menaruh gunting dalam lipatan dan membubuh api dalam sekam. Lambat-laun gunting akan menggodam tuannya, api pula pastinya panas melebur.

Barangkali, Shahidan mendapat ilham dari "kejantanan" Mahathir "menghentak" anak Badawi baru-baru ini. Mahathir sendiri mendakwa terdapatnya perjanjian lisan atau gentlemen's agreement antara beliau dengan anak Badawi tentang usia sepenggal mertua Khairy itu menjadi Perdana Menteri.

Mahathir mahu Najib Tun Razak, yang kini Timbalan Perdana Menteri mengambil-alih tampuk kepimpinan negara.

Sekalipun, Najib menafikan dengan memberi sokongan penuh kepada anak Badawi, ini tidak membawa maksud gentlemen's agreement itu tidak wujud sebelum ini.

Najib tentunya menjawab secara berbudi bahasa, mengikut kempen KeKwa anjuran Rais Yatim. Namun, intipatinya jelas, Mahathir cuba menyampaikan kepada umum bahawa anak Badawi hanya boleh diberi kuasa sepenggal sahaja menjadi ketua nombor wahid negara.

Tanpa berselindung, Mahathir sendiri mengajak pengundi membersihkan "deadwood" atau "tunggul mati" dalam sarang Umno dan BN pada pilihan raya kali ini.

Siapakah "tunggul mati" yang dimaksudkan Mahathir itu?

Tentulah anak Badawi yang amat dikesali Mahathir atas serahannya jawatan nombor satu negara itu kepada suami Jeanne Abdullah . Kini, Mahathir mendesak agar jawatan itu diserahkan kepada Najib Tun Razak...
"Orang yang mahu saya pergi telah mendapat laporan meluas dari media. Jika kita ikut peraturan parti, orang itu patut dipecat. Ada kes precedent di sini bila Zaharin Mohd Yassin (bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak) mengkritik pemimpin Umno (Perdana Menteri), dia telah ditendang dari parti," kata Shahidan dengan yakin.

Sengaja hulu balang Mahathir itu, memetik dan mengaitkan sebab musabah Zaharin Yassin atau Sang Kelembai dipecat oleh Umno sedikit masa lalu. Isunya kerana menentang dan “menelanjangkan” anak Badawi dalam komentar-komentar pedasnya.

Maksud tersirat MB Perlis itu; apa bezanya kisah Radzi dengan Sang Kelambai yang dipecat itu? Semuanya memburukkan parti. Mengusutkan imej dan mengherotkan sokongan.

Signal Shahidan cukup jelas, agar anak Badawi mengetahui sindir-sinisnya dalam isu kontroversi yang baru dicetuskan bulan lalu. Radzi mahu Shahidan berhenti dari jadi orang nombor wajid di Perlis.

Sang Kelembai dipecat kerana “mengutuk” anak Badawi dalam tulisan dan di luar tulisannya? Radzi yang cuba membuang Shahidan di Perlis, dengan bantuan segala media massa menyebelahinya; takkan anak Badawi tak mahu pecat dia?

Inilah rasanya isu yang cuba ditimbulkan Shahidan.
Sebelum ini, Radzi Sheikh Ahmad telah mencadangkan agar Menteri Besar Perlis itu ditukar kerana menurutnya dia telah membawa perpecahan dalam Umno Perlis. Itu tuduhan Radzi ke atas Shahidan!

Kenyataan ini telah disiarkan oleh semua media dan banyak dipaparkan pada sesawang alternatif. Ia mendapat begitu luas liputan, hingga meletakkan Shahidan dikandang orang salah ketika itu.

Namun, sebagai orang lama dalam politik, Shahidan memujuk scenario yang ada dengan menukilkan janji akan mencalonkan Radzi dan Azmi Khalid bertanding semula di Perlis. Itu haknya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, katanya!

Kini, Shahidan mendapat signal, barangkali dari Mahathir agar dia menunjukkan taringnya untuk terus menyanggah anak Badawi yang berlindung di belakang Radzi dan Azmi Khalid. Dulu, tentunya dia bimbang dan takut.

Sekarang, Shahidan kelihatan gagah dan semacam sedang berlawan dengan anak Badawi. Apakah yang Menteri Besar Perlis itu fikir, tidaklah diketahui hingga beliau sanggup meminta agar Radzi dipecat sama seperti Zaharin Yassin dipecat dari Umno dulu.

Makin benarlah dakwaan sekarang, anak Badawi kini sedang rancak untuk "mencantas" suku-sakat Mahathir dari menjadi MB, Adun dan Ahli Parlimen, agar pokok yang ditanam anak Badawi sendiri rendang dan rimbun menyelamatkan politiknya dan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa depan.

GILIRAN SHAHIDAN "Menukul" AZMI Khalid dan RADZI Sheikh Ahmad

Shahidan makin berani main sandiwara dan meletakkan Azmi Khalid dan Radzi Ahmad betul-betul di bawah ehsan telunjuknya untuk bertanding di Perlis dalam PRU 12 ini!

By BERITA HARIAN

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, mendakwa maruah dan imejnya tercemar berikutan kenyataan kononnya namanya tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau mempertikaikan kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, kerana keputusan undian bagi pemilihan calon di bahagian Padang Besar dilakukan secara tertutup sebelum diserahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya dimaklumkan undian pemilihan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Padang Besar dilakukan secara sulit dan semua ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian yang menghadiri mesyuarat berkenaan tidak memperoleh keputusannya.

"Justeru, saya mempertikaikan ketelusan mesyuarat itu kerana Umno bahagian membuat keputusan untuk menyerahkan nama mereka yang dicalonkan kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman," katanya pada sidang media di Kaki Bukit, dekat sini, semalam.

Azmi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar tidak hadiri mesyuarat itu kerana bukan lagi AJK bahagian selepas menawarkan diri untuk tidak bertanding pada pemilihan bahagian 2004.

Azim berkata, ramai AJK yang menghadiri mesyuarat dipengerusikan Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, memaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa mereka mengundinya.

"Bahagian Padang Besar memutuskan untuk mencalonkan lima nama bagi setiap DUN dan saya difahamkan nama saya adalah antara terbanyak memperoleh pencalonan untuk bertanding di Parlimen dan satu DUN," katanya.

Beliau berkata, walaupun keputusan mutlak pemilihan calon dibuat Perdana Menteri, tetapi maruah dan imejnya tercemar selepas tersiar berita namanya tidak disenaraikan sebagai calon.

"Saya bersedia bertanding mana-mana kerusi sama ada di Parlimen atau DUN di bahagian Padang Besar mengikut kemahuan Presiden Umno yang berkuasa menentukan senarai calon pilihan raya umum.

"Jika Pak Lah hendak saya pencen (bersara), saya tetap akur," katanya.

Kelmarin, Shahidan menyatakan kesediaannya mencalonkan nama Azmi dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai calon untuk bertanding di kawasan Parlimen masing-masing.

"Saya mempunyai kuasa untuk mencalonkan Azmi dan Radzi sebagai calon mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing memandangkan mereka tidak disenaraikan sebagai calon oleh bahagian masing-masing," katanya.

Sementara itu, Umno bahagian Kangar turut mempertikaikan kenyataan Shahidan kerana mendakwa Radzi yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, memperoleh pencalonan terbanyak untuk bertanding di Parlimen Kangar dan satu kerusi DUN di bahagian berkenaan.

Setiausahanya, Aziz Had, berkata mesyuarat bahagian pada 30 Disember lalu memutuskan menyenaraikan lima calon di setiap DUN dan Parlimen.

Mesyuarat dipengerusikan ketua bahagian, Ahmad Bakri Ali dan pengundian dilakukan secara terbuka.

1,000 Petugas PAS Wilayah SEDIA GEMPUR 4 Kawasan Bertanding!


Jentera Pilihan Raya PAS Wilayah sudah bersedia. Lebih 1000 petugas iltizam untuk berkhidmat menentang jentera BN dalam pilihan raya ke 12 ini. Keyakinan mantap Haji Ishak Surin terhadap sokongan petugas, sukar dinafikan pada himpunan sempena Kenduri Rakyat!

By HERMAN SAMSUDEEN

SETIAUSAHA Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, yang merasmikan Himpunan Petugas Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan semalam menegaskan bahawa PAS akan tetap bertanding walaupun SPR kini masih lagi tidak bersih sepenuhnya.

“Kita tetap menyertai pilihanraya ke-12 bagi menafikan cita-cita BN yang mahukan zero pembangkang di Parlimen dan DUN. Kita tidak mahu memberikan kemenangan mudah kepada mereka dan tetap berusaha untuk menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen dan Kerajaan yang memerintah di beberapa negeri yang disasarkan.

“Kita mahu tunjukkan pada rakyat bahawa PAS bersungguh untuk membawa suara rakyat yang kini semakin ditindas. Walaupun SPR masih lagi tidak bersih, itu tidak bermakna kita harus mengaku kalah dan penyertaan ini adalah satu cabaran kepada SPR untuk mereka lebih berhati-hati dalam pilihanraya kelak.” kata beliau.

Himpunan Petugas Pilihanraya PAS Wilayah yang berlangsung diperkarangan Markas PAS Titiwangsa ini turut dihadiri oleh 1000 orang petugas dari seluruh Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara pimpinan yang hadir Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor Mohama, Ketua Muslimat PAS Pusat, Hjh Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat, Dr. Lo’Lo Hj Ghazali, dan pimpinan PAS Wilayah Persekutuan serta beberapa wakil parti KeADILan Wilayah Persekutuan.

Pesuruhjaya, Haji Mohamad Nor Mohamad dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS Wilayah Persekutuan kini telah bersedia untuk mengempur Umno-BN menjelang pilihanraya akan datang.

“PAS Wilayah Persekutuan bersedia untuk menghadapi Umno dalam pilihanraya akan datang dan kita bersedia pada setiap masa turun bertemu dengan rakyat bagi mendedahkan penipuan Umno-BN selama 50 tahun mereka memerintah negara ini”- kata beliau.

Di akhir himpunan, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS (JPN) Wilayah, Hj Ishak Surin menegaskan, PAS akan bertanding di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

“Kita telah bersetuju dan bersedia untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak. Oleh itu setiap ahli dan petugas harus melipatgandakan usaha bagi memenangi Pilihanraya kali ini” kata Ishak.

Prof. Dr Syed Hussein Kata KEPIMPINAN Ulama PAS TIDAK SESUAI!

"Saya lihat PAS akan mengubah gaya kepimpinannya pada masa depan. Golongan yang bukan ulama akan memimpin PAS, bukan sekarang tetapi mungkin dalam jangka waktu yang dekat, kalau ada pemimpinnya yang muncul" - Dr. Syed Hussein

BERIKUT cabutan interbiu ringkas Mingguan Malaysia bersama Prof. Datuk Dr. Syed Hussein pada 18 April 2004 yang memberikan pandangan berhubung dengan "Kepimpinan Ulama PAS":

Syed Hussein: Rakyat menolak Pas bukan kerana ia mengemukakan dasar Islam sebagai perjuangannya; bukan itu yang menyebabkan ia tidak berkesan. Ia tidak berkesan kerana sifat pimpinan Pas itu. Parti itu dipimpin bukan oleh mereka yang ahli dalam masalah politik zaman sekarang. Dalam gerakan Islam yang sangat berkesan di mana-mana pun di dunia ini, pimpinannya bukan daripada golongan yang tidak ada latar belakang pendidikan zaman sekarang. Ambil kelahiran negara Pakistan sebagai contoh. Kita boleh melihat bagaimana rakyatnya termasuk para pemimpin madrasah dan lebai-lebai yang menyokong kelahiran Pakistan itu mengangkat Muhammad Ali Jinnah sebagai pemimpin. Ketika itu ada banyak pemimpin yang berpengaruh di Pakistan tetapi mereka mengangkat Jinnah.

Mingguan Malaysia: Adakah maksudnya kepimpinan ulama tidak sesuai dalam politik zaman ini?

Syed Hussein: Betul. Kepimpinan ulama tidak sesuai kerana bukan matlamat ulama untuk mencurahkan pemikirannya di situ. Lagi pula, latar belakang ulama tradisi tidak cukup memahami masalah dunia dan langsung tidak ada latihan ke arah itu. Gerakan Islam di Indonesia umpamanya bermula pada tahun 1912 melalui Sarekat Islam (SI) tetapi ia dipimpin oleh Haji Omar Said Tjokroaminoto, dan bukannya tokoh-tokoh dari pesantren. Namun SI mendapat sokongan kuat daripada pesantren. Selepas Indonesia merdeka, gerakan Islamnya dipimpin oleh Masyumi. Para pemimpin Nahdatul Ulama sekarang juga banyak yang mempunyai pendidikan moden. Kalau kita lihat Revolusi Iran digerakkan oleh Imam Khomenei. Tetapi sebaik saja berjaya, tokoh yang dilantik sebagai Perdana Menteri ialah Mehdi Bazargan, seorang jurutera dan bukannya ayatollah. Menteri-menteri yang lain juga begitu, ada doktor, jurutera dan sebagainya. Saya katakan begini saja. Pada zaman ini, kita tidak boleh mencari nakhoda yang mengikuti latihan zaman lampau, latihan zaman kapal layar. Sudah tentu kita memerlukan nakhoda yang boleh melayarkan kapal zaman sekarang.

Mingguan Malaysia: Adakah Pas sedar masalah ini kerana pada tahun 1999 itulah juga nakhodanya dan mereka mendapat sokongan yang besar ketika itu?

Syed Hussein: Kalau kita hendak menentukan sejauh mana kita boleh melompat, kita tidak melihat kepada lompatan pertama atau kedua. Soalnya, setinggi mana dia boleh melompat pada kali ketiga? Mereka boleh menang pilihan raya di Kelantan dan Terengganu sekali atau dua kali tetapi tidak lebih daripada itu. Mereka mesti boleh mencapai lebih jauh daripada pencapaian sebelumnya.

Mingguan Malaysia: Prof. menyebut tentang latar belakang yang tidak lagi sesuai. Untuk mereka itu faham, keadaan zaman sekarang ini sebenarnya bagaimana?

Syed Hussein: Saya tidak mahu menyebut nama. Di kalangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas, ada beberapa orang yang boleh kita anggap menepati kehendak zaman ini. Tetapi kebanyakan wakil rakyatnya tidak dapat mengambil bahagian dengan berkesan dalam perbahasan di Dewan. Saya hendak tanya: Apakah pemikiran yang sudah mereka keluarkan di Parlimen atau di DUN? Ada kekecualian pada dua tiga orang yang dapat memahami dan mengulas sesuatu isu dengan berkesan tetapi kebanyakannya tidak dapat. Kalau kita kumpulkan perbahasan wakil rakyat Pas semenjak parti itu masuk Parlimen pada tahun 1955 sehingga sekarang, jelas bahawa mereka tidak dapat mengupas isu-isu ekonomi, sumber manusia, pembangunan, pendidikan dan soal-soal pengangkutan. Pendek kata, mereka tidak menguasai isu-isu yang ada kena-mengena dengan kehidupan dan nasib masyarakat. Apa yang diperlukan daripada mereka bukannya keahlian membaca al-Quran atau hadis tetapi memimpin negara. Rasulullah sendiri sewaktu mengangkat petugas-petugasnya bukan melihat kepada keahlian mereka dalam agama serta watak ibadahnya. Lihat dalam sejarah Islam bagaimana Rasulullah tidak melantik Abu Dzar untuk tugas-tugas demikian sedangkan dia itu paling rapat, paling disayangi dan paling setia dengan baginda. Dari segi keimanan, jarang ada sahabat yang boleh dibandingkan dengan Abu Dzar tetapi Rasulullah tidak menyuruhnya memimpin perang. Malah tugas itu diberikan kepada Khalid ibnu Walid kerana keahliannya memang dalam berperang walaupun dia tidak masuk Islam dari awal. Itu juga yang berlaku kepada Usamah bin Zaid yang walaupun masih muda remaja tetapi dilantik oleh Rasulullah memimpin perang melawan tentera Rom. Itulah yang seharusnya berlaku dalam politik. Kita mesti melantik mereka yang mahir dalam bidang itu.

Mingguan Malaysia: Tetapi kita diberitahu bahawa kepimpinan Pas adalah kesinambungan pewaris nabi.

Syed Hussein: Itu hanya kata-kata yang tidak ada dukungan daripada sejarah. Di mana pernah ada kepimpinan ulama dalam sejarah Islam sehingga sekarang? Apa yang dimaksudkan dengan hadis itu ialah kepimpinan ulama dalam pemikiran dan masalah agama, bukannya kepimpinan negara. Semua imam mazhab dalam Islam juga malah mengelak daripada campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Inilah yang dimaksudkan dengan kepimpinan ulama. Ini kembali kepada masalah Pas; pengertian dan pemikirannya tentang Islam pun tidak tepat apalagi tentang hal-hal yang lain. Ucapan-ucapan pemimpinnya seperti mengundi Pas dapat pahala dan masuk syurga, apa itu? Begitu juga dengan konsep negara Islam yang dimajukannya. Itu bukan konsep. Itu hanya susunan ayat-ayat al-Quran. Mereka pun tidak faham apa maknanya konsep negara Islam. Mereka tidak mengaitkannya dengan permasalahan sekitar; bagaimana kaitannya dengan sistem ekonomi dan pendidikan? Tidak ada di situ. Apa yang ada hanyalah dasar-dasar. Banyak lagi aspek negara Islam yang tidak ada dalam dokumen itu. Sebelum 1987, Pas tidak ada pengaruh. Ia menang di Kelantan kerana adanya krisis dalam UMNO, adanya Semangat 46. Itu juga yang berlaku pada 1999 kerana adanya Keadilan.

Mingguan Malaysia: Bagaimanakah keadaan sekarang ini ketika Keadilan sendiri semakin lemah?

Syed Hussein: Pas bermula sendiri, telah bergerak sendiri sejak lama dulu sehingga menjadi besar kerana ada pengikutnya yang setia. Saya lihat Pas akan mengubah gaya kepimpinannya pada masa depan. Golongan yang bukan ulama akan memimpin Pas, bukan sekarang tetapi mungkin dalam jangka waktu yang dekat, kalau ada pemimpinnya yang muncul.

Mingguan Malaysia: Apakah sudah ada pemimpinnya?

Syed Hussein: Bakat-bakatnya ada tetapi sejauh mana mereka itu boleh berhasil kita tidak tahu.

Mingguan Malaysia: Tetapi golongan ulama itu dilihat akan terus cuba bertahan.

Syed Hussein: Memang betul tetapi kalau masa perubahan itu sudah datang, ia dengan sendirinya akan terjadi.

Benarkah Wujud GENTLEMEN'S AGREEMENT Antara CHET DET Dengan ANAK BADAWI?

Benarkah wujud “gentlemen’s agreement” antara Mahathir dan anak Badawi mengenai tempoh jawatan Perdana Menteri?

By DATUK RUHANIE AHMAD

DI BAWAH ini saya paparkan tiga posting daripada Agendadaily, Kuda Ranggi dan Bernama untuk membantu anda buat kesimpulan sama ada benar-benar wujud “gentlemen’s agreement” antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai tempoh jawatan Perdana Menteri. – Ruhanie Ahmad

Agendadaily: Tiada Perjanjian Jadi PM Satu Penggal – Pak Lah

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nampak relaks tetapi tegas ketika para wartawan petang Khamis bertanya mengenainya."Tiada gentlemen's agreement,” katanya tentang dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Rabu lalu bahawa ada perjanjian lisan antara mereka berdua yang menetapkan beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak."

Untuk posting sepenuhnya sila akses: http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Kuda Ranggi: Antara Mahathir Dan Pak Lah - Siapa Pembohong?

"Apalah nak jadi dengan pemimpin kita? Seorang kata ada perjanjian atau persefahaman manakala seorang lagi kata tidak ada. Yang pasti salah seorang daripada mereka adalah pembohong. Munafik! Ma'af cakap, itulah hakikatnya. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa ada perjanjian (mungkin persefahaman, agak saya) antara beliau dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) sebelum Mahathir menyerahkan tampuk kepimpinan kerajaan kepada Pak Lah. Persefahaman itu ialah bagi Pak Lah menjadi Perdana Menteri untuk tempoh sepenggal sahaja dan selepas itu diambil alih oleh timbalannya Najib Tun Razak. Itu yang didakwa oleh Mahathir."

Untuk posting sepenuhnya sila akses:
http://www.kudaranggi.blogspot.com/

Bernama: Najib Tak Tahu Mengenai Perjanjian Dr Mahathir-Abdullah

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu mengenai sebarang perjanjian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan menghendaki Abdullah berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Najib."Saya tak tahu pasal itu. Saya komited dalam sokongan saya kepada Perdana Menteri dan taat kepada beliau," kata Timbalan Perdana Menteri di sini hari Khamis.

Untuk posting sepenuhnya sila akses:
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=311439

Bahaya PEMBOHONGAN Anak Badawi, PM TUNGGUL MATI?

Mahathir terus sifatkan anak badawi sebagai "Tunggul Mati" dan pembohong. Dia mahu penggantinya itu berhenti sahaja dari jadi PM. Anak Badawi menafikan dia PM sepenggal sahaja...

By PENARIK BECA

APABILA dua orang membuat dakwaan saling bertentangan, salah seorang mesti berbohong. Tidak mungkin kedua-duanya bercakap benar.

Sebab itulah Pak Tuan bertanya, "Antara Mahathir dan Pak Lah - siapa pembohong?"

NST
semalam melaporkan: "Asked about an arrangement he allegedly made with his successor, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, in 2003, Dr Mahathir claimed although he had no way of proving it, the understanding was for Abdullah to serve as prime minister only for one term, before passing the baton to Datuk Seri Najib Razak."That was my thinking, since (Abdullah) was older than Najib, he should be PM for one term and then Najib should be able to take over," he was quoted by AFP."I know it takes time to implement plans and projects but I think if that is to be used as an excuse to stay in power for 18 years, then that will not be very welcome."

"Hari ini,
Utusan Malaysia melaporkan: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak wujud perjanjian dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri hanya sepenggal.

Kalau Dr Mahathir bercakap benar, Perdana Menteri berbohong. Kalau Perdana Menteri bercakap benar, Dr Mahathir berbohong. Tidak mungkin kedua-duanya bercakap benar.

Kalau Dr Mahathir berbohong, kita mempunyai seorang bekas Perdana Menteri yang pembohong. Kepimpinannya sudah menjadi sejarah, walaupun sejarah rajin sangat menceleretkan tahi dan najis ke atas kehidupan kita.

Tetapi kalau Dr Mahathir bercakap benar, ia bermakna kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang pembohong. Mempunyai Perdana Menteri yang pembohong amat membahayakan negara.

Lebih buruk lagi, tahi dan najis yang akan ditinggalkan oleh Perdana Menteri pembohong akan mengancam keselamatan anak-cucu kita.

Cerita satu penggal mempunyai sejarahnya sendiri. Jika Dr Mahathir tidak bohong, ia dengan sendirinya menjelaskan mengapa Abdullah begitu liat hendak melantik Najib sebagai timbalannya.

Abdullah menjadi yang Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 mengambil masa hampir tiga bulan sebelum melantik Najib pada 7 Januari 2004. Itupun, setelah Dr Mahathir dikatakan
campur tangan.

Ia juga dengan sendirinya menjelaskan mengapa Abdullah sebelum ini beria-ia menyatakan beliau
bukan Perdana Menteri satu penggal.Kita tidak berupaya menghalang Abdullah dari terus tidur di atas kerusi Perdana Menteri.

Kita boleh menjerkah Abdullah dari terus
ngorok di atas kerusi Perdana Menteri.

Tetapi beliau akan terus berada di situ. Bukan setakat ngorok, beliau malah boleh kencing di situ, asalkan beliau memakai lampin.Kecuali Allah, hampir tidak ada siapa yang boleh menghalau Abdullah dari kerusi penuh kuasa dan puaka itu.

Berpuaka jika kuasa disalahgunakan.Hendak harapkan Umno dan Barisan Nasional (BN)? Bukankah Dr Mahathir telah menyatakan, BN
tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri.

Umno tak payah cakaplah. Dr Mahathir berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

Hendak kalahkan Perdana Menteri di dalam pilihan raya? Bukan mudah. Kalaupun beliau dikalahkan, beliau masih boleh menjadi ahli Dewan Negara untuk terus menjadi Perdana Menteri.Bohong satu hal.

Lebih penting untuk ditanyakan, adakah Perdana Menteri tunggul mati (deadwood atau tidak berguna)? Ketika ditanya adakah Abdullah boleh dianggap tunggul mati, Dr Mahathir
enggan menafikannya.

Beliau hanya berkata: "Saya tidak tahu apa pandangan saya, tetapi saya tahu saya mempunyai perbezaan pendapat dengannya".

Hakikat bahawa Dr Mahathir enggan menafikan bahawa Abdullah adalah tunggul mati boleh mengundang tafsiran bahawa bekas Perdana Menteri itu menganggap Abdullah adalah sedemikian.

Jika tidak, tentulah Dr Mahathir memberikan jawapan yang menafikan bahawa Abdullah adalah tunggul mati.

Adakah Abdulah memang tunggul mati?

Memburukkan lagi nasib negara ini ialah apabila Dr Mahathir berkata, pilihanraya umum akan datang "boleh jadi" yang paling kotor.Bekas Perdana Menteri menyuarakan kebimbangnnya terhadap penggunaan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi dan memenangi pilihanraya.

Apabila diminta membuktikan dakwaannya mungkin berlaku pembelian undi, Dr Mahathir menjawab, kebimbangannya itu berdasarkan pengalamannya dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu pada 2006 serta sewaktu pilihanraya kecil tahun lalu.

"Dalam kes saya (pemilihan Umno Kubang Pasu), saya telah membuktikan bahawa mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangka amalam ini akan berterusan sewaktu pilihanraya umum," katanya.

Pada 2006, Dr Mahathir mendakwa berlaku rasuah dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu untuk menghalang beliau daripada dipilih sebagai perwakilan ke perhimpunan agung Umno.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Disiplin Umno telah membersihkan bahagian tersebut dari sebarang salahlaku.

Jika cara-cara paling kotor dan haram memenangkan lagi parti yang diketuai oleh Perdana Menteri yang mungkin berbohong dan tidak dinafikan pula beliau adalah tunggul mati oleh Dr Mahathir, apa nak jadi negara ini?

Tak habis lagi. Nak tanya sikit, siapa pandai ajar pengundi-pengundi kita berfikir dengan waras?

Perlukah TUKAR Presiden PAS Jika Terus KALAH Dalam PRU Ke 12 Ini?

Perlukah Presiden PAS ditukar jika parti Islam itu alami kekalahan lagi dalam PRU 12 nanti?

By IBNU HASYIM

“KALAU menang, PAS janjikan sebuah ‘Negara Kebajikan’. Antara kebajikannya, ialah kurangkan harga petrol sekurang-kurangnya 30 sen (seliter) dari harga biasa (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia mendedahkan di mana kenaikan harga minyak sudah tak dapat ditahan lagi dan kerajaan terpaksa menanggung subsidi hampir RM35 bilion)… dan PAS nak hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang menzalimi rakyat.” Kata seseorang, sambil di tangannya memegang akhbar popular lidah kerajaan Malaysia.

Berita ini dirojok daripada ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, di majlis ‘Ceramah Perdana Bersama Presiden PAS’ di Madrasah As-Saadah Kuantan pada 20 Januari, malam tadi seperti yang siarkan.

Sambungnya lagi, “PAS juga tawarkan sistem pembelanjaran percuma (tanpa apa-apa bayaran tambahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah) bagi semua aliran, dan juga memastikan supaya khidmat kesihatan di hospital kerajaan tetap masih percuma."

(Mengikut laporan, kerajaan BN sedang merancang untuk menswastakan semua hospital kerajaan pada Ogos ini).

"Begitu juga dalam masalah menangani rakyat miskin, contohnya warga emas akan diberi oleh PAS elaun sara hidup tiap bulan, tidak mengira kaum.”

“Mengapa PAS tak buat sejak perintah Kelantan dan Terengganu dulu? Sekarang dah tersepit dekat pilihan raya umun baru janji macam-macam!” Temannya membidas.

“Manifesto BN pun macam tu juga, mengapa masih janji-janji lagi sedangkan dia sudah pegang kerajaan? Kuasa di tangan mereka?"

"Yang mereka tak berani janji ialah penurunan harga minyak, pasal politik mereka cuma politik tahi minyak!!” Dia jawab balik.

“PAS walaupun pegang negeri, tetapi kuasa penuh sebenarnya masih dalam kuasa Kerajaan Persekutuan, yakni kuasa di tangan mereka. Contohnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan masih dalam kuasa penuh Kerajaan Persekutuan, bagaimana kerajaan negeri nak beri kepada rakyat percuma kalau Kerajaan Persekutuan tak setuju atau sekat bantuan?? Walaupun begitu PAS masih banyak buat kebajikan kepada rakyat sekadar kuasa terhad yang masih ada padanya...”

“PAS atau BA (Barisan Alternatif) boleh menang ke?”

“Eh brother, you baca ni…” Dia macam naik berang sambil menunjukkan muka sama akhbar tersebut.

“PAS yakin dapat pertahan Kelantan dan rampas semula Terengganu. Tawan Kedah dan beberapa kerusi ‘panas’ di Pulau Pinang dan Selangor. Akan berlaku kejutan lebih dari pilihanraya 1999 dan 2004!!

Begitu kata Presiden PAS.”“Kalau menang bagus le.

Tapi ingat jangan ulangi kesilapan yang lepas-lepas. Menyindir pedih kawan-kawan se pembangkang, seperti menyebutkan pemimpin yang ‘expired date’ dan sebagainya lagi.

Penasihat-penasihat pemimpin PAS perlu berhati-hati betul. Cari penasihat yang pandai sikit.” Sindir temannya lagi.

“Tapi kalau tak menang macam mana, berani presiden PAS letak jawatan atau ditukar presidennya??”

“Maaf brother! PAS bukan macam BN. Saya ada hal, cukup setakat ini, lain kali kita bincang lagi."

"Untuk dapat penjelasan lanjut, sila baca akhbar ‘Harakah’. Itupun permitnya 2 x sebulan, lambang keganasan BN yang merampas hak bersuara rakyat!”

Itulah, sembang-sembang PRU 12. Wallahu aklam.

CHET DET Mahu PENGUNDI Bersihkan "DEADWOOD" dan TOLAK ANAK BADAWI!

"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

By ABDUL HALIM MOHD RASHID

PERDANA Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi sekali lagi dibelasah oleh orang yang mengangkatnya ke jawatan itu.

Semakin jelas isyarat yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada para pengundi dalam pilihan raya akan datang.

Ketika ditanya adakah Abdullah patut berhenti dari menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata: "Terpulang kepadanya untuk menentukan".

Ayat negatif tersebut dengan jelas memberikan isyarat bahawa Abdullah sepatutnya berhenti.

Jika tidak, tentulah Dr Mahathir menyatakan Abdullah patut meneruskan apa yang beliau rancang atau memberikan apa jua jawapan yang positif.

Malah, beliau dilihat memberi isyarat kepada rakyat supaya membuang Abdullah apabila menyatakan: "Jika rakyat merasa pentadbiran beliau tidak memberi manfaat kepada mereka, mereka hendaklah membuat keputusan".

Lebih jelas lagi apabila Dr Mahathir meminta para pengundi supaya membuang "deadwoods" (orang-orang yang tak berguna) di dalam Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Tidak diketahui sebesar manakah jumlah rakyat yang menyifatkan Abdullah sebagai "deadwood".

Dr Mahathir juga mengulangi penegasannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan beberapa polisi Abdullah yang menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura".

Mengenai sikap negara ini dalam hal-ehwal antarabangsa, Dr Mahathir menyifatkan Malaysia "tidak lagi sebebas dahulu".

Dr Mahathir, yang bimbang rasuah akan bermaharajalela dalam pilihan raya akan datang untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional, juga mengingatkan rakyat bahawa Perdana Menteri "membazirkan wang rakyat" dan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk".

Persoalannya, adakah rakyat negara ini masih merasa selamat mempunyai seorang Perdana Menteri yang "membazirkan wang rakyat" dan mengakibatkan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk"?

Tidakkah rakyat merasa keselamatan negara ini terancam apabila orang yang mengangkat Perdana Menteri ke jawatannya kini menegaskan bahawa penggantinya itu menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura"?

Adakah rakyat mudah lupa bahawa Dr Mahathir pernah menyifatkan Abdullah menggadaikan maruah negara dan suka berbohong manakala negara dijadikannya tidak mempunyai kejantanan (half-past-six country which has no guts)?

"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur, lembab, tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan.

Persoalannya, adakah Abdullah tidak merasa malu sedikitpun dengan segala kecaman Dr Mahathir?

Adakah Abdullah langsung tidak mempunyai maruah dan terus buat-buat tak tahu? Sedangkan, Dr Mahathir bukan sahaja menyatakan penyesalannya kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya malah secara terbuka menyatakan beliau mahu membetulkan kesilapannya melantik Abdullah.

Abdullah boleh mendakwa beliau mendapat mandat sebesar mana sekalipun.

Tetapi, berapa sangat nilai mandat itu apabila orang yang mengangkatnya ke jawatannya itu berulang kali menyatakan penyesalannya kerana melantik Abdullah dan terus menggambarkan Abdullah tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Di mana air muka dan harga diri Abdullah apabila ia sekali lagi meminta mandat untuk memerintah sedangkan ia tidak pernah berjaya membuktikan bahawa beliau layak meminta mandat sekali lagi untuk memimpin negara ini?

Abdullah langsung tidak membuktikan bahawa beliau bukanlah kaki tidur yang lembab dan tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan.

Abdullah tidak pernah dilihat berjaya menafikan tuduhan Dr Mahathir bahawa beliau menggadaikan maruah negara, membazirkan wang rakyat, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan.

Adakah Abdullah tidak sedar bahawa mengaku diri tidak layak dan berundur adalah lebih mulia dan bermaruah dari terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri.

Lebih dari itu, di manakah maruah ahli-ahli Umno yang membiarkan Abdullah terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri?

TOLAK BN Bermakna MENGNYAHKAN Kuku Singapura Ke Atas Malaysia!

Kajilah apa yang tersirat dalam WPI tajaan anak Badawi ini. Siapakah yang paling beruntung? Singapura atau Malaysia?

By ABDUL HALIM MOHD RASHID

SEJAK pentadbiran negara ini dikuasai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, seorang blogger Umno yang memperkenalkan dirinya sebagai The "thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress) melihat negara ini "bermain dan menari kepada rentak dan irama Singapura dalam serba serbi".

Ia bermula dengan isu Bank Negara meluluskan Temasek Holdings membeli saham penguasaan dalam Malaysian Plantations Bhd dan sekaligus menguasai Alliance Bank Bhd, kata beliau.

Keadaan itu berlaku ketika Singapura sendiri amat liat untuk melepaskan asset negara itu, termasuk syarikat-syarikat dalam negara itu, dari dibeli oleh kepentingan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merayu agar kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Najib berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, kata Najib, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

''Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia," kata Timbalan Perdana Menteri.

Lebih mendukacitakan, Khazanah Holdings seolah-olah menjadi extension atau tangan kepada Temasek Holdings.

"Dalam pada itu, anak syarikat pelaburan negara, Khazanah Holdings Bhd persis dan menjadi pseudo Temasek Holdings Ltd, syarikat pelaburan Singapura. Terma baru seperti Government Linked Companies (GLC) mula digunakan dalam 'cakap cakap pasaran'.

Temasek Holdings juga mula membeli kepentingan dalam syarikat syarikat strategik Malaysia, seperti Telekom Malaysia," kata ahli Umno itu dalam postingnya yang bertajuk "Kerjasama dengan Singapura dan mengadai kepentingan ekonomi, kawasan pembangunan dan ketenteraan?".

Perkara itu sebenarnya pernah mendapat perhatian Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar. Sikap Khazanah Nasional kebelakangan ini amat menimbulkan kecurigaan, kata beliau.

"Pintunya yang terbuka luas untuk membolehkan perluasan cengkaman dan penguasaan syarikat-syarikat Singapura dalam projek-projek dan syarikat-syarikat strategik di negara ini menimbulkan tanda tanya adakah sayap perniagaan kerajaan yang sangat penting itu berkhidmat kepada negara ini atau sebenarnya kepada kerakusan cita-cita strategi Singapura ke atas negara ini," katanya lagi dalam satu kenyataan pada bulan November 2006..

Lebih buruk lagi, katanya, Khazanah Nasional juga berusaha untuk membawa pemikiran yang sangat bahaya kepada rakyat negara ini apabila ia menyeru rakyat Johor supaya jangan berfikiran sempit bila berurusan dengan Singapura.

Mahfuz mmbangkitkan kenyataan Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional di dalam Pejabat Pengarah Urusan, Ahmad Shahizam Mohd Shariff yang menyatakan rakyat Johor hari ini mesti bersikap realistik dalam penilaian mereka terhadap rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER).

Ternyata bukan pembangkang sahaja yang begitu curiga dengan Khazanah Holdings yang semakin didakwa lebih mengutamakan kepentingan Singapura dari kepentingan negara.

Malah, The "thirteen million plus Ringgit" guy yang selalu mempertegaskan kesetiaanya kepada Umno melihat pembelian saham Pantai Holdings yang melibatkan pelaburan Khazanah Holdings sebagai satu skandal.

Kemungkinan amat ramai ahli Umno yang lain yang mempunyai tanggapan yang sama seperti beliau amat sukar ditolak.

Dalam kenyataan yang sama pada bulan November 2006 itu, Mahfuz mengecam Khazanah Nasional telah membelanjakan begitu banyak wang negara untuk mengambilalih Pantai Holdings Bhd dari Parkway Holdings Ltd dalam satu urusniaga yang amat berat sebelah dan hanya menguntungkan syarikat Singapura.

"Lebih menyakitan hati rakyat negara ini ialah apabila Khazanah Nasional menguasai semula Pantai Holdings Bhd melalui Pantai Irama Sdn Bhd dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba 49 peratus saham Pantai Irama diserahkan pula kepada Parkway yang kemudiannya akan menguruskan hospital-hospital di bawah Pantai Holdings," katanya.

Melalui Pantai Irama, katanya, Khazanah membeli saham Pantai daripada Parkway dengan cara membeli 6.6 peratus pegangan atau 30.92 juta saham dengan harga yang tidak dinyatakan dan kemudian membeli keseluruhan 26 peratus pegangan yang dimiliki Parkway dengan harga RM2.65 sen sesaham, harga yang dianggap terlalu tinggi, dan selepas itu Pantai Irama akan membuat tawaran awam pula yang akan meletakkan Pantai pada nilai RM1.25 bilion.

"Rakyat terus tidak puas hati dengan Pantai Holdings yang sebelum itu menolak tawaran dari dua konsortium pelabur tempatan untuk mengambilalih dua anak syarikatnya, Pantai Medivest Sdn Bhd dan Fomema Sdn Bhd, kedua-duanya memegang konsesi dari kerajaan," kata Mahfuz.

Fomema memegang konsesi 15 tahun untuk menjalankan pemeriksaan kepada semua pekerja asing yang hendak masuk berkerja di dalam negara ini. Konsesi hanya akan berakhir pada September 2012.

Pantai Medivest pula memegang konsesi 15 tahun dari Oktober 1996 untuk membekalkan perkhidmatan sokongan kepada hospital-hospital di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Medivest dan Fomema adalah punca pendapatan utama Pantai, iaitu kira-kira separuh jualan kumpulan Pantai Holdings dan lebih 40 peratus keuntungan dari operasi kumpulan itu.

Selepas isu Pantai Holdings, timbul pula pembatalan jambatan bengkok ke Singapura.

Menurut The "thirteen million plus Ringgit" guy, pembatalan jambatan tersebut yang dirancang untuk menggantikan Tambak Johor berlaku kerana Abdullah membuat keputusan 'flip-flop' apabila timbul soal "penjualan pasir disamping permintaan untuk pengunaan ruang udara" yang dibangkitkan Singapura dalam siri rundingan berkenaan projek itu.

Walaupun perkara itu dibantah keras oleh Johor dan Tentera Udara Diraja Malaysia dan menerima pelbagai reaksi negatif, "PM 'Flip-Flop' Abdullah masih berdegil mempertahankan keputusan yang ramai percaya dibuat secara terburu buru dan cuai itu," kata beliau.

Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke atas Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri dikatakan semakin mengancam keselamatan negara dengan pelancaraan dan perlaksanaan projek pembangunan mega Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada November 2006.

Blogger ahli Umno itu melihat WPI lebih "menguntungkan Singapura berbanding diri sendiri, kerana membeli peluang industri sokongan bernilai rendah republik itu dipindah dan segala sumber negara pulau-bandaraya itu ditumpu sepenuhnya kepada industri nilai tinggi seperti ICT, bio-teknologi, perkhidmatan kewangan dan pasaran modal".

Lebih buruk lagi, beliau juga menyatakan bahawa "WPI juga akan melaksanakan pembangunan di mana kepentingan Melayu sebenarnya akan terabai".

Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke atas Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri seolah-olah disempurnakan Mei tahun lepas di Langkawi, apabila "PM 'Flip-Flop' Abdullah telah menjemput Singapura terlibat secara pro-aktif dalam perancangan pembangunan WPI, semasa berunding dengan PM Singapura Brig Gen (NS) Lee Hsien Loong".

Mahfuz membangkitkan tuduhan ramai pihak yang medakwa Abdullah mengkhianati negara ini apabila WPI kini dipanggil perluasan de facto Singapura secara rasmi (official de facto extension of Singapore) di dalam wilayah Malaysia.

Beliau juga mengecam Abdullah yang memekakkan telinga ketika ketika begitu ramai rakyat Johor membantah dengan mesej bahawa mereka "tak setuju pelan khianat SJER adakan Free Acces Zone, kuasa autonomi, utamakan port (pelabuhan) dan airport (lapangan terbang) Singapura dan jadi bandar satelit tempat enjoy rakyat Singapura. Johor negeri berdaulat!"

Apa yang sentiasa didakwa sebagai pengkhianatan kerajaan Abdullah ke atas negara ini semata-mata untuk menyerah diri kepada apa yang didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura lebih ketara lagi apa laman web Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) melaporkan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya.

Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI.

Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris mengenai Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Akibatnya, kata The "thirteen million plus Ringgit" guy, pegawai-pegawai Singapura kini menjadi sebahagian dari task force khas yang diwujudkan untuk merangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, soal imigresyen, pelancongan dan soal alam sekitar.

"Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa (jua) keputusan dan perancangan task force ini. Kini Singapura diberikan 'kuasa' untuk menentukan isu-isu yang melibatkan mereka dalam negara kita sedangkan isu seperti pengeksportan-pembelian semula air Johor-Singapura dan hub logistik PTP-Senai-Pasir Gudang masih tertangguh dan belum selesai," kata beliau.

Sebab itulah, menurut ahli Umno itu, apa jua kenyataan yang positif yang dibuat oleh Lee Kuan Yew "dilihat sebagai 'meragukan' dan menimbulkan tanda tanya (adanya) 'udang disebalik batu' di kalangan penganalisa politik".

Jumaat lalu, Bernama melaporkan Lee Kuan Yew berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Malaysia bagi membolehkan kedua-dua negara maju bersama.

Laporan Berita Harian Singapura lebih jelas lagi dari apa yang dilaporkan oleh Bernama. Berikut ialah petikan laporan akhbar itu: "Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew berkata Singapura akan meraih manfaat dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) namun pada jangka panjang Malaysia akan meraih manfaat lebih besar."

Oleh itu, Malaysia perlu merubah pemikirannya - daripada pandangan berasaskan persaingan dan kebencian terhadap Singapura kepada kerjasama dan sedia menerima negara ini.

Apatah lagi, Malaysia mempunyai bakat dan sumber tenaga lebih luas berbanding Singapura.

Encik Lee berkata, Singapura akan melakukan apa yang terdaya dan patut dilakukan untuk memastikan IDR berjaya.

'Soal siapa yang akan dapat lebih manfaat (daripada projek IDR), sejarah akan menentukannya,' kata Encik Lee semasa ditemui media di Istana semalam.

Kenyataan beliau adalah sebagai mengulas lebih lanjut komen yang dibuatnya dalam satu sidang Institut Pengajian Dasar, tengah hari semalam, tentang adakah Singapura memerlukan kawasan pedalaman, seperti Malaysia, untuk berkembang sebagai sebuah kota jagat.

Kenyataan itu amat jelas bagai memujuk rakyat Malaysia supaya mengundi Barisan Nasional. Maklumlah, parti itu dikuasai oleh sahabat Lee sendiri, Abdullah.

Lebih dari itu, Malaysia kononnya akan "meraih manfaat lebih besar".
Tidak hairanlah kalau Mahfuz menyeru rakyat supaya bangkit beramai-ramai menentang Barisan Nasional yang dipimpin Abdullah yang semakin dituduh menjadi khadam suruhan Singapura dan agen-agennya di negara ini.

Tindakan itu wajib dilakukan rakyat negara ini, kata beliau lagi, bukan sahaja kerana apa yang didakwa sebagai penyerahan wilayah Malaysia kepada Singapura.

Malah, pengambilalihan syarikat-syarikat Singapura ke atassyarikat-syarikat strategik negara ini telahpun sampai ke peringkat yang parah dan akan memusnahkan negara ini - antaranya termasuk pengambilalihan Pantai oleh Parkway; pembelian sebahagian kepentingan AirAsia, Proton Holdings Bhd oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Malaysian Plantations Bhd oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.

Agaknya sebab itulah beberapa anak muda yang ditemui ketika menanti pembebasan beberapa pemimpin dan aktivis yang ditangkap di hadapan penjara Pudu baru-baru ini mendakwa, "kalau undi Barisan Nasional, Singapura akan perintah Malaysia"!

Terlalu MARAH! BIADAPKAH Aksi Koyakkan Gambar TAN SRI RASHID?

Sebenarnya gimik yang dipamerkan pemimpin BERSIH ini cukup mencemaskan anak Badawi. Ia boleh menggambarkan kepada dunia luar betapa teruknya pilihan raya di Malaysia...

By ROSLAN SMS

MENGAMBIL tindakan mengoyakkan gambar Tan Sri Rashid walaupun sebagai gimik merupakan satu perbuatan biadab yang tidak boleh diterima.

Tindakan itu memang melampau dan kalau ada undang-undang boleh mengenakan hukuman terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, ia perlu diambil.

Demikianlah reaksi PM Dollah Badawi terhadap tindakan pimpinan BERSIH yang baru-baru ini telah bertindak mengoyak gambar Pengerusi SPR Rashid Abd Rahman dihadapan para wartawan semasa satu sidang akhbar.

Sudah pastilah tindakan tersebut bersebab, dan takkanlah bertindak demikian juga bertentangan dengan undang-undang?

Dahlah hak kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun dikekang dan disekat, bertindak mengoyak gambar pun mahu diambil tindakan, ini mengalahkan kerajaan diktataor kuku besi!

Pastinya tindakan mengoyak gambar sesiapa pun yang hidup atau yang mati adalah melampau dan memang boleh dianggap biadap,soalnya mengapa ianya dilakukan?

Menurut salah seorang penggerak BERSIH Dr Dzulkifli Ahmad, tindakan tersebut diambil kerana Rashid selaku pemimpin yang bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan pilihan raya telah gagal malah menghalang usaha-usaha untuk mereformasikan system pilihanraya dalam Negara.

Tambah Dr Dzul lagi beberapa tuntutan utama BERSIH masih tidak dipedulikan termasuklah menghapuskan undi pos, melanjutkan tempoh berkempen dan memberishkan daftar pengundi.

Justeru tindakan mengoyakkan gambar beliau itu adalah simbolik kemarahan BERSIH yang mewakili rakyat Malaysia, terhadap beliau dan SPR.Biadapkah tindakan itu?

Rashid baru-baru ini menggesa parti-parti pembangkang agar tidak menyertai pilihan raya jika tidak percaya kepada beliau dan SPR, siapa yang lebih biadap?

Sebelum itu Rashid telah menghina Presiden PAS yang katanya berserban besar tetapi berbohong, siapa lebih biadap? Rashid juga pernah mendakwa bahawa PAS merasuah para pengundi dengan syurga, siapa lebih biadap?

Kalau PM Dollah Badawi juga bersekongkol dengan Rashid, maka Dollah pun sama seperti Rashid.

Kalau BERSIH mengoyak gambar Rashid kerana protes terhadapnya, rakyat pula perlu bangun menolak BN sebagai protes menolak Dollah dalam pilihan raya umum nanti. Biadapkah rakyat?

SAYA Gagal UPDATE Blog. Terpaksa BERKEJAR Ke Hospital Ipoh!

Ibunda tercinta, Latifah Alang Odin, 81 disisi cucunda tersayang yang sering bertandang bertanyakan khabar...

By TARMIZI MOHD JAM

MAAF! Saya tidak upaya mengemaskinikan blog ini. Dua tiga hari tidak mencekuh (menyentuh) komputer langsung.

Saya terpaksa berkejar ke Hospital Besar Ipoh, kerana ibunda saya ditahan di wad dan dirawat di sana setelah keadaannya amat mencemaskan.

Dua abang saya, kekanda Zamzuri dan Datuk Hassan Mohd Jam serta kakak saya Ruhani sudah berada sisi ibunda saya.

Tergesa-gesa saya ke Ipoh dan menyerahkan segala tanggungjawab menjayakan Program Kenduri Rakyat & Himpunan Petugas Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan kepada Pengarah JPN, Haji Ishak Surin.

Ia berlangsung 3 Februari 2008 jam 9.00 pagi. Sebagai Timbalan Pengarah JPN, saya patut hadir. Tetapi, ibunda saya adalah segala-galanya.

Oleh kerana ketiadaan bekalan darah yang cukup di Hospital Desa Changkat Melintang, Bota, ibunda saya dikejarkan terus ke Hospital Ipoh.

Dua hari saya di sana dan alhamdulillah, keadaannya makin stabil.