KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 12, 2009

Dato' Seri Nizar Jamaluddin "sembah derhaka" kepada Tuanku Sultan Perak


Muqqadimah: Akibat tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti, majoriti mudah hilang dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan menabalkan Menteri Besar baru bagi pihak BN. Tuanku enggan membubarkan Dun dan mengarahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melatakkan jawatan Menteri Besar serta-merta. Sekaligus, ia menafikan hak-hak kerajaan asal mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Namun, Nizar enggan berbuat demikian lalu disitiharkan oleh BN sebagai derhaka terhadap Sultan. Apa yang jelas, kemelut ini mengundang "Krisis Perlembagaan" di Perak hingga kini mewujudkan dua Menteri Besar pada satu masa. Bagi menjejaki isu ini, AHMAD LUTFI OTHMAN dan TARMIZI MOHD JAM serta MUNIZAM ZAMRI memburu Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang sarat kontroversi ini di kediaman rasminya di Ipoh, 8 Februari lalu.

Menarik juga. Barangkali boleh Dato' Seri ceritakan secara ringkas pertemuan Dato' Seri dengan Tuanku Sultan itu...

Dalam pertemuan itu, saya menyatakan "Tuanku untuk menyelesaikan masalah ini kita kena serahkan kepada rakyat. Bubar Dun dan biarlah rakyat pilih. Tuanku tidak boleh dilihat menyebelahi mana-mana parti. Rakyat akan sanjung Tuanku. Tuanku dilanjutkan usia sehingga dapat sambut Jubli Perak. Gunakan kesempatan ini kita memohon keampunan kepada Allah.
Jika inilah peluang yang kita peroleh dan jika Allah ingin sahabat-sahabat dan Tuanku, seluruh Raja-raja di Malaysia ini juga akan meningkat (wibawa) apabila Tuanku melakukan macam itu". Sewaktu saya cakap itu Tuanku hanya pandang. Bukan dirinya yang sebenar. Biasanya apabila saya bercakap dengan Tuanku, baginda akan pandang saya dan ha ha ha!Tetapi kali ini tidak.
Saya juga mengatakan "Tuanku ada memberi patik satu buku yang Tuanku compile pada 2004 bertajuk "Constituional Monarchy The Role of Law and Good Governance". Dalam buku ini Tuanku ada buat "judgement under normal circumstances."

Dato' Seri terangkan satu persatu kepada Tuanku Sultan?

Saya bacakan kepadanya ayat demi ayat. "Rugilah apa yang Tuanku nyatakan dalam buku itu". Saya juga sebut "bahawa di rantau ini yang dulunya ada sistem beraja, tetapi oleh kerana Raja tidak bersama-sama dengan rakyat, akhirnya sistem beraja itu hilang. Seperti di Singapura, Indonesia, Filipina dan Iran yang telah hilang sistem beraja.
Jadi, patik lakukan ini kerana patik ingin memartabatkan institusi beraja supaya di kaca mata rakyat tinggi nilainya. Serah pada rakyat dan biar rakyat yang mengadili. Kalau rakyat ambil BN patik setuju. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun". Itulah bermulanya cerita.

Mengapa Dato' Seri keluar istana mengangkat ibu jari tanda bagus seolah-oleh Tuanku Sultan sudah perkenan bubar Dun?

Apabila Tuanku keluar saya mengatakan kepada legal advisor sekiranya tidak dibubarkan Dewan Undangan Negeri, Dato' yang bertanggung jawab. Jadi apabila keluar daripada pertemuan tersebut, saya menunjukkan tangan tanda bagus kepada pihak media dan orang ramai di luar istana. Orang mungkin ingat Dun dah dibubar. Saya sudah puas, sudah sebut segala-galanya kepada Tuanku.

Tuanku Sultan sudah menitahkan Dato' Seri meletakkan jawatan Menteri Besar dan enggan bubar Dun. Mengapa Dato Seri "sembah derhaka" dan tidak tunduk dengan kehendak Tuanku?

Kemelut hari ini, Pakatan Rakyat mempunyai panel dengan peguam-peguam yang mengkaji apa yang terjadi. Mereka membuat keputusan dengan sah bahawa apa yang saya buat ini adalah betul. Mereka keluarkan kenyataan rasmi menzahirkan sokongan keputusan MB Perak yang tidak meletak jawatan dan akan bersama-sama membela saya.
Maknanya ada kenyataan rasmi yang menyokong keputusan saya. Dan Exco-exco Kerajaan Perak juga menyatakan inilah yang terbaik menyerahkan kepada rakyat semula dan ayuh bersama-sama menyokong MB Perak.
Dan Alhamdulillah mereka merasakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak itu adalah jelas memperkatakan soal perletakan jawatan seorang MB. Ini jalan terbaik kerana Tuanku tidak boleh menyuruh saya meletak jawatan.

Kenapa Tuanku Sultan tidak boleh menyuruh Dato' Seri atau seorang Menteri Besar meletakkan jawatan?

Saya hanya boleh meletak jawatan secara sukarela dan maka dengan itu dikira gugur jawatan secara sah. Saya hanya boleh gugurkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri. Dan saya hanya boleh gugur jawatan apabila ada sidang khas Dun dibuat usul tidak percaya kepada saya, tidak ada majoriti.
Maka ketika itu, dikira siapa yang menyokong dan tidak menyokong. Dan selepas dikira jika tiada 2/3 majoriti Kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh ditumbang juga. Undang-undang tubuh Perak ia mesti ada 2/3 majoriti dan bukan simple majoriti. Pada pemahaman saya Tuanku merasakan jika buat persidangan, undi tidak percaya dijalankan, takut-takut tidak dapat 2/3. Oleh kerana itu tidak ada kaedah lain Tuanku minta saya letak jawatan.

Bersambung...


Tiada ulasan: