KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 24, 2009

Golongan yang mahu teruskan dasar PPSMI dianggap 'celaka' oleh Presiden PAS


RAKAN saya, Irwan Muhammad Zain melpaorkan dari Dewan Perhimpunan Selangor, Kuala Lumpur; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan yang 'celaka'.

Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan dasar PPSMI. Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap menipu bangsa sendiri dan rakyat Malaysia seluruhnya.

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa. Lebih menyedihkan lagi, mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana mementingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum Himpunan dan Ikrar Mansuh PPSMI anjuran Lajnah Pendidikan PAS Pusat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, sekat sini.

Ustaz Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.
Beliau menggesa supaya rakyat dididik dengan ilmu yang menggunakan bahasa sendiri, bukan dengan bahasa asing.

"Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu diilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Panelis lain yang turut mengambil bahagian termasuklah, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden Gerak Mansuh PPMSI (GMP), Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras, Hj Azmi Abdul Hamid.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat bertindak selaku perantara forum tersebut.


4 ulasan:

mn berkata...

1. Mahathir dengan Haji Hadi sama saja...2x5 !

2. Seorang Pengkianat bangsa dan seorang lagi Pengkianat Agama.

3. Pengkianat agama sebab sanggup kerjasama dengan DAP yang terang-terang anti Melayu/Islam.

ORANG-ORANG MELAYU ISLAM PERLU TOLAK 2 ORANG NI.

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

setuju dengan SUKJ ..2 x 5 je mereka ini ..Hadi awang ini sanggup khinat bangsa bersama anwar sanggup peluk cium tidur sebantal dgn DAP yang memang parti perkauman .

Prof. Era Pasca berkata...

huhu lebih baik kerja sama dgn DAP, DAP anti melyu/islam, daripada kerjasama dgn UMNO org melayu anti isalm lg payah...
CINE nk anti ISLAM aku tak kessah klu menghine ISLAM aku kessah.... tp lebih kessah klu MELAYU hine ISLAM

Tanpa Nama berkata...

Org MALAS dan berfikiran sempit sahaja cakap PPSMI tak penting..
Bila pelajar dah masuk Universiti baru tehegeh hegeh nak bukak kamus..tang tu la baru cakap apasala aku ni bodoh sgt..
wakakaka...