KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 10, 2009

Arumugam 'berkorban' untuk selamatkan hayat Kerajaan Kedah pimpinan PAS

ARUMUGAM boleh sahaja bertindak melompat parti seperti rakannya Jamaludin Mohd Radzi di Dun Behrang dan Osman Jailu di Changkat Jering atau di Jelapang, Hee Yit Foong. Tetapi, Arumugam tidak bertindak bodoh dan bangang seperti mereka. Beliau bertindak rasional dan yakin dengan perletakkan jawatannya itu, boleh menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

PAS Kedah menyifatkan tindakan V Amurugam meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan Kedah sebagai "pengorbanan" demi mempertahankan Pakatan Rakyat."Kita percaya, beliau berkorban untuk kerajaan Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Badan Perhubungannya Muhamad Yusof Husin, lapor Malaysiakini.

Menurut Yusuf, selain tidak dapat menahan ugutan demi ugutan, bekas wakil rakyat PKR itu juga tidak mahu serangan peribadi terhadapnya berterusan ekoran dakwaan skandal seksnya boleh menjejaskan reputasi Pakatan Rakyat di Kedah.

Muhamad Yusof yang juga senator mendakwa, walaupun Arumugam telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, beliau masih setia kepada Pakatan Rakyat dan PKR. Ditanya kenapa Arumugam sendiri tidak tampil menghantar surat perletakan jawatannya itu, Mohamad Yusuf berkata, bekas exco itu mungkin tidak berani berhadapan dengan orang awam kerana "sangat malu" atas tindakan melepaskan tanggungjawabnya itu.

Katanya, kali terakhir Arumugam dilihat bersama masyarakat dalam satu majlis rasmi kerajaan negeri, Selasa lalu di Alor Setar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum WBH..

Benarkah pimpinan PR Kedah mulai goyang dengan ura-ura kesemua ADUN PKR KEDAH akan melompat parti pada 15.2.09 ini setelah dibeli oleh Najib.. Perlukan jawapan