KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 15, 2009

Tindakan Arumugam di Bukit Selambau lebih wibawa dari Jamaluddin, Osman dan Hee Yit yang merelakan dirinya "diculik" oleh BN!

Tindakan Arumugam di Bukit Selambau lebih wibawa dari Jamaluddin, Osman dan Hee Yit yang merelakan dirinya "diculik" oleh BN untuk menjatuhkan kerajaan rakyat yang sah di Perak


RAKAN saya, Irwan Muhamad Zain melaporkan, Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu menyifatkan tindakan V Arumugam meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan Kedah sebagai wajar dicontohi oleh semua wakil rakyat baik dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut menyanjung tinggi pengorbanan Arumugam itu yang sanggup melepaskan jawatan demi mempertahankan maruah diri dan prinsip hidup.

"Apa yang dilakukan oleh beliau satu yang gentleman dan wajar dicontohi oleh semua wakil rakyat. Mana-mana wakil rakyat baik dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional seharusnya meletak jawatan jika tidak lagi dapat meneruskan tugas bukan melompat parti," kata beliau.

Arumugam juga kata beliau telah melakukan pengorbanan besar demi mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Pada 9 Februari lalu, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu melepaskan kedua-dua jawatannya berkuatkuasa serta-merta. Dalam sidang media pengumuman itu, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional.

Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya.

Arumugam mendakwa berdepan dengan ugutan supaya meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai BN. Awal bulan ini, beliau telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya. Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: