KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 24, 2009

Kalau jadi Menteri Kanan, kerusi Pak Lah di Parlimen sebelah Najib atau Timbalan Perdana Menteri?


DATO' Ruhanie Ahmad dalam posting terbaru pada blognya cukup menarik untuk dicongak-congakkan. Ulasnya begini: Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima (November 2003-Mac 2009). Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat (1981-2003).

Mahathir serahkan kuasa kepada Abdullah sewaktu Malaysia berada dalam keadaan politik yang stabil dan harum namanya di arena antarabangsa, khususnya menerusi dasar dan hubungan internasionalnya yang berpaksikan kepada konsep active internationalism - konsep yang menitikberatkan keselamatan dan kemakmuran negara-negara sahabat demi mewujudkan keamanan sejagat secara jangka panjang.

Abdullah (Insya Allah) juga akan serah kuasa kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bakal Perdana Menteri Malaysia keenam. Tetapi Abdullah serahkan tampuk kepimpinan negara kepada Najib sewaktu keadaan siasah negara yang kita sendiri amat maklum akan situasi dan punca-puncanya mutakhir ini.

Oleh itu, terserahlah jika Abdullah mahu dilantik sebagai seorang Menteri Kanan dalam pentadbiran Najib, semata-mata untuk mengatasi dilema kecanggungan susunan dan barisan tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, selapas melepaskan jawatan Perdana Menteri hujung Mac 2009.