KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 26, 2009

Gerak Sedar Anak Perak (GESA) desak Penasihat Undang-undang Negeri Perak letak jawatan segera!

Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin ternyata masih mempunyai hubungan yang intim dengan Raja Nazrin Shah dan hubungan mereka tetap baik


GERAK Sedar Anak Perak (GESA) mendesak Penasihat Undang-Undang Negeri Perak meletak jawatan atas kesilapan nasihat perundangan yang diberikan kepada pihak Istana hingga menyebabkan tercetusnya "Krisis Perlembagaan" yang kronik di negeri tersebut.

Presidennya, Tarmizi Mohd Jam melihat jika nasihat yang betul diberikan kepada pihak istana, nescaya kegawatan politik hari ini di Perak tidak berlanjutan dan institusi Raja Melayu terpelihara.

Apa yang terjadi di Perak, tegasnya bukanlah perkara "main-main" atau perkara yang boleh dibuat "eksprimen", sebaliknya, jika ia gagal ditangani boleh mencetuskan huru-hara.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak termasuk parti-parti Pakatan Rakyat, BN, pihak polis, badan-badan NGO dan orang perseorangan yang setakat ini mengambil sikap yang paling positif dan rasional dalam menangani kemelut ini.

Kata Tarmizi lagi, akibat kurang bijak dan nasihat yang salah, atau barangkali terdapat "kompromi" beliau dengan pihak BN, maka kerajaan Perak yang baru di bawah pemerintahan Dato' Dr Zamry Abdul Kadir gagal berfungsi dengan efisyen dalam pentadbiran negeri itu.

Impak dari proses awal nasihat yang salah diberikan, menyebabkan rakyat menanggung risiko apabila semua kerja-kerja rasmi membabitkan kerajaan menjadi "tidak sah" di sisi undang-undang, pembangunan terbantut, peruntukkan atau bajet tergendala dan boleh mengundang kepada ketidakstabilan politik di Perak.

GESA juga menyokong sebarang langkah individu dan mana-mana badan untuk mohon pertimbangan semula pihak Istana membubarkan Dun bagi membolehkan satu pilihan raya umum negeri diadakan sebagai menamatkan konflik dan kemelut yang melanda Perak hari ini.

Tarmizi yang pernah bertanding di Dun Bota mewakili PAS yakin, hanya melalui pembubaran Dun sahaja imej Istana dapat dipulihkan dan segala kemelut yang terjadi di Perak mampu ditamatkan serta-merta. Apa yang penting katanya, berilah peluang kepada rakyat Perak untuk memilih kerajaan mereka sama ada mereka mahu mengangkat semula Pakatan Rakyat atau beralih kepada BN.

Tiada ulasan: