KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 25, 2009

Kini, SPRM sayap baru bagi Umno? Semakin galak dan ligat menggodam pemimpin Pakatan dan membersihkan pemimpin BN!


IRWAN Muhamad Zain melaporkan dari Parlimen patang tadi; PAS mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus dan berintegriti serta tidak bertindak menjadi satu lagi sayap Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan SPRM seharusnya menyiasat semua kes rasuah tanpa mempedulikan pemimpin parti mana yang terlibat.
"SPRM tidak sepatutnya bertindak pantas jika ianya kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya amat perlahan bila kes yang membabitkan pemimpin Umno," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan jika SPRM terus menerus mengamalkan sikap pilih kasih, ia akan menjejaskan kreadibiliti dan integriti suruhanjaya tersebut.
Beliau turut menempelak kenyataan media Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Ahmad Said Hamdan pada 20 Februari lalu berhubung tuduhan salah guna kuasa Menteri Besar Selangor.

Tegas beliau, Ahmad Said tidak sepatutnya mendahului mahkamah dengan membuat kenyataan seolah-olah MB Selangor itu sudah terbukti bersalah.

"Sekalipun SPRM mempunyai bukti kukuh ia tidak boleh didedahkan kerana ia masih merupakan dokumen satu kertas siasatan yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum sehinggalah Tan Sri Khalid dipertuduh secara rasmi di mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara jika diputuskan terdapat kes terhadap MB Selangor itu," tegas Mahfuz.

Mahfuz menegaskan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu adalah jelas menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan.

Beliau seterusnya berkata, tindakan Ahmad Said itu seolah-olah mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan reputasi Tan Sri Khalid Ibrahim selain bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan mahkamah untuk mendakwa dan menghukum Mb selangor tersebut.

Sehubugan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan mengantung tugas Ahmad Said atau mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu mengambil cuti agar imej suruhanjaya tersebut tidak terus tercalar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sanggahtoksago,

Sebagai rakyat dalam negeri jajahan Pakatan Rakyat, kita memang menyokong penuh terhadap tindakan SPRM untuk membuat siasatan atas apa saja kes terhadap semua pemimpin sama ada dari PKR,PAS dan DAP.

Kita memang tidak mahu ada ruang membolehkan pemimpin Pakatan Rakyat mahu melakukan kesalahan seperti UMNO-BN.

Jikalau tidak bersalah, maka orang yang dituduh tidak perlu gusar dan takut seperti mana yang diperkatakan oleh Menteri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau tidak takut dengan gertak dari SPRM berkaitan dengan kereta dan lembu.

Walau pun begitu kita tidak pula akan membiarkan penguatkuasa yang dilantik kerajaan terus membuli kepimpinan Pakatan Rakyat tanpa bukti.

Tanpa Nama berkata...

KITA SOKONG AMBNIL TINDAKAN KEPADA SEMUA TERMASUK PEMIMPIN PAKATAN JIKA TIDAK TELUS. TETAPI MESTILAH ADIL DAN SAKSAMA. ADUAN TERHADAP PEMIMPIN BN BEGITU BANYAK TETAPI DIDIAMKAN SPRM. BANYAK KES KALU NAK DISEBUT....

SPRM Double Standard: Rupanya Si Ahmad Said Membalas Jasa PM Selamatkan Anaknya
Dilulus terbit pada Sunday, February 22 @ 20:27:08 MYT oleh TokBatin


Oleh puyuh

"KUALA LUMPUR - Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah "fitnah" atau "omongan kosong" semata-mata.

Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan. . Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah" ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini. Dibawah ini adalah bukti email yang telah dikirimkan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia :-

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG's son? Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that's not why i'm writing this post. The email is apparently addressed to zakaria@mot. gov.my. Here's a copy of the e-mail: From: Captain Reinu To: zakaria@mot. gov.my Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM

Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM'S OFFICE Dear Datuk, Hope you are well . Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ' not to take disciplinarry action as required in the company policy ' against his son for his criminal conviction. I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government's declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ? I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA
Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan "rasuah serta penyelewengan" yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.. Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap "double standard" yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya "ada rahsia di sebaliknya", kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu "tidak bertanggungjawab" sama sekali. Malah rakyat mula "mual dan kecewa" dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.

[Dengan pendedahan ini, kami amatlah berharap agar ada pihak yang akan tampil dan membuat berbagai lagi pendedahan supaya rakyat dapat memahami situasi sebenar yang berlaku. SPRM begitu beriya dalam kes lembu MB Selangor, walhal sumbangan lembu-lembu yang diberikan oleh syarikat kerajaan dan korporat adalah fenomena biasa yang dibuat di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka gagal untuk membezakan "penyelewengan" dengan "tanggungjawab sosial". Begitu juga dengan kes penggunaan kereta Lexus MB Selangor, yang dikatakan melibatkan penyelewengan lebih RM7,000 itu. Walhal kes yang melibatkan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Exco Terengganu zaman MB Idris Jusoh yang dilaporkan oleh MB Mat Said sebelum ini mencecah ratusan ribu ringgit sebenarnya. Tetapi kenapa SPRM mendiamkan diri seribu bahasa!! Mana siasatan dan pendakwaan yang dilakukan? Padahal kes itu lebih nyata dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Maka yakinlah kita sekarang bahawa SPRM sudah jauh terpesong dari matlamat asalnya. Jika tanggungjawab sosial dianggap "penyelewangan kuasa dan rasuah" maka sila siasat dan dakwa semua pemimpin UMNO yang menggunakan jentera kerajaan dalam setiap kali musim pilihanraya !! Juga sila dakwa MB UMNO yang banyak menerima sumbangan daripada pihak korporat dalam hal derma kepada rakyat seperti sumbangan basikal, beras, pakaian sekolah serta lain-lain lagi termasuk derma bencana alam. Bukankah semua itu juga boleh dikira rasuah, kerana yang memberi itu sudah pastinya akan mengharapkan sesuatu pulangan yang setimpal dari pihak kerajaan].

http://pahangdaily. blogspot. com/