KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 24, 2009

Guan Eng mahu saman Utusan, jangan bagi muka pada suratkhabar perkauman itu!


KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu."Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar."Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu, lapor Malaysiakini hari ini.


1 ulasan:

awang kata berkata...

Siapa sebenarnya yang perkauman. Yang dilihat berleluasa di depan mata di mana-mana. Sikap tidak mengutamakan bahasa kebangsaan, dan cuba menyaingi bahasa kebangsaan dalam iklan di televisyen.

Sikap sebeginilah perkauman. Negara Chini hanya serlahkan kecinaaannya di televisyen, adakah itu perkauman. Malaysia patut serlahkan kemalaysiaan - bahasa dan budaya Melayu, bukan bahasa dan budaya asing.