KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 13, 2012

Ah Jib Gor kini diasak dengan isu "Jalan Sultan", Ishak Surin jadi tumpuan


Tanpa diduga, isu pengambilan tanah sepanjang Jalan Sultan untuk memberi laluan kepada pembinaan projek MRT telah menarik keprihatinan orang ramai. Artis popular, seniman, karyawan dan budayawan yang sebelum ini dianggap "bersikap dingin terhadap politik", kini tampil untuk menyatakan bantahan terhadap pencerobohan tanah warisan yang bersejarah itu.

Ribuan manusia membanjiri Jalan Sultan pada 5 Februari, untuk menyambut Chap Goh Meh buat kali terakhir di Jalan Sultan, seandainya ia terpaksa dirobohkan untuk projek pembinaan MRT.

Turut memberikan sokongan dan membacakan doa selamat, Pengerusi Muafakat Perkampungan Warisan Kuala Lumpur (Muafakat) Ishak Surin yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Batu.

Jalan Sultan yang bersilang dengan Jalan Petaling di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, antara pusat kegiatan ekonomi sejak ratusan tahun yang lalu - kini menjadi ingatan kolektif untuk ramai penduduk yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur.  

Mereka hadir bukan dengan tujuan "menyambut hari perayaan" ini semata-mata, tetapi jelas membawa mesej bahawa Jalan Sultan harus dikekalkan.

Antara artis pop yang tampil pada malam itu, ada yang memulakan kerjaya mereka sebagai penyanyi di kafe yang bertapak di Jalan Sultan.  Di situ jugalah tempat budayawan dan seniman mencari ilham untuk ciptaan karya mereka.  

Seandainya produk budaya mempunyai pengaruhnya terhadap sesebuah komuniti, maka tidak hairanlah Jalan Sultan menyimpan nostalgia orang ramai, khususnya komuniti Cina. Baca lanjut DISINI.

Nota Gambar: Ishak Surin (vest hitam) di hadapan menjadi tumpuan dalam perarakan lebih 3000 masyarakat pelbagai kaum membantah Projek MRT Jalan Sultan.

Tiada ulasan: