Kengganan Kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas, menjadi fakta penting untuk menolak kenyataan Perdana Menteri kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin. Sebaliknya tegas Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Saifuddin Nasution, sifat angkuh kerajaan itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten.
Beliau merujuk kenyataan Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.
"Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?" soalnya. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar.
Katanya, Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006).
Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi Kerajaan Palestin.
"Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas," ujarnya lagi.
Katanya, hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.
Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas dan menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya, ujar Saifuddin.
Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau Persidangan NAM tersebut dan beliau menemui pimpinan PAS. Insiden ini tegasnya, mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya.
"Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.
2 ulasan:
When I originally left a comment I seem to have clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and now
each time a comment is added I receive four emails with the
exact same comment. There has to be a means you are able to remove
me from that service? Thanks a lot!
Stop by my web site - website
Everything is very open with a clear explanation of the issues.
It was definitely informative. Your site is
very helpful. Thanks for sharing!
My website: Plumbers Dublin
Catat Ulasan