Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Februari 14, 2012

Tok Guru Nik Aziz mahu Anwar tarik kenyataan sokong Israel atau saman The Wall Street Journal segera


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal  (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.     

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

Anwar yang juga adalah Ketua Pembangkang, sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar Wall Street Journal. Menurut Nik Aziz, pendirian PAS tegas dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa. Sebaliknya, PAS katanya, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Baca lanjut DISINI.

0 ulasan: