Apabila mengenangkan keadaan dan situasi harian saya hari ini, acapkali saya mengelamun dan terfikir; bagaimana agaknya kondisi hidup orang-orang yang lebih dahulu terjun dan bergelut dalam dunia yang sedang cuba ditembusi saya dan rakan-rakan hari ini. Jika hari ini maklumat semuanya di hujung jari; mereka dahulu bagaimana? Bagaimana agaknya gerakan massa golongan pelajar era 1960-an dan 1970-an dahulu disusun?
Bagaimana agaknya perang media dan sebaran maklumat digerakkan bagi meraih sokongan pelbagai pihak? Bagaimana pula mereka berhadapan dengan ancaman dan tekanan dari pihak yang ditentang mereka; yang jelas mempunyai ratusan kali kekuatan dan jentera berbanding mereka yang digambarkan hanya bersenjatakan buku, pensel, dan idealisma?
Bagaimana pula dengan gerakan pelajar yang jauh lebih awal dahulu; di zaman kegemilangan kampus saya hari ini: SITC? Tentu sekali cabarannya lebih besar dan berat dari yang dihadapi kami hari ini dan generasi terdahulu sebelum kami.
Tidak berapa lama dahulu, saya dihubungi seorang rakan yang secara kebetulan terserempak dengan Sasterawan Negara; A Samad Said (gambar kanan) atau lebih mesra dipanggil Pak Samad. Mereka bertemu di Sentral Kuala Lumpur, nadi penting transportasi warga kota hari ini. Sejak bergelar "buangan" dan sesetengah rakan pula menggelar saya "pelarian", saya belum pernah lagi berkesempatan untuk bertemu dan bercakap dengan Pak Samad seperti dahulu.
Saya ambil peluang itu untuk bercakap dengan beliau melalui telefon milik rakan saya itu. Kedengaran sahaja suara saya di talian, belum sempat saya bertanya khabar sudah beliau ajukan soalan, "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" - Baca lanjut DISINI.
2 ulasan:
Howdy just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the images aren't loading correctly. I'm not sure why but I
think its a linking issue. I've tried it in two different browsers and both show the same outcome.
My page; website
Hello, every time i used to check webpage posts here in the
early hours in the morning, because i like to learn more and more.
Also visit my web site ... iphone 5 tethered jailbreak download
Catat Ulasan