KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 13, 2012

Siang jual nasi ayam, malam pulak jadi ibu ayam: Polis serbu premis di Jalan Inai Kuala Lumpur


Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) atau jadi ibu ayam. Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai, Kuala Lumpur di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.

Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an. Ketika ditahan, kelima-lima gadis itu sedang ghairah melayan pelanggan-pelanggan dalam restoran yang berubah konsep ala pub pada sebelah malam.

Ketua Operasi D7, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan di premis itu dan hasil risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.

“Pemilik restoran makanan nasi ayam itu hanya menyediakan khidmat GRO di premis miliknya pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas serbuan itu.

Sementara di Puchong pula, biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk, namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka diserbu.

Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.

Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang disyaki menawarkan khidmat urut batin.

Nota Gambar:  Sebahagian wanita warga asing yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.