RENUNGAN NURUL IZZAH ANWAR
Pertama, Pakatan Rakyat ingin menyatakan sokongan penuh terhadap usaha murni skim pembelian rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah, selagi pelaksanaan dibuat secara teratur. Ini jelas dinyatakan di dalam kenyataan akhbar rasmi dan memorandum Pakatan Rakyat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tidak timbul persoalan bahawa kami tidak menyokong skim ini.
Kedua, isu dasar bukanlah seperti tuduhan tidak berasas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kebolehan bakal peminjam untuk membuat bayaran - tetapi isu dasar adalah mengenai sumber dana untuk skim ini yang akan datang dari KWSP.
Kenyataan Menteri mengenai peranan KWSP juga telah menyebabkan timbulnya reaksi meminta penjelasan sepenuhnya bukan sahaja dari Pakatan Rakyat malah dari rakyat, ahli lembaga KWSP, MTUC dan CUEPACS kerana ia melibatkan tabungan simpanan hari tua pekerja; sedangkan sudah ada sumber dana lain yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya bakal pemilik sendiri.
Maka, Pakatan Rakyat telah meminta dan telah hadir di dalam satu taklimat bersama KWSP di mana beberapa maklumat penting telah didedahkan:
a: Tawaran KWSP masih belum diluluskan dan perjanjian belum dimeterai;
b: Pinjaman adalah terus kepada kerajaan dan bukan peminjam;
c: Sebuah institusi kewangan akan diminta menguruskan pentadbiran kredit;
d: Hanya RM300 juta akan diberi untuk tahun pertama dan bukan RM1.5 bilion seperti yang dicanang Menteri.
Ketiga, soal kadar faedah atau kadar keuntungan yang akan dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Dato Mohd Amin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah DBKL (pada 31 Jan 2012) adalah 6.5%, di mana 1% adalah untuk kos perkhidmatan dan 5.5% kepada KWSP.
Pakatan Rakyat berpendapat kadar faedah 6.5% terlalu tinggi; kenapa kadar yang lebih rendah, seperti 2% yang dikenakan kepada pinjaman mudah (soft loan) RM250 juta projek National Feedlot Center (NFC) melibatkan suami dan keluarga salah seorang Menteri dalam kabinet Kerajaan Pusat tidak digunakan? Baca Terus Deh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan