KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 14, 2011

Apabila rakyat tak takut polis: Ancaman Teori Domino gentarkan ketua-ketua negara Timur Tengah - Prof Dr Redhuan Othman




Adakah kebangkitan rakyat di Mesir ini memberi kesan besar kepada lanskap politik di Timur Tengah?

PROEFESOR DR REDHUAN: Kebangkitan juga berlaku di Jordan, Yaman. Oleh itu saya melihat apa yang berlaku di Mesir ini akan menggoncangkan seluruh Timur Tengah. Teori domino akan berlaku kerana semuanya diperintah oleh diktator. Di Mesir, umpamanya adalah diktator, di Arab Saudi, daripada 27 juta penduduknya, yang menguasai ekonomi adalah seramai 2,000 orang. Bermakna kelompok elit sahaja yang menguasai pemerintahan. Semuanya adalah sama iaitu Jordan, Yaman, Negara Teluk, Maghribi. Semuanya diperintah oleh diktator. Kalau kita tengok, mana ada negara Arab yang tidak diperintah oleh diktator. 
Haiti jatuh. Diktatornya hanyalah orang Islam sahaja. Sebab mereka bertahan kerana disokong oleh Amerika. 

Pada pendapat Prof, hanya dengan kaedah revolusi sahajakah negara-negara yang diperintah oleh diktator akan tumbang?

Ada dua cara yang kita nampak iaitu pertama, revolusi yang dikenakan. Itu yang berlaku di Afghanistan dan Iraq. Bermakna Barat mengatakan bahawa mereka harus mendemokrasikan Afghanistan, Iraq. Tumbangkan Saddam Hussein dan Taliban. Tetapi ternyata hampir satu dekad, masih tiada penyelesaian. Itu revolusi yang pertama - gagal. Sekarang ini, adalah revolusi yang kedua. Nampaknya di Tunisia hal ini berjalan dengan baik. Muhammad al-Ghanouchi menjanjikan bahawa bahawa beliau hanya kekal sebagai Perdana Menteri untuk sementara waktu, selepas pilihan raya beliau akan meletakkan jawatan. Bermakna proses transisi berjalan dengan lancar.  Begitu juga dengan Mesir. Sepatutnya Hosni Mubarak tinggalkan Mesir dengan segera. Seperti mana yang dibuat oleh Ben Ali. Serahkan kepada pilihan raya bebas. Selepas itu biar rakyat yang tentukan.

Bagaimana dengan peranan al-Baradei yang dikatakan akan mengambil alih Mesir selepas ini?

Al-Baradei tidak ada sokongan akar umbi. Saya mengumpamakan dia ini seperti Mehdi Bazargan ketika Revolusi 1979. Tetapi itu bukan isu. Tidak mengapalah.  Biar dia bertanding (al-Baradei). Tengoklah siapa yang rakyat hendak (pilih sebagai pemimpin). Kalau rakyat hendak, biarlah dia jadi pemimpin. Siapa yang dapat undi majoriti dialah yang memerintah.

Adakah demokrasi perlu dipertahankan di negara-negara Arab ini?

Bagi saya walaupun demokrasi bukan jalan terbaik tetapi itulah cara yang ada. Namun ianya perlulah diamalkan dalam erti kata yang sebenar. Bukan demokrasi yang diamalkan untuk mengesahkan pemerintahan status quo. Tetapi di negara Islam, National Democratic Party (NDP) umpamanya, namanya sahaja demokratik tetapi tidak demokrasi. Pemerintah menggunakan tentera, media untuk mengekalkan kuasa. 
Demokrasi kalau diistilahkan sebagai hak semua orang maka mereka perlu diberi hak dan peluang untuk bersuara. Tetapi di Mesir, parti pembangkang tidak boleh bersuara. Itulah namanya demokrasi (di sana). 

Melihat kepada revolusi kedua yang sedang tercetus. Agaknya berapa lama masa yang akan diambil memandangkan ia baru sahaja berlaku?

Ia bermula selepas Hosni Mubarak tumbang. Bagi saya, rejim ini menunggu masa sahaja untuk tumbang. Walaupun kerajaan mengenakan perintah berkurung, tetapi rakyat tidak boleh (ikut). Saya tidak boleh bayangkan Kaherah dikenakan perintah berkurung kerana Kaherah tidak tidur. Semakin malam larut, semakin ramai orang keluar. Bagaimana perintah berkurung boleh dilaksanakan?

Keadaan yang sama juga meledak di Yaman?

Yaman sudah berlaku, di Algeria sudah ada petanda akan berlaku itu. Sekarang juga berlaku di Jordan. Isu yang sama berlaku di sana iaitu kenaikan harga barang dan tidak puas hati dengan pemerintah. 

Jika di Tunisia, revolusi dipimpin oleh golongan muda. Adakah perkara yang sama berlaku di negara lain?

Di negara Arab, separuh daripadanya adalah generasi muda. 

Adakah pengaruh ini akan merebak ke Asia Tenggara?

Kalau secara langsung mungkin tidak. Tetapi kalau kita lihat apa yang berlaku di dunia itu sebenarnya ini tidak terpisah. Apa yang berlaku di Mesir; orang persoalkan mengenai integriti, pilihan raya dan amalan demokrasi. 
Di Malaysia pun apa kurangnya. Dalam pilihan raya umum lalu, BN mendapat 50 peratus dan Pakatan Rakyat 49 peratus. Bezanya hanya 1 peratus. Tetapi yang paling ketara BN mendapat jumlah kerusi yang jauh lebih besar. 

Hubungan Arab Saudi dengan Israel amat meninggalkan kesan kepada umat Islam. Begitu juga Malaysia yang turut mempunyai hubungan dengan Arab Saudi. Terutamanya di Mesir, al-Azhar dan sebagainya. Ini ada kesan kepada Malaysia?

Sudah pasti. Sebab kita ada pelajar di sana berjumlah yang dikatakan berjumlah 11 ribu orang. Sudah tentu dia akan memberi kesan, daripada segi hubungan dua hala dan sebagainya. Mana hendak diletakkan pelajar-pelajar ini kalau mereka balik? Sebab apa yang berlaku di Mesir ini saya tidak nampak ia boleh selesai dalam tempoh yang singkat. Ia akan berterusan.

Kalau di Mesir, Ikhwanul Muslimin merupakan parti utama yang didakwa sebagai harapan kepada perubahan. Begitu juga dengan PAS di Malaysia. Adakah wujud sebarang potensi revolusi yang sama boleh tercetus di Malaysia atau mana-mana negara di Asia Tenggara selepas 1998 di Indonesia?

Saya rasa di Malaysia, mungkin tidak. Sebab daripada segi demokrasi kita belum sampai ke tahap itu. Secara relatifnya demokrasi masih ada di sini. Dibandingkan dengan negara Arab yang langsung tiada. Penduduk di Malaysia adalah golongan kelas pertengahan. Walaupun ada penduduk miskin, tetapi bilangannya sedikit. Pemerintah walaupun ada kelemahan, tetapi dari segi zalimnya mereka tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Mesir. Kemiskinan mereka cukup ketara. Oleh itu untuk Malaysia menjadi seperti Mesir, saya rasa agak sukar. Pilihan raya umum dan pilihan raya kecil masih berjalan walaupun ada keterbatasan.Tetapi ada ruang masih diberi. Dengan sebab itulah di Malaysia, pembangkang boleh berkuasa di negeri. Di Mesir sistem pemeritahannya tidak memungkinkan ini berlaku. Umpamanya jika Ikhwan Muslimin menang di mana-mana Muhafazah (wilayah) tidak mungkin kumpulan tersebut menubuhkan kerajaan. Sedangkan di Malaysia PAS sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa walaupun kelemahan amalan demokrasi itu ada, tetapi ruang masih diberi. 

Boleh Prof jelaskan sedikit tentang Teori Domino...

Saya lihat ia lebih relevan dengan negara Arab. Sebab pemerintahannya sama - diktator. Penduduknya lebih kurang sama - yang kaya terlalu kaya dan miskin adalah terlalu miskin. Penglibatan golongan slut adalah sama. Peranan mukhabarat atau special branch adalah sama, menindas. Dengan sebab itulah di Mesir, polis dibenci. Di Malaysia walaupun semuanya ada, tetapi sebahagian umumnya, Polis di Malaysia lebih baik berbanding Mesir. Walaupun tidak dinafikan ada juga yang dipersoalkan dari segi sikap mereka. 

Ini bermakna revolusi hanya relevan di Timur Tengah sahaja?

Ya, kerana kita tidak boleh nak samakan Polis Malaysia dengan Polis Mesir. Ini kerana kalau di sana, 100 orang dibunuh dalam demontrasi hari itu. Sedangkan di sini, hanya kecederaan sahaja yang berlaku pada demonstrasi. Polis memang brutal di Mesir. 

Apa yang berlaku pada revolusi 'Black Friday 1952'?

Ada satu peristiwa dipanggil 'Black Friday', apabila berlaku rusuhan, polis membunuh sehingga mencetuskan kebangkitan. Ia digunakan oleh satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai revolutionary command council atau RCC yang dipimpin oleh Gamal Abdel Nasir, merampas kuasa pada Julai 1952. Kumpulan inilah yang mendominasikan politik Mesir hingga ke hari ini.

Tetapi mengikut Teori Domino, tercetus di Tunisia, selepasnya Mesir, Yaman, apakah lagi negara yang mungkin berpotensi?

Algeria mungkin berpotensi besar, Jordan juga. Saya melihat sebahagian besar daripada Timur Tengah akan goncang. Yang ada pilihan raya Lubnan, Turki dan Iran. Yang lain tiada pilihan raya. Rakyat amat mengharapkan kehidupan yang lebih baik. Ekonomi terutamanya.

Revolusi memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara?

Sudah tentu mereka mengharapkan suatu yang lebih baik. Sebab apa yang berlaku pada hari ini ternyata sekali mereka tidak menaruh harapan. Masyarakat yang tiada harapan pada masa hadapan sebab yang kaya adalah kumpulan elit tertentu sahaja. Seperti mana yang berlaku di Mesir, apabila mereka membakar Pejabat NDP, cuma mereka tidak berarak ke istana Presiden sahaja. Kalau tidak, tentu Presiden pun cabut. Pentagon dan Amerika sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana ini adalah kebangkitan rakyat. Kalau Ikhwan sahaja yang bangkit mereka boleh bunuh seperti yang berlaku di Syria pada 1982. Tetapi apabila ia melibatkan rakyat sudah tentu ia besar-besaran mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka sudah tidak pedulikan gambaran buruk masyarakat luar kepada Mesir sekarang ini. Ini kerana bagi mereka, masa depan Mesir biar mereka tentukan sendiri. Sebab kalau sebelum ini Amerika yang tentukan apa yang nak dibuat. Umat Islam di seluruh dunia perlu ambil iktibar dengan revolusi ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The most notable mechanical device is the vacuum
pump, which is inserted over the penis. Well, as I sit in front of
the tube on any given night to get my N. Unlike Viagra,
it can help you get erections even when you have other health problems such as heart diseases, kidney or liver problems.



Review my blog ... cialis advice

Tanpa Nama berkata...

It's actually very complicated in this busy life to listen news on Television, so I just use world wide web for that purpose, and get the most recent information.

Here is my web blog: payday loans

Tanpa Nama berkata...

If you installed the keylogger. Apart from being notorious for its association with hackers this
type of smart phone will allow you to download a demo version of their product.


my website ... keylogger free

Tanpa Nama berkata...

constantly i used to read smaller articles or reviews which also clear their motive, and that is also happening with this post which I am reading at this place.


Check out my page :: callme2insure.com