Muammar Gaddafi berkata, beliau sanggup mati di bumi Libya dan menganggap sebagai syahid kerana mempertahankan negaranya daripada pemberontak yang kini telah menguasai wilayah timur, lapor Reuters. Gaddafi yang muncul dalam televisyen milik kerajaan dengan berpakaian jubah kelabu berkata, beliau tidak akan tunduk kepada diplomat, tentera dan penunjuk perasaan yang mendesaknya mengakhiri empat dekat pemerintahannya.
"Saya akan terus lawan," kata Gaddafi yang memerintah Libya setelah pihak tentera merampas kuasa pada tahun 1969.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan