KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 25, 2011

Perbicaraan Sodomi II: Pakar DNA Tidak Ikut Garis Panduan Antarabangsa


Perbicaraan kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam bela terus menyoal balas pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada perbicaraan 18 Febuari lalu, mahkamah digemparkan dengan keterangan Dr Seah bahawa terdapat kemungkinan sampel yang diambil dari tubuh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 lelaki. Terdahulu, pada hari sebelumnya, mahkamah turut digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

10.44 pagi – Setelah bertekak dengan Ram Karpal, Dr Seah mengakui bahawa laporan yang disediakannya tidak mengikut garis panduan dalam risalah berkala International Society of Forensic Genetics yang mana beliau merupakan ahli.

“Laporan anda tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang anda merupakan ahlinya sendiri?” tanya Ram Karpal. “Ya,” akur Dr Seah.

Sebelum itu Ram Karpal mengeluarkan satu risalah berkala daripada International Society of Forensic Genetics dan memberikannya kepada Dr Seah untuk dirujuk.

10.43 pagi – Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tiba di galeri awam.

10.08 pagi- Mahkamah berehat sebentar. Ram Karpal memerlukan sedikit masa untuk meneliti dokumen. Hakim Zabidin menetapkan perbicaraan bersambung semula 10.20 pagi.

10.01 pagi – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sampai di mahkamah. 10.00 pagi – Dua orang lelaki kelihatan seperti polis cawanngan khas (SB) meninggalkan galeri awam.

9.46 pagi – Ram Karpal menekan Dr Seah dan mahu Dr Seah menjawab soalan-soalan yang dikemukakannya secara terus terang agar lebih banyak masa tidak dibazirkan.

9.26 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah tidak menjalankan penilaian statistik untuk memastikan DNA Saiful benar-benar berada pada putik kapas B5.

9.02 pagi – Dr Seah Lay Hong angkat sumpah sebagai saksi. Ram Karpal memulakan soal balas Dr Seah.

9.01 pagi – Perbicaraan bermuladi hadapan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah

8.58 pagi- Datuk Seri Wan Azizah berbual-bual dengan Param Cumaraswamy. Sankara pula berkata-kata sesuatu dengan Anwar yang berada di kandang pesalah. Peguam Anwar hari ini adalah Ram Karpal, Sankara, Param Cumaraswamy.

Tiada ulasan: