Kebangkitan rakyat di Mesir untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak menjadi tumpuan dunia terkini. Sesungguhnya, tidak kurang pemerhati politik yang membandingkan pergolakan di dunia Timur Tengah dengan konteks politik di Malaysia - dari cara hidup keluarga Presiden hinggalah jurang ekonomi dalam masyarakat yang menjadi faktor tercetusnya kebangkitan rakyat.
MerdekaReview bersama Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum berjudul "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" pada jam 8 malam, 22 Februari (Selasa), di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.
Forum ini bakal membariskan panelis Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM), Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera), Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru") dan Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas), dengan Fahmi Fadzil sebagai moderatornya. Kemasukan adalah percuma. Sila datang beramai-ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan