KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 03, 2011

BN beri hadiah sempena Tenang: Petrol RON97 naik 10 sen lagi - Ishak Surin


Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam, 31 Januari lalu. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya) dan ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas Pilihan Raya Kecil Dun Tenang yang berlangsung 30 Januari lalu.

"Tahniah kepada pengundi BN Dun Tenang yang berjaya mengangkat keangkuhan Umno-BN untuk terus menaikkan harga minyak. Diharapkan kemenangan calonnya tidak menjadi "malapetaka" kepada pengundi di Tenang sepanjang kareiernya di kawasan itu, setelah terdapat bukti jelas minatnya terhadap "tanah" sewaktu menjadi ADO," tegas Pengerusi Lajnah Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin. 

Semenjak tahun lalu, katanya, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. 
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa, ujarnya.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Tiada ulasan: