KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 14, 2011

Butakan mata rakyat, jangan kelih intrenet: Umno-BN paksa rakyat terima info satu hala - Mahfuz Omar




Tindakan kerajaan untuk menggubal semula Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (AMCP) dengan memperluaskan undang-undang tersebut kepada internet semata-mata untuk mengunci mulut serta mencengkam rakyat agar hanya menerima satu sumber daripada kerajaan sahaja.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menegaskan kerajaan mungkin 'mengambil iktibar' kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia disebabkan pengaruh alat komunikasi dan media baru yang berjaya meniup sentimen seluruh rakyat untuk menentang kerajaan yang zalim.

Katanya lagi, sekiranya tindakan kerajaan itu dilaksanakan, ia amat bertentangan dengan matlamat kerajaan awal yang ingin menjadikan Malaysia negara  yang membangun dengan jaringan komunikasi. 

"Suatu ketika dahulu pemimpin negara mencanangkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mengamalkan dasar langit terbuka. Tetapi sekarang kerajaan juga yang bertindak untuk menutup ruang keterbukaan yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah kerajaan," katanya.

Tegas Mahfuz lagi, implikasi terbesar  jika AMCP diperluaskan kepada internet tentulah menghalang bloggers yang mempunyai mesej positif daripada terus menulis dan menyebarkan maklumat kepada rakyat.

"Tidak dinafikan terdapatnya bloggers yang tidak beretika. Kita tidak seharusnya takut untuk menghadapi penulisan yang tidak beretika dan kita harus ada keberanian kerana kerajaan juga mempunyai instrumen tertentu untuk menjawab serta membawa propaganda mereka. Janganlah pula kerajaan takut untuk menghadapi  situasi baru ini," tegas Ah;i Parlimen Pokok Sena itu.

Tiada ulasan: