KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 22, 2011

Kadar tambang minima MRT Lembah Klang patut berkisar sekitar 38 sen - 87 sen




Maklumat penting yang diperlekehkan oleh SPAD ialah harga tambang. Ramai yang ingin mengetahui harga tambang MRT apabila ianya mula beroperasi supaya orang ramai dapat membuat perancangan perbelanjaan masing-masing terlebih awal. 

Ini adalah kerana keputusan seperti membeli kenderaan peribadi akan mengenakan satu kos lesap (sunk cost) yang menggalakkan penggunaan selepas pembeliannya bagi mengelakkan "kerugian kerana tidak menggunakannya". 

Rakyat yang menangguhkan pembelian kereta sekarang tidak ingin dibebani harga tambang MRT yang tinggi dan tidak memadai apabila MRT mula beroperasi nanti. Sesungguhnya, kini wujud kebimbangan bahawa harga tambang MRT bakal membebankan pengguna.

Pengumuman harga tambang, atau sekurang-kurangnya pengumuman unjuran harga tambang secara awal dapat memastikan pengguna, pembangun hartanah, penjual kereta peribadi, agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan lain dapat membuat persiapan dan rancangan seawal-awalnya bagi mengelakkan spekulasi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oh my goodness! ӏncreԁible artiсle dude!

Thanκ уou ѕo much, Howeνer I am encоunteгing pгoblems ωith your RЅЅ.

I ԁon't know why I am unable to join it. Is there anybody getting identical RSS issues? Anyone that knows the solution can you kindly respond? Thanks!!

my web blog; Same Day Payday Loans