KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 03, 2011

Temberang dan tembelang mula bocor: Peneroka Felda tidak tahu mereka "dianiaya"




Ketika peneroka Felda di Dun Tenang menjadi pengundi tegar yang memenangkan calon BN dalam PRK 30 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan injunksi kontraktor yang dilantik Felda dalam kes penebangan pokok getah Felda Raja Alias 2, Serting, Jempol, 29 Janurai lalu.

Penolakan ini membuktikan terdapat "penganiayaan" dalam agensi kerajaan itu, apabila peneroka menolak kontraktor dilantik Felda berikutan harga jualan hasil dan pokok getah ditawarkan tidak mengikut harga pasaran. Harga jualan pokok getah bagi setiap tujuh ekar milik seorang peneroka ditawarkan kontraktor dilantik Felda hanya RM28,000 berbanding kontraktor dilantik peneroka menawarkan RM35,000.

Hakim Dato' Rosnaini Saub berkata, permohonan injunksi kontraktor dilantik Felda itu tidak sah berikutan kesemua peneroka terlibat adalah pemilik berkepentingan tanah Felda. Keputusan hakim itu diputuskan melalui perbicaraan di dalam kamar hakim yang dijalankan secara tertutup.

Kesemua 23 peneroka itu diwakili peguam, T.Kumar dan Surina Suhaimi. 16 Disember lalu, kontraktor Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd yang dilantik Felda menfailkan permohonan injunksi untuk menghalang peneroka dan kontraktor dilantik mengurus tanah Felda Raja Alias 2.

Mengulas perkara ini, Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, bukan satu kerja yang mudah untuk keluarkan peneroka Felda dari kongkongan kerajaan Umno-BN, kerana mereka tidak tahu "penganiayaan" Felda terhadap mereka selama ini. 

Katanya, Anak memerlukan masa untuk memberi rangsangan dan keberanian kepada peneroka untuk keluar daripada kongkongan Felda dan kerajaan BN. 

Beliau mengakui, lebih 50 tahun peneroka dipergunakan oleh kerajaan dan Felda, sebab itulah ia agak sukar untuk bebaskan mereka dari kongkongan itu. Mengulas pilihan raya DUN Tenang, Mazlan sedar kemenangan BN di Tenang disebabkan undi peneroka yang dilihat masih menyebelahi parti itu.

Tiada ulasan: