KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 17, 2011

Che Dat atau Abdullah CD hiasi muka belakang lidah rasmi PAS, Harakah Bil 1615 Edisi Jumaat



Lidah rasmi PAS, Harakah Bil 1615 terbitan 18 - 20 Februari 2011 (Edisi Jumaat) telah memberi ruang di halaman belakangnya kepada Abdullah CD atau Che Dat Anjang Abdullah muncul menemui peminat dan pencinta kemerdekaan di negara ini. Beliau yang sering ditohmah dan dicop sebagai penjenayah, petualang dan pengkhianat bangsa dan tanahair selama ini, sedang giat mencerahkan sejarah hitam yang diturap oleh penjajah dan sekutunya di negara ini.

Che Dat, 88 tahun masih memiliki otak yang sihat dan mampu mengingati banyak perkara tentang sejarah perjuangan PKM yang diketuainya selepas Musa Ahmad belot dalam perjuangan. Che Dat bersama isterinya, Suriani Abdullah bergerak aktif dalam memeimpin Tentera Rakyat Malaya (TRM) Rejimen ke-10 sehingga rejemin ini cukup-cukup digeruni oleh penjajah British.