KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 03, 2011

Kedah dulu buat tak tahu: BN bersikap 'double standard' atasi bencana banjir




Sikap 'double standard' terus diungguli Umno-BN apabila mereka menggunakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu mangsa banjir di Johor, malangnya ia tidak berlaku sewaktu banjir teruk melanda Kedah akhir tahun lepas.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, kerajaan pusat tidak membantu mangsa banjir di Kedah sebaliknya mengeksploitasi kerajaan Pakatan Rakyat Kedah sebagai gagal menangani masalah banjir yang melanda. "Inilah sikap 'double standard' kerajaan BN. Selaku kerajaan yang memerintah negara ini, ia perlu bersikap adil kepada setiap negeri dibawah nauangannya walaupun berbeza pandangan politik," katanya.

Bagaimana pun, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara yang mengarahkan MKN sekali gus membuktikan negeri yang diperintah BN tidak berkemampuan. 

Jelas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, apabila menteri mengarahkan jentera MKN bermakna secara keseluruhan agensi keselamatan digunakan untuk mengatasi masalah banjir di Johor. "Apabila dia menyebut akan menggunakan MKN maka dia mengakui Kerajaan Negeri Johor tidak berkemampuan untuk menghadapi banjir," tegasnya.

Beliau mengakui kekuatan jentera MKN, kerana keseluruhan agensi dan jabatan keselamatan termasuk polis, tentera, bomba dan sebagainya terletak dibawah kerajaan pusat.  "Ada apa dengan kerajaan negeri? Baik diperintah Pakatan Rakyat ataupun BN tidak ada kekuatan jentera ini," soalnya.

Banjir teruk selepas 2005 telah melanda Kedah pada November 2011 mengakibatkan kira-kira 40,000 penduduk dipindahkan, ekoran itu kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dipersalahkan kerana gagal menyantuni mangsa banjir. Malangnya, tidak ada bantuan daripada MKN untuk membantu mangsa banjir di Kedah pada waktu itu.

Terkini, di Johor yang sedang berdepan dengan banjir teruk, Muhyiddin mengarahkan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.

Tiada ulasan: