KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 17, 2011

Cubaan Umno guna warga asing untuk tumbangkan kerajaan Tok Guru Nik Aziz dalam PRU-13


Umno dikatakan tidak lagi mengharapkan sokongan rakyat Kelantan dalam misi merampas negeri ini daripada Pakatan Rakyat, sebaliknya cuba menggunakan warga asing. Menurut sumber, seramai 20,000 rakyat asing difahamkan akan dibawa ke negeri ini untuk didaftarkan sebagai pengundi dalam misi "Gelombang Merah" merampas Kelantan.

Mengulas perkembangan tersebut, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (gambar kanan) berkata, maklumat mengenai gerak kerja itu sudah dikesan. Rakyat negara asing itu difahamkan akan diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi, ujarnya.

"Kita sedang meneliti perkara ini dan jika benar ia berlaku, PAS akan mengambil tindakan undang-undang kerana ia cuba mencabul kedaulatan negara menggunakan taktik kotor. Perkara itu tidak dapat ditolak memandangkan usaha Umno hendak merampas Kelantan sejak 20 tahun lalu tidak menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui selepas majlis Himpunan Muslimat  di Putik baru-baru ini. Sebelum ini, parti pemerintah dikatakan pernah menggunakan taktik serupa apabila mendaftar warga asing di Sabah sebagai pengundi bagi menumbangkan kerajaan di bawah PBS.

Malah sindiket kad pengenalan palsu di Sabah dibukukan menjadi rujukan di unversiti-universiti tempatan. Dr Fadzli berkata, Umno sudah hilang punca apabila projek merampas Kelantan tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Beliau juga bimbang pelancaran "Gelombang Merah" oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamad baru-baru ini ada terselit taktik kotor. Beliau juga berkata, PAS Kelantan akan melancar Buku Jingga pada 24 Febuari ini bertempat di Putik bagi menangkis slogan "Gelombang Merah" sebagai gelombang rakyat yang dilancarkan Umno baru-baru ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Muslimat PAS Kelantan akan melancar program "Gelombang Hijau" peringkat negeri tidak lama lagi. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pelancaran itu sebagai lanjutan program di peringkat Muslimat Pusat sejak tahun lepas. "Gelombang Hijau sebagai usaha kita untuk mempertahankan kerajaan di Kelantan walaupun BN melancarkan gelombang mereka," katanya.

Himpunan Muslimat itu dihadiri lebih 600 pemimpin masyarakat, anggota jawatankuasa Muslimat pelbagai peringkat dan kakitangan lantikan politik. Program sehari itu dirasmikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tiada ulasan: