KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 21, 2011

Hari pertama PR memerintah: Jamin lupuskan 15 juta saman ekor yang belenggu rakyat!


Mahfuz menyerahkan risalah kempen KASE kepada setiap wakil daripada kawasan Parlimen seluruh Selangor sambil diperhatikan Anwar, Azmin Ali, Taufek Abdul Ghani dan Ustaz Salahuddin Nasir. 

Pakatan Rakyat berjanji akan melupuskan sebanyak 15 juta saman ekor yang dikenakan kepada pengguna secara tidak mengikut peraturan sebenar, yang membabitkan empat juta pengguna jalan raya, sehari selepas menguasai Putrajaya jika ditakdirkan menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

Perkara ini ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Dato' Mahfuz Omar ketika berucap di Majlis Pelancaran KASE di Gombak baru-baru ini oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Katanya, KASE ditubuhkan kerana pindaan Akta Pengangkutan yang diluluskan jelas mendera dan membuli pengguna serta rakyat bawahan dalam negara ini. 

KASE akan menjelajah seluruh negara untuk bertemu dengan rakyat khususnya kepada empat juta mangsa saman ekor, disamping pihaknya memberi penerangan dan menunjukkan tindakan yang sepatutnya mereka boleh lakukan mereka.

Mahfuz berkata, ini bukan bermakna KASE menggalakkan orang ramai memandu secara tidak berhemah di jalan raya tetapi membantah saman ekor yang tidak mengikut peraturan dan proses perundangan seperti yang berlaku sekarang. Jelas beliau, saman ekor perlu dirujuk persoalan kepada pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010.

Beliau berkata, kerajaan mendakwa pindaan yang dibuat adalah untuk mengatasi masalah kemalangan maut yang berpunca daripada pemanduan yang tidak berhemah yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. "Tetapi pindaan ini tidak langsung menyangkuti masalah bagaimana untuk mengelak berlakunya kemalangan maut yang ngeri yang sering dipaparkan oleh media massa," katanya.

Tambah beliau pindaan ini juga masih mengekalkan persoalan khususnya penyenaraian hitam terhadap orang yang gagal menjelaskan kompaun melalui notis yang dikenakan akibatnya sukar memperbaharui lesen dan cukai jalan.

Menurutnya lagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak wajar menghalang pengguna jalan raya dari menggunakan kenderaan mereka dengan tidak membenarkan mereka perbaharui cukai jalan dan lesen memandu dan ini bertentangan dengan undang-undang.

Katanya, Inilah yang menyebabkan keluh kesah di kalangan rakyat sejak setahun yang lalu apabila kerajaan mula memperkenalkan senarai hitam terutama kepada hampir empat juta mangsa saman ekor. PAS bersetuju jika ada usaha untuk meningkatkan denda ke atas penguna jalan raya yang memandu sec ara yang tidak berhemah dan menggila serta dihukum yang dapat menjadikan mereka insaf.

Jika pemandu atau pemilik kenderaan gagal memberikan alamat yang terbaru seperti berpindah juga menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan kompaun termasuk penjara. Menurutnya akta yang dipinda itu adalah undang-undang yang tidak masuk akal kerana sepatutnya perlu kepada persoalan pokok, bagaimana cara dapat mengurangkan kemalangan maut yang berlaku sekarang ini.

"Sebenarnya tujuan pindaan ini adalah untuk mencekik darah rakyat dan ambil duit rakyat untuk kroni pemimpin tertentu dan menampung perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan," ujarnya. Mahfuz berkata beliau tidak menolak undang-undang perlu ditegakkan untuk mendidik masyarakat tetapi sebarang tindakan yang hendak dikenakan mesti mengikut proses perundangan.

"Kerajaan dilihat lebih bergantung kepada duit saman daripada sumber tetap iaitu cukai jalan dan lesen memandu," ujarnya sinis. Mahfuz yang juga AJK PAS Pusat berkata, walaupun kerajaan memberi 50 peratus potongan untuk mangsa saman tetapi menurut JPJ hanya 14 peratus sahaja yang membayar. 

Tiada ulasan: