Kira-kira RM14 juta diperlukan bagi membaik pulih 36 sekolah dan menggantikan buku teks yang rosak akibat banjir di Johor baru-baru ini, kata Pengarah Pelajaran negeri Markom Giran. Markom berkata, kerja baik pulih itu meliputi tandas yang tersumbat dan penggantian kerusi dan meja yang tidak boleh digunakan lagi, lapor Bernama.
"Sekurang-kurangnya RM2 juta diperlukan bagi menggantikan buku teks sekolah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. Beliau berkata, daripada 36 buah sekolah yang terlibat dengan banjir, 11 daripadanya ditenggelami air manakala bakinya dijadikan pusat pemindahan banjir.
1 ulasan:
apabila ada prk maka umno akan bawak turun duit untuk diagihkan kepada pengudi supaya mengundi umno maka ALLAH SWT turunkan hujan sehingga menengelam harta benda ahirnya umno sebagai pemerentah sekali lagiterpaksa bawak turun duit untuk diagihkan kepada pengudi.
Catat Ulasan