KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 05, 2011

Ketua Polis Negara mesti siasat kekerasan lerai demo anti-Mubarak Jumaat lalu



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendesak Ketua Polis Negara menyiasat pihak polis yang bertindak secara tidak professional menggunakan kekerasan dalam meleraikan Perhimpunan Aman Anti-Mubarak, yang berarak daripada Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika Jumaat, 4 Februari kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin.

AMK dalam satu kenyataan medianya kecewa terhadap tindakan yang diambil oleh pihak polis. Penahanan tujuh orang demonstran anti-Mubarak semalam adalah tidak professional.

"Kekasaran dan penahanan ini memperlihatkan bahawa kerajaan kita pada hari ini mengambil pendirian Pro-Mubarak. Sikap tidak professional ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di Mesir," tegas Shamsul.

Oleh yang sedemikian, AMK Malaysia berpendirian bahawa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia khususnya pihak polis dalam demonstrasi Anti-Mubarak.

"Kerajaan sama sekali tidak menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir," kata Shamsul.

1 ulasan:

joecharlie berkata...

kan bagus kalau solat hajat yang pi menYusahkan orang pi berdemo apasal? oh ada arahan kerajaan PKR-PAKATAN KIAN REPUT heran pulak tadok pulok Cina DAP join nampaknya PAS NI KENA IKUT TELUNJOK dap KE?