KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 05, 2011

Apakah Polis Malaysia juga "berang" kerana rakyat di sini bangkit mahu Hosni Mubarak undur?


Ishak Surin (baju Melayu putih) bergambar dengan kenalan lama dari Melaka yang turut membawa dua anak kecilnya ke demontrasi aman itu



PAS Kawasan Batu hairan dengan tindakan Polis mengadakan halangan di tengah jalan setelah demontrasi aman bersurai kira-kira jam 3 petang Jumaat, 4 Februari. Lazimnya, apabila berusrai, maka semua penunjuk perasaan akan menuju semula bangunan Tabung Haji dan terus pulang ke tempat masing-masing.

Menurut Yang Dipertuanya, Ishak Surin, Polis sengaja mengadakan "provokasi" bagi menaikkan kemarahan penunjuk perasaan dengan mengadakann halangan itu, yang menyebabkan jalan menuju ke Tabung Haji sempit (diarah menggunakan jalan pejalan kaki digigi jalan) dan ada anggota yang meminta poster dan bunting yang mengutuk Hosni Mubarak.

"Ini menyebabkan penunjuk perasaan marah. Berlaku ketegangan. Jika tiada halangan itu, mereka boleh balik dengan aman dan tiada kekecohan terjadi," tegasnya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi.

Beliau yang turut serta dalam demontrasi itu berkata, penempatan trak water canon di jalan sebelah kanan dan didatangkan 30 minit himpunan berlangsung juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah ada perancangan "provokasi" dari pihak Polis dalam konsep "kepungan".

Ini kerana, dua trak water canon berkubu dari arah Kg Pandan dan sebelah bertentangan pula, sepasukan FRU dan Polis beruniform serta berpakaian preman mengadakan sekatan. Apabila demontrasi bersurai, mereka terpaksa menempuh sekatan Polis tidak jauh dari simpang ke KLCC dari Jalan Tun Razak.  

Beliau kesal, penunjuk perasan yang berhenti rehat dan minum di hadapan Tabung Haji turut dipancut dengan air asid dan lebih 200 polis mengejar dan ligan mereka, sedang demontrasi sudah bersurai.

"Apa yang menakutkan Polis sehingga tergamak membuat tindakan tidak profesional itu? Adakah kerana marahkan rakyat Mesir yang menentang Polis Mesir di Mesir, maka Polis di sini mahu "membalas dendam"? Atau Polis marah kerana rakyat negara ini juga mahukan Hosni Mubarak turun?" soal Pengerusi Lajnah Pekerja dan Sumber Daya Manusia PAS WP itu.

PAS Batu tegas Ishak, mahu KPN menyiasat "kebiadapan" Polis ini kerana bekerja tidak profesional dan telah menimbulkan "kecelakaan" kepada penunjuk perasaan yang sepatutnya tidak terjadi jika tiada halangan Polis dan pancutan air asid ke arah mereka di hadapan bangunan Tabung Haji.

Tiada ulasan: