KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 21, 2011

Tok Guru Nik Aziz belasah Mahathir: PAS berjaya fahamkan DAP tentang Islam




Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi reaksi terhadap kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya, terhadap beliau. Mahathir mendakwa tujuan Mursyidul Am PAS itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta KeADILan.  Dalam blognya juga, Mahathir menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas perkara ini, Menteri Besar Kelantan itu, menyifatkan orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran. Beliau juga turut menjelaskan mengapa umat Islam perlu menyokong PAS dan menolak Umno.

"Sokong PAS ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah. Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah," tegasnya.

Mengenai kenyataan Mahathir yang menuduh beliau menggunakan agama untuk politik, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad SAW turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama. Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

Apabila ditanya hubungan PAS dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Mahathir, ulama PAS itu menjelaskan, hubungan tersebut membolehkan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh Umno. Beliau berkata, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.

"Satu rahmat Cina Malaysia ini kerana PAS bersama DAP. Serangan DAP kepada Islam Alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding, Alhamdulillah kejayaan. Mana Umno boleh buat," ujarnya.

Tiada ulasan: