Apakah benar kos peralatan pertahanan negara melambung tinggi sehingga mencecah RM 6 bilion untuk enam kapal peronda pesisir pantai OPVs? Wartawan Harakah, NYZA AYOB cuba mengcungkil isu ini dari kaca mata Brig. Jen (B) Abdul Ghani Mahludin yang berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan selama 31 tahun. Pada awal 1980-an beliau memegang jawatan Pengarah Perancang Pertahanan di Bahagian Staf Perkhidmatan Bersama, Kementerian Pertahanan sebelum bersara pada 1984.- Bahagian 2
BRIG. JEN (B) ABDUL GHANI: Berdasarkan laporan audit negara setiap tahun, Kementerian Pertahanan sering menerima kritikan mengenai kaedah perbelanjaan yang peruntuk. Ini menunjukkan kementerian gagal buat pertimbangan?
Iya gagal itu... seperti kita menuntut ilmu, jika ada kesalahan cikgu akan membuat pembetulan dan komen tetapi ada kalanya kita buat tidak kisah. Itulah yang saya sifatkan di Kementerian Pertahanan. Orang tegur buat tidak tahu sahaja. Sebab jawapannya... ini pertahanan negara. Sewaktu saya berkhidmat dahulu ada orang menggunakan kiasan pertahanan negara ini seperti insurans. Kita ambil insurans ini untuk keluarga kita, apabila kita meninggal atau apabila kita sudah tua, insurans tu digunakan semasa kita hidup. Jadi orang yang sekarang gunakan tidak dapat. Apabila kita sebut insurans premiumnya agak tinggi.
Jadi kenapa Malaysia beli peralatan pertahanan itu dengan harga 'gila-gila' tingginya berbanding harga sebenar?
Mengapa? Saya tidak dapat jawab. Tetapi saya boleh katakan antara sebabnya kerana menggunakan 'orang tengah'. Satu lagi sebab tentera tidak pegang duit. Senjata yang dibeli itu bahagian kewangan Kementerian Pertahanan yang bertanggung jawab. Kami tidak dibenarkan menggunakan wang. Kami boleh buat sesuatu, hantar bil pada mereka. Sebelum kami hendak beli, kami kena minta approval. Jika hendak beli kapal berharga RM1 juta, bagi tahu kepada mereka dan mereka memberi kebenaran untuk beli kapal tersebut dengan nilai RM1 juta. Apabila dapat bil, mereka yang akan bayar. Sama ada mereka bayar RM1 juta atau lebih, kita tidak tahu. Kami tidak tahu perkara tersebut. Memang peraturan di Kementerian Pertahanan, pihak awam yang memegang bil dan duit, kami di pihak tentera cuma memilih barang apa yang hendak beli dan kami sentiasa dinasihatkan beli barang yang murah tetapi memenuhi keperluan pertahanan.
Pada pandangan saudara, kenapa kerajaan perlu bayar komisyen yang tinggi kepada 'orang tengah'?
Itu saya tidak dapat jawab juga. Kalau saya jawab saya menuduh orang. Dan mungkin tidak tepat. Saya boleh katakan sebagai contoh kita beli durian daripada orang kampung. Orang kampung jual satu bakul. Tapi saya jual di pasar mengikut harga saya. Mengapa kita beli peralatan pertahanan melalui orang tengah? Ia sama jugalah seperti orang kampung yang tidak dapat menjual terus kepada pembeli. Dia dah cipta sistem.
Dalam soal menentukan kemampuan alat itu bukan dia yang berhak. Dia yang menentukan harga. Yang menentukan alat itu baik atau tidak adalah tentera sendiri. Berdasarkan pengalaman saya, terdapat pegawai yang berpangkat kapten yang menguji alat tersebut dan mengesyorkan kepada orang atasan sama ada patut atau tidak peralatan tersebut dibeli. Soal menentukan peralatan memang pihak tentera tentukan tetapi mengenai pembelian peralatan dan harga ditentukan pihak lain iaitu pihak awam yang bertanggung jawab terhadap kewangan.
Sebagai contoh dalam kes pembelian kereta perisai, Malaysia beli daripada syarikat yang tidak berpengalaman dalam bidang teknologi dan pembuatan. Apa risiko atau kesannya kepada negara?
Jika tidak mempunyai pengalaman dalam pembuatan tersebut, dibimbangi apabila sampai waktu senjata itu nak digunakan... bertempur, kereta perisai tersebut hanya boleh digunakan untuk tempoh yang singkat sahaja.
Berdasarkan pengalaman juga, apabila kita beli sesuatu alat itu, kita juga beli teknologi bagaimana hendak memperbaiki kerosakan tersebut. Bukan beli begitu sahaja. Kita ada juruteknik kita sendiri untuk memperbaiki kerosakan tersebut - bersambung
4 ulasan:
Vеry nіce post. I just stumbled upon youг weblοg and wanted to sаy that Ӏ have reаlly enjoуed
broωsing your blog posts. In any case Ι will be subscribіng to your rѕs feed аnd I hope you
write again soon!
Μy ωеb blog - payday loans
Peculiar article, totally what I was looking for.
Also visit my web ѕite; Same Day Payday Loans
new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags
jinyi925
ralph lauren uk
golden goose
moncler outlet
adidas clothing
pandora jewelry
true religion jeans outlet
birken stock
ralph lauren polo
moncler outlet
tod's outlet
Catat Ulasan