Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, kerajaan Persekutuan perlu menarik balik lesen konsesi pembekalan air di Selangor oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kerana syarikat itu didakwa melanggar perjanjian konsesi.
Beliau berkata, Pengawal Selia Air Selangor iaitu Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Datuk Nordin Sulaiman telah menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan dan Syabas bahawa tindakan syarikat itu mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya untuk Tabung Budi adalah menyalahi perjanjian konsesi.
"Jadi ini (tarik balik konsesi pembekalan air) telah ditulis surat oleh Pengawal Selia Air, kita masih menunggu jawapan daripada kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini, lapor Bernama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan