KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 19, 2011

BN Pahang kemuka empat nama untuk Kerdau



Barisan Nasional (BN) Pahang telah mencadangkan empat nama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, lapor Bernama.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, kesemua mereka merupakan bakal calon yang boleh menang, bertepatan dengan kehendak Perdana Menteri sebelum ini.

"Memandangkan kerusi ini selama ini ditandingi UMNO, keempat-empat nama itu adalah daripada UMNO,” katanya selepas menghadiri majlis makan malam anjuran sebuah syarikat di sini malam tadi. Ditanya sama ada faktor kesihatan diambil kira dalam pemilihan itu, Adnan berkata : “Kalau sihat tetapi orang tidak suka, kita tidak akan pilih, kita pilih calon yang disukai orang.” 

Tiada ulasan: