KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 21, 2011

Buat duit di Kementah: Berselindung di sebalik 'rahsia besar negara'




Banyak pihak melihat perlunya persediaan peralatan ketenteraan seperti pesawat Sukhoi ataupun Blackhawk bagi mengantikan Nuri. Sebelum ini, sudah ada yang meminta agar kerajaan menyegerakan proses penggantian Helikopter Nuri kerana kita tidak mahu anggota keselamatan kita mati kerana kemalangan dan bukannya di medan perang.

Memang wajib bagi sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia memiliki sistem pertahanan yang setanding dengan negara maju, sekurang-kurangnya setanding dengan Thailand dan Indonesia.

Namun, apa yang menyebabkan banyak pihak kurang senang ialah mekanisme yang digunakan kerajaan memanipulasikan kedudukan Kementerian Pertahanan dengan membazirkan terlalu banyak duit untuk tujuan rasuah bersama dengan syarikat-syarikat pembekal peralatan ketenteraan ini.

Dalam isu pembelian pesawat Sukhoi, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak berhujah dengan menyatakan harga yang berbeza iaitu USD 50 juta oleh Malaysia dan USD 40 juta oleh India, adalah disebabkan perbezaan konfigurasi dan bilangan pesawat yang dibeli.

Malaysia membeli hanya 18 buah pesawat Sukhoi menggunakan teknologi Thales dari Perancis manakala India membeli 180 buah pesawat jenis itu dengan 140 buah dibina di India menggunakan teknologi avionik Israel.

Apabila ditanya di Dewan Rakyat oleh Dato' Seri Wan Azizah Ismail (yang ketika itu Ahli Parlimen Permatang Pauh) mengenai sebab harga pembelian kapal selam itu oleh India dan Chile lebih murah daripada Malaysia, Najib menegaskan, perbezaan harga itu berlaku kerana kelainan spesifikasi memandangkan India menggunakan teknologi Israel sedangkan Malaysia menggunakan teknologi Perancis sepenuhnya.

Selain itu, antara isu lain ialah pembelian senapang model Styer sebelum ini hanya digunakan sekejap sahaja dan sekarang ini hendak ditukar pada senapang lain pula. Seorang Kapten di Batalion Armor, Negeri Sembilan mengakui bahawa kereta-kereta perisai dan kereta kebal (tempur) banyak yang rosak dan terbiar kerana belum dibaiki.

Masalahnya sekarang, Kerajaan Malaysia hanya sibuk memikirkan menghantar angkasawan ke angkasa sehingga terlupa hendak baiki peralatan yang rosak atau pertingkatkan kajian tentang penciptaan senjata atau jentera perang. Hanya Deftech sahaja yang berjaya hasil Lori tentera dengan kerjasama DRB Hicom.

Selain itu, Uniform tentera yang banyak ditender kepada syarikat milik Najib melalui penamanya iaitu Rosmah Mansor. Semua pakaian dan peralatan untuk PLKN ditenderkan pada syarikat yang sama. Inilah yang terjadi apabila para menteri pun turut sama berniaga, Kerajaan beli dengan harga berlipat kali ganda. jika mereka mereka membuat perjanjian dengan pembekal dari negara luar orang-orang Menteri mesti minta komisyen sebab itulah harga yang dinyatakan terlalu tinggi dari harga pasaran.

Alasan mereka, kerajaan selalu bayar lewat dan beransur-ansur dengan gunakan kertas kontrak, local order, dan macam-macam lagi. Hakikatnya Kementerian Kewangan dah bagi banyak kuasa kepada Kementerian Pertahanan bagi menguruskan kewangan mereka dan pembayaran boleh dibuat selewat-lewatnya 14 hari bekerja. 

Proses pembayaran memang tidak lama, sebaliknya yang memakan masa adalah proses penilaian dan keputusan untuk mencapai tahap setuju terima. Bila semua telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ikut terma yang ditetapkan.

Masalah yang kedua, Jabatan Audit sehingga kini tidak dapat membuat audit yang terperinci terhadap akaun Kementerian Pertahanan yang memiliki banyak kecurangan.  Mereka menghalang Jabatan Audit membuat siasatan termasuk juga SPRM atas alasan kebanyakan urusan di Kementerian Pertahanan adalah "Rahsia Besar Negara" dan hanya orang-orang tertentu sahaja boleh tahu.

Jika Jabatan Audit melakukan audit terperinci pasti akan ditemui kes yang lagi pelik dari Kementerian Belia dan Sukan. Begitulah nasib sistem pertahanan negara ini yang memang perlukan sistem dan peralatan yang sofisiskated tetapi selagi orang-orang yang amalkan rasuah masih berada di tempat sama bermakna keselamatan semua rakyat belum terjamin sepenuh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I visited multiple sites excеpt the audio qualіtу foг auԁio ѕοngs current at
this web pаge is in fact wondeгful.

My ωeblog: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Cool blog! Is yοur theme custom made οr did yοu ԁownload it from somewhеre?
A thеme lіke уours with a few ѕimple twеeks
would really make my blog ѕtand out. Рleasе lеt me κnοw where you got your theme.

Мany thanks

Feel free tο visіt my wеblog - Same Day Payday Loans