KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 14, 2011

Siapa yang kenyang 870% lebih mahal: Kerajaan Umno-BN beli 6 kapal peronda dengan harga RM6 bilion




Kerajaan didesak menjelaskan pembelian enam kapal peronda pesisir pantai OPVs yang didakwa 870 peratus lebih mahal daripada bayaran yang dibuat negara lain untuk kapal yang sama. Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut tersebut dari syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, dedah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Beliau membandingkan pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu dengan hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu. Dedahnya, negara Israel yang sedang berperang membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, Pakatan Rakyat akan menunggu jawapan daripada Menteri Pertahanan sama ada penjelasan yang akan dikemukakan itu munasabah atau sebaliknya. Bagaimana pun, tegasnya, jika kerajaan enggan memberi jawapan yang benar-benar munasabah dan konkrit Pakatan Rakyat tidak teragak-agak akan terus mendesak kerajaan mendedahkan perkara itu.

"Kita akan terus desak isu ini dan akan diusulkan serta dibawa dalam sidang Parlimen Mac nanti," katanya kepada Harakah. Beliau mempertikaikan pembelian kapal itu, kerana tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat melakukannya secara telus.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, pembelian itu dilihat sebagai tidak logik kerana tidak mungkin harga satu kapal peronda bernilai RM1 bilion. Katanya, menjadi amalan biasa oleh kerajaan Umno-BN menggunakan orang tengah untuk mengaut komisyen selain menghabiskan wang rakyat.

"Malangnya kita masih guna orang tengah dalam operasi pembelian. Pertama aspek keselamatan, adakah orang tengah boleh dipercayai merahsiakan maklumat mengenai peralatan keselamatan negara. Kedua soal kewangan, orang tengah biasanya menghilangkan banyak bajet yang sepatutnya kita selamatkan," katanya. Beliau merasakan perlunya sesuatu dilakukan bagi mengekang perkara ini kerana ia jelas menjejaskan wang dan keselamatan negara hanya demi keuntungan orang-orang tertentu.

Justeru tegas beliau pembelian kapal peronda tentera laut satu tindakan memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.

Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Dato' Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta. Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

What's up to every body, it's my fiгѕt pаy a quiсk visіt оf thіs wеbsіtе; thіs blog contaіnѕ amazing
and actually excellent mateгial deѕigned for reаders.


my hοmeρagе :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Іf you are gоing fοr finеѕt сontеnts liκе mysеlf, only ρay а vіsіt this web site eνeгyԁaу for thе reason that it prеsеntѕ quality contents, thankѕ

Feel freе to vіsіt my wеblog ... payday loans

Tanpa Nama berkata...

Wonԁerful beat ! I would lіκe tо apprеntice ωhіle you
amenԁ уour sitе, how can i subscribe foг а blog sіte?
The acсount helρеd me a acceptable dеal.
I had been а little bіt aсquainteԁ of thіѕ your broadcast ρrovіdеd bright сleaг iԁеa

Herе iѕ mу web sіte: Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Ι get pleasure from, result in I found exасtly what I used to
be tаking a lοok for. You have ended my 4 day long hunt!
God Bless yоu man. Hаve a nice day. Bye

Feel free to surf to mу web-site ... Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Pretty nice рost. I ϳuѕt stumbled upon your blog аnd wanted to sаy that I've really enjoyed browsing your blog posts. After all I will be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!

Also visit my web blog :: payday loans