KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 23, 2012

Bimbang peneroka alpa terima "durian runtuh" Felda yang diumpan Najib Tun Razak

BICARA SAFAR JUMAAT


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Maslan dalam Umno dianggap sebagai "sudah cuba terbang tinggi" sejak dilantik memegang jawatan itu dan dalam masa yang sama, dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno.

Dia bukan seorang yang terkenal di dalam Umno, bagi memegang jawatan Ketua Penerangan, seperti penjawat jawatan itu sebelum ini.  Jadi, apabila dia dilantik ke jawatan itu, dia terperasan bahawa dia seorang yang popular menyebabkan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak memberikannya jawatan tersebut.

Itu sebabnya, dia pernah mengeluarkan kenyataan beribu ketua penerangan Umno cawangan di seluruh negara, tidur. Kata-katanya itu melukakan ramai orang tetapi, disebabkan dia pernah dipilih berlakon menoreh getah di kampung-kampung bila ada pilihan raya kecil, maka takut pula tiada Timbalan Menteri lain yang sanggup mengambil tempat untuk berlakon menoreh.

Kenapa ya, bila tidak ada pilihan raya kecil, Ahmad Maslan tidak pula berada di mana-mana kebun getah untuk menoreh? Apakah tidak ada kebun getah yang sesuai untuk Ahmad Maslan turun menoreh ketika tidak ada pilihan raya kecil?

Tiba-tiba, baru-baru ini, dia membakul sampahkan Buku Jingga. Kononnya, beberapa hal dalam buku itu tidak tepat. Yang tidak tepatnya sikit, tetapi dia menyebut yang tidak tepat sebagai alasan untuk mencampakkan Buku Jingga ke tong sampah. Bijakkah tindakannya itu atau, ia kebudak-budakkan?

Hari ini, selain dari Perdana Menteri (PM) Mohd Najib menguasai Felda, Ahmad juga merupakan timbalan menteri yang diberikan tugas membantu Najib mentadbirkan Felda yang sudah semakin menimbulkan kontroversi.

Banyak isu yang dipersoalkan oleh ANAK yang diketuai Mazlan Aliman tidak dapat dijelaskan dengan baik oleh Mohd Najib dan Ahmad. Yang mereka boleh ialah mengumumkan kononnya peneroka Felda akan mendapat durian runtuh, lebih dari apa yang mereka terima melalui BR1M baru-baru ini.

PM Najib mungkin tidak mempunyai kemampuan yang lebih baik untuk memberi keyakinan kepada peneroka, selain menjanjikan bonus dan durian runtuh, hakikatnya Felda sedang sampai di persimpangan. Setiap kali PM Najib turun ke Felda, perkara yang akan dilaungkan ialah durian runtuh dan bukan gula-gula. Ia pastinya lebih baik dari duit raya dan bonus tahunan.

Janji-janji  ini sentiasa di bibir PM Najib kerana ia seperti suatu syarat PM Najib jika ingin berjumpa dengan peneroka dan ahli keluarga peneroka. Penyenaraian FGVH yang dijangka pada Mei ini, masih mahu diteruskan walaupun pelbagai isu berbangkit termasuk ada orang besar yang diberikan cuti untuk sambung pelajar dan khabarnya ada lagi beberapa orang besar Felda yang akan “dihantar untuk menyambung belajar” selepas ini, kerana PM Najib sudah membuat keputusan, walaupun dengan apa cara sekali, ia akan disenaraikan.

Hari ini, peneroka Felda didatangi Perdana Menteri, Ahmad Maslan dan pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad atas alasan untuk memberi penerangan mengenai isu penyenaraian FGVH nanti.

Apakah ada perkara yang tidak kena dengan perkembangan ini? Kenapa berhempas pulas mereka masuk ke Felda dan menjemput pemimpin-pemimpin JKKR ke Kuala Lumpur untuk diberi jamuan makan dan kemudiannya dipaksa mendengar ucapan-ucapan yang meminta sokongan harus diberikan kepada Umno dan BN.

Felda ini sebenarnya sudah lama tertutup. Banyak perkara yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Tetapi, sejak kebelakangan ini, khabarnya banyak maklumat yang disimpan dalam peti besi sudah terlepas keluar hingga menyebabkan PM Najib, Ahmad dan Mohd Isa menjadi kelam-kabut mengepungnya daripada terus mengalir.

Era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan tidak menyebabkan Felda boleh terus menyembunyikan maklumat dalam peti besi dan dalam ladang kelapa sawit lagi. Banyak maklumat sudah keluar bersama-sama mengalirnya peluh peneroka di ladang getah dan ladang kelapa sawit.

Mohd Najib sebenarnya betul-betul terganggu dengan pelbagai pendedahan yang dibuat oleh ANAK tetapi beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana anak-anak peneroka yang berada di universiti pun sudah memahami betapa bahayanya penyeneraian ini jika tidak ditentang.

Andaikata cubaan ANAK untuk membantah usaha penyenaraian ini gagal, ia tidak menjadi hal kerana semakin ramai peneroka sudah mengetahui perkembangan sebenar penyenaraian yang bakal menghimpit peneroka di masa akan datang.

Sebenarnya Felda sudah ok, jika apa yang telah dilalui sebelum ini dipertahankan. Tetapi kegairahan PM Najib, Ahmad Maslan dan Mohd Isa untuk menyakinkan peneroka seolah-olah ada benda yang hendak mereka rebut dengan menjadikan peneroka sebagai “barang gadaian”.

Ramai yang bertanya, kenapa PM sebelum Najib tidak mengambil kisah tentang Felda tetapi dalam era Najib, beliau sendiri hendak “menguasai” Felda. Seperti ada sesuatu yang hendak dikejarnya secara terselindung. Apakah PM Najib tidak mempunyai orang kepercayaan di dalam Felda yang menyebabkan beliau enggan melepaskan pegangan dan cengkaman terhadap Felda hingga menimbulkan banyak persoalan, ketika banyak lagi tugas dan jawatan yang dibolotnya.

PM Najib adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mewarisi jawatan itu dari PM sebelumnya termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi, Dr Mahathir dan Abdullah tidak melibatkan diri secara langsung dengan Felda, berbanding dengan Najib.

Najib nampaknya mengharapkan Ahmad Maslan dapat mempengaruhi minda generasi kedua Felda yang tidak mempunyai hala tuju dan benar-benar dipersimpangan. Mereka seperti terbiar dan tidak ada satu jaminan dari kerajaan untuk memberi harapan kepada mereka untuk terus berada di kawasan Felda.

Dengan 112,635 peneroka berdaftar dengan Felda dan 1.6 juta ahli keluarga Felda, saban hari mereka dijanjikan dengan durian runtuh. Janji-janji ini adalah untuk menutup mulut peneroka dan keluarganya daripada bertanya kepada PM Najib dan Ahmad Maslan, mengapa penyenaraian perlu dibuat tergesa-gesa.


Ada juga yang bertanya, benarkan KPF akan menguasai 51 peratus FGVH kerana ada juga yang mendakwanya KPF hanya akan menguasai 37 peratus sahaja, selepas penyenaraian. Kerisauan yang menghambat PM Najib, Ahmad dan Mohd Isa ialah Pakatan Rakyat menjanjikan generasi kedua dan ketiga dijanjikan tanah perladangan jika menang pilihan raya.

Ini memeningkan ketiga-tiga orang politik Umno yang banyak betul bercakap sekarang ini. Hari ini, ramai yang menanti apakah jawapan Mohd Isa terhadap dakwaan menggunakan wang Felda untuk mengadakan jamuan Hari Raya di rumahnya dekat Port Dickson dan rumah mertuanya di Bukit Fatimah, Kuala Pilah.

Biasanya jamuan Hari Raya diadakan di Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur tetapi kali ini dibuat di rumah pengerusinya di luar Kuala Lumpur.

Bekas Mufti Perlis tanya, apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?

BICARA DR ASRI ZAINAL ABIDIN


Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman? Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan ‘jihad perkauman’ yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?

Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman? Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.

Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut; Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Baca lagi deh!

Jumaat, Februari 17, 2012

Ahmad Maslan pinang Hassan Ali, bukti Umno kontang penceramah dan peralat orang yang dipecat

PINTASAN SAFAR JUMAAT


Tentu ramai di kalangan orang-orang Umno (jangan sebut ahli-ahli Umno kerana Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah hilang kepercayaan kepada ahli Umno) terkejut dengan seruan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan supaya Umno dan BN memberi tempat kepada bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali berceramah.

Apa tidaknya, Ahmad Maslan mungkin menyangkakan ceramah Dr Hasan akan mendapat sambutan luar biasa, setelah Umno dan BN gagal menarik khalayak di dalam setiap ceramah yang mereka anjurkan, kecuali diadakan cabutan bertuah setiap kali ada majlis ceramah anjuran Umno dan BN.

Apakah Umno kini sudah ketiadaan penceramah? Kenapa perlunya Dr Hasan membantu Umno? Atau Ahmad merasakan penceramah Umno tidak mempunyai "bisa" seperti penceramah PAS yang mampu menarik khalayak?

Ini maknanya, Umno dan BN hanya gah di luar dengan pakaian dan lambang 1Malaysia, tetapi ceramah mereka tiada siapa yang mahu mendengarnya. Bayangkan kalau penceramah Umno itu bernama Raof Yusoh yang merupakan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, mungkin yang mendengarnya lebih sedikit dari jumlah kenderaan yang dia miliki.

Kenapa Umno jadi begitu teruk sekarang? Di manakah silapnya hingga Umno teraba-raba mencari penceramah? Kenapa ceramah Umno tidak mampu menarik minat pendengar dan apakah ini membuktikan rakyat sudah tidak percaya kepada kata-kata pemimpin Umno di dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan?

Ramai yang percaya, cadangan Ahmad Maslan itu hanyalah cadangan dia seorang. Mungkin Presiden Umno sendiri tidak bercadang menjemput Dr Hasan memberi ceramah di kawasan Parlimen Pekan, kecuali ada permintaan dari Dr Hasan sendiri.

Maklumlah, Dr Hasan yang mempunyai banyak masa untuk berceramah sekarang, tentunya mahu mendekatkan dirinya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lagipun, setiap ceramahnya, tentulah bakal mendapat liputan yang baik dari akhbar-akhbar pro Umno.

Khabarnya, Ahmad mempelawa Dr Hasan ke kawasan Parlimen Hulu Langat. Kenapa Ahmad memilih Hulu Langat, hanya dia sahaja yang tahu. Sepatutnya dia menyediakan pentas Umno di Pontian, kawasan yang dia sendiri wakili – tetapi tidak begitu.

Ahmad juga kena tahu, salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di Pontian pernah dimenangi calon Bebas dalam tahun 70 an. Ini bererti, Pontian bukanlah kerusi selamat bagi Umno dan BN dalam PRU13, jika pengundi  menggunakan kebijaksanaan masing-masing.

Kata Ahmad, seperti dilaporkan media arus perdana pro Umno, Dr Hasan mestilah datang ke majlis ceramah Umno atas tiket NGO. Maknanya, jika ada mana-mana NGO yang datang berceramah atas undangan Umno, NGO tersebut mestilah yang menguntungkan politik Umno.

Umno dan BN kini sudah ketandusan penceramah. Suatu ketika dahulu Umno ada penceramah seperti Allahyarham Ikhwan Nasir, Ahli Parlimen Pontian. Tetapi, kini Umno terpaksa menggunakan khidmat bekas-bekas pemimpin pembangkang kerana Umno tidak mampu melahirkan penceramah yang boleh diterima pengundi dan rakyat.

Itulah sebabnya, Umno kini terpaksa mendapatkan khidmat Zahid Mohamad Arip, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berceramah. Dalam masa yang sama, Umno juga mendapatkan khidmat Senator Mohd Ezam Md Nor, bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, kedua-dua bekas anak didik Anwar ini mampu menyerang Anwar di pentas ceramah dan tidak ada sesiapa dalam Umno yang boleh mengatasi kebolehan kedua-dua penceramah ini di dalam memalukan Anwar. Ceramah di pentas Umno kini adalah ceramah lucah dan penuh dengan cerita liwat dan video seks. Tidak sah ceramah Umno jika tidak menyentuh isu ini. 

Malangnya, kehadiran mereka yang ingin mendengar ceramah dari mereka ini, cukup menyedihkan. Berbeza dengan PAS, DAP dan KeADIlan, setiap ceramah mereka, jika tiada sekatan polis, ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan sekitar. Ini yang menyebabkan Umno dan BN pening memikirkannya.

Seorang bekas wakil rakyat BN memberitahu, mereka yang memegang jawatan dalam Umno di peringkat bahagian bimbang jika ada mana-mana pihak, termasuk dari kalangan bekas wakil rakyat yang ingin memberi ceramah. 

Mereka takut, bekas wakil rakyat itu mampu menarik sokongan kepada mereka dan mengecilkan peluang pemegang jawatan untuk bertanding semula dalam PRU13. Maka, lebih baik mereka tidak membenarkan sesiapa datang membantu mereka khususnya dari kalangan bekas wakil rakyat yang boleh berceramah. 

Ahmad Maslan sendiri tidak dapat jemputan dari semua bahagian. Ini kerana ceramah Ahmad Maslan sendiri mengambil masa yang panjang untuk menceritakan siapa dirinya sebelum mahu menyampaikan ceramah dasar-dasar perjuangan parti dan kerajaan.

Khabarnya, Ahmad juga sering memastikan kehadiran wartawan untuk membuat liputan sebelum hadir ke satu-satu majlis kerana publisiti dirinya cukup penting ketika dia berceramah. Dalam era kepimpinan Najib menerajui Umno, Najib dikatakan tersilap memilih Setiausaha Kerja, Ketua Penerangan dan Bendahari. Mereka ini hanya menjaga kepentingan politik sendiri dan tidak pernah menghiraukan keuntungan Umno secara menyeluruh.

Itulah sebabnya, Ahmad Maslan terpaksa mengumumkan Umno bersedia dan perlu menyediakan pentas buat Dr Hasan. Bayangkan kalau Dr Hasan tidak dipecat dari Umno, siapakah yang mampu mengisi ruang kosong penceramah Umno tersebut?

Setakat ini, tidak pula kedengaran Umno mahu memberi laluan kepada bekas Naib Presiden PAS, Dato' Nakahie Ahmad berceramah, walaupun Nakahie pernah dilantik menjadi Penolong Ketua Penerangan Umno Malaysia, dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Umno juga belum kedengaran mahu menyediakan tempat buat Dr Chandra Muzafar. Kenapa Umno memilih Dr Hasan, hanya Ahmad Maslan sahaja yang tahu tetapi rata-rata membayangkan Umno memang mengharapkan Dr Hasan menyertai Umno selepas dipecat dari PAS.

Apakah ada usaha Umno menyokong Dr Hasan bertanding di Parlimen Hulu Langat atau salah satu kerusi Dun di kawasan Hulu Langat? Semua ini perlu diperhatikan dengan teliti tetapi orang Umno Hulu Langat tidak mungkin begitu mudah melepaskan kerusi Parlimen atau Dun hanya kerana memenuhi keinginan Ahmad Maslan, dan memenangkan Dr Hasan yang mereka anggap tidak pernah menyumbang kepada Umno selama ini.

PAS perlu berbangga dengan apa yang berlaku ini, kerana pemimpin-pemimpin PAS rupa-rupanya sentiasa menjadi rebutan Umno. Agaknya, Umno memang sentiasa mengharapkan PAS berkrisis kerana setiap kali PAS berkrisisi, Umno secara tidak langsung mendapat keuntungan politik.

Ekonomi Harimau Kertas: Sudah tiba masanya BN ditumbangkan!

BINGKISAN NASRUDIN TANTAWI


Saya ingin membawa perhatian semua untuk melihat hasil kajian yang dilakukan oleh Pemuda BN sendiri yang boleh menggambarkan betapa kerapuhan ekonomi negara menjanjikan mimpi ngeri kepada anak-anak muda di Malaysia.

Menurut kajian yang mereka lakukan, hampir 40% anak muda bimbang terhadap masa depan negara. 48% anak muda berpendirian, kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin, iaitu 39% berpendapat kehidupan di Malaysia adalah sukar dan hanya cukup untuk keperluan sahaja, manakala 9% yang lain berpendapat sangat sukar dan tidak cukup untuk keperluan.

Dilaporkan juga, 81% anak muda di Malaysia pernah kehabisan wang sebelum mendapat gaji bulan berikutnya, dengan 10% dari anak muda kerap menghadapi situasi tersebut. Apalagi yang dapat saya simpulkan daripada petunjuk-petunjuk di atas, melainkan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN". Baca Terus Deh!

Iran tidak akan dapat dikalahkan tegas Seyyed Ali Khamenei sempena 33 tahun Revolusi Islam Iran



Pemimpin Agung Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata, negara Iran tidak boleh dikalahkan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pandangan dan maklum balas yang dikemukakan tepat pada masanya. 

Ketua Agung itu membuat kenyataan di sini dalam mesyuarat Rabu lalu dengan kehadiran ribuan orang dari wilayah barat laut Azarbaijan Barat sempena ulang tahun pemberontakan mereka terhadap Shah yang digulingkan pada 18 Februari, 1978.

Ayatollah Khamenei memuji kehadiran rakyat Iran dalam himpunan di seluruh negara sempena ulang tahun ke33 kemenangan Revolusi Islam di Iran pada 11 Februari lalu. Menurutnya, pandangan dan maklum balas, kini tepat pada masanya untuk negara Iran menggagalkan propaganda musuh, membuktikan bahawa negara Iran tidak boleh dikalahkan.

Valentine Day's: Sembilan kahwin berbogel, 102 dicekup berpacaran untuk hari istimewa ini



Sembilan pasang pelancong menyuarakan ikrar perkahwinan... "Saya terima" dengan berbogel di Pantai Jamaica, 14 Februari lalu.Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey. Dia tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.

"Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng," kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat.

Di Malaysia Johor Bahru pula, hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih atau Valentine sebagai hari istimewa bersama pasangan, rupanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), malam 14 Februari kelmarin. 

Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan JAIJ bermula jam 10 malam hingga dua pagi. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam.

Gambar di atas lain pula, ia berlaku pada Hari Valentine tahun lepas di Malaysia, seorang perempuan ditangkap berkhalwat dalam keadaan berpakaian coli dan seluar dalam sahaja. Itulah antara bahayanya Hari Valentine, antara budaya yang diimpot ke negara ini...

Provokasi kepala babi gagal cetus 'huru-hara' - keamanan sukar dirogol

ULAS TAJAM NG ENG KIAT


Sekiranya kejadian "kepala babi" ini terjadi 40 tahun lalu, kemungkinan besar huru-hara telahpun berlaku.  Malah, seandainya insiden ini terjadi sebelum 3 Mac 2008 pun, ketika isu-isu agama menjadi punca ketegangan - misalnya isu dialog antara agama (Interfaith Dialogue), perebutan jenazah, dan pertukaran agama yang agak meruncing waktu itu - belum tentu masyarakat Malaysia dapat menanganinya dengan kesabaran yang telah ditunjukkan dalam masa dua hari yang lepas.

Bagaimanapun, masyarakat Malaysia pasca-2008 sudah menunjukkan kematangan yang baru, di mana walaupun tempat beribadat disimbah cat merah, dibakar api, ataupun dihina dengan pelbagai cara jijik seperti menggunakan kepala binatang, rakyat Malaysia secara umumnya tidak menunjukkan reaksi yang melulu, melampau, atau terlalu beremosi.

Sungguhpun begitu, pastinya kita bersedih kerana di sebalik kemajuan masyarakat dan hubungan etnik pada asasnya sejak 13 Mei 1969, masih ada unsur-unsur subversif yang ingin mencetuskan ketegangan etnik. Kejadian terbaru ini bukan kali pertama vandalisme dilakukan ke atas tempat beribadat sama ada masjid, surau, gereja, atau kuil.

Malangnya, aksi-aksi sebegini tidak akan berhenti selagi politik negara terus didominasi elemen kaum dan agama. Tidak dinafikan, perkara kaum dan agama sukar dipisahkan daripada wacana kebangsaan. Baca Terus Deh!

Mengapa kadar rendah 2% untuk pinjaman mudah (soft loan) NFC tak digunakan?

RENUNGAN NURUL IZZAH ANWAR


Pertama, Pakatan Rakyat ingin menyatakan sokongan penuh terhadap usaha murni skim pembelian rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah, selagi pelaksanaan dibuat secara teratur. Ini jelas dinyatakan di dalam kenyataan akhbar rasmi dan memorandum Pakatan Rakyat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tidak timbul persoalan bahawa kami tidak menyokong skim ini.

Kedua, isu dasar bukanlah seperti tuduhan tidak berasas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kebolehan bakal peminjam untuk membuat bayaran - tetapi isu dasar adalah mengenai sumber dana untuk skim ini yang akan datang dari KWSP.  

Kenyataan Menteri mengenai peranan KWSP juga telah menyebabkan timbulnya reaksi meminta penjelasan sepenuhnya bukan sahaja dari Pakatan Rakyat malah dari rakyat, ahli lembaga KWSP, MTUC dan CUEPACS kerana ia melibatkan tabungan simpanan hari tua pekerja; sedangkan sudah ada sumber dana lain yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya bakal pemilik sendiri. 

Maka, Pakatan Rakyat telah meminta dan telah hadir di dalam satu taklimat bersama KWSP di mana beberapa maklumat penting telah didedahkan: 
a: Tawaran KWSP masih belum diluluskan dan perjanjian belum dimeterai; 
b: Pinjaman adalah terus kepada kerajaan dan bukan peminjam; 
c: Sebuah institusi kewangan akan diminta menguruskan pentadbiran kredit; 
d: Hanya RM300 juta akan diberi untuk tahun pertama dan bukan RM1.5 bilion seperti yang dicanang Menteri.

Ketiga, soal kadar faedah atau kadar keuntungan yang akan dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Dato Mohd Amin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah DBKL (pada 31 Jan 2012) adalah 6.5%, di mana 1% adalah untuk kos perkhidmatan dan 5.5% kepada KWSP. 

Pakatan Rakyat berpendapat kadar faedah 6.5% terlalu tinggi; kenapa kadar yang lebih rendah, seperti 2% yang dikenakan kepada pinjaman mudah (soft loan) RM250 juta projek National Feedlot Center (NFC) melibatkan suami dan keluarga salah seorang Menteri dalam kabinet Kerajaan Pusat tidak digunakan? Baca Terus Deh!

Penjelasan Iktibar: Apakah perlu orang beragama Islam kepada Valentine's Day?

DISKUSI DR MUJAHID YUSUF 


Dalam Bahasa Malaysia Valentine's Day diterjemahkan sebagai Hari Kekasih, dan pada setiap 14 Februari ia muncul dalam kalendar Barat sebagai hari yang dikaitkan dengan pasangan kekasih yang bercinta serta mengharapkan kasihnya berbahagia dan berpanjangan.  

Tidak ada masalah sangat tentang nilai yang hendak dibawa kerana memadu kasih adalah usaha berterusan bagi mana-mana pasangan kerana kasih adalah satu anugerah yang Allah campakkan dalam diri manusia bagi memperlihatkan kebesaranNya.

Islam tidak menentang sifat ini dalam diri manusia kerana Islam adalah agama fitrah yakni cocok dengan naluri manusiawi.  Bezanya Islam dalam menyatakan sifat kasih ini ialah dengan mengikatkannya melalui ikatan suci yang dinamakan sebagai perkahwinan.  

Naluri kasih jika tidak disalurkan melalui ikatan suci dikhuatiri meletakkan manusia dalam perbuatan yang dilarang oleh Islam iaitu seks sebelum berkahwin. Malah tabiat Islam yang mahukan perhubungan yang suci dari kasih-sayang menutup segala peluang dan ruang yang memungkinkan seseorang itu terjebak dalam kegiatan seks sebelum berkahwin.  

Ini adalah kerana walaupun pasangan itu tidak melakukan seks sebelum berkahwin tetapi tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi jaminan bahawa ia akan selamat dari perbuatan sumbang itu. Matlamat kepada pengharaman ini adalah untuk mencapai kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh dan memelihara jangkamasa panjang wujudnya generasi yang sihat secara moralnya. Sebab itu dalam memadu kasih Islam mengkehendaki umatnya diikat dengan ikatan suci perkahwinan.

Tapi kenyataan di atas belum menjawab apa sebenarnya yang melingkungi permasalahan Valentine's Day sehingga ia mencetuskan kontraversi setiap tahun?  

Saya sempat melayari beberapa laman web yang menceritakan sejarah Valentine's Day ini. Secara ringkasnya ia dinamakan di atas seorang Rahib yang bernama Valentine dikatakan meninggal di tangan kezaliman Rome di bawah Claudius. St Valentine meninggal pada tahun 269 Masehi dan hanya pada tahun 496 Masehi, Pope Gelasius memperingati kematian Rahib Valentine pada setiap 14 Februari. Baca Terus Deh!

Anwar perjelas putar alam Umno-BN tentang sokongannya terhadap Israel

MINDA KETUA PEMBANGKANG


Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.  Media, pimpinan UMNO dan Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin (1).

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar-nya, Putera Saud al Faisal (2) bahawa: "This <2002 Arab Peace Initiatve> is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time.  It has to withdraw and give the Palestinians their rights.  If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war.  That will give Israel its security".

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama: "The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause.  In Jordan, the "final-status" Issues - including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities.  This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel."(3)

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.  

Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat. Baca Terus Deh!

Rabu, Februari 15, 2012

Kini Raja Petra dijulang kerana informasi rahsia, Najib Tun Razak pula "gadai akidah"

MINDA SAFAR JUMAAT


Hairan bila kebelakangan ini, seorang yang melarikan diri daripada polis, boleh menjadi sumber berita kepada media arus perdana dan diberi liputan yang baik seperti seorang negarawan yang kata-katanya menjadi ulasan dan perhatian banyak pihak.

Raja Petra Kamaruddin adalah seorang pelarian. Khabarnya polis tidak dapat mengesan di mana dia menetap sekarang. Khabarnya juga, polis tidak tahu di mana dia berada kerana ada kes yang dia perlu selesaikan dengan pihak polis, khususnya kes tuduhannya terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan wanita Altantuya Shaaribu.

Tiba-tiba, dia boleh diwawancara oleh media pro Umno. Dia mendapat tempat istimewa di dada akhbar yang selama-lamanya mahu menobatkan blogger kaki syak wasangka ini sebagai seorang yang banyak tahu dan banyak menyimpan rahsia.

Apakah, dengan kenyataan demi kenyataan, tuduhan-demi tuduhan yang dilemparkannya boleh menyebabkan dia terlepas dari siasatan polis? Apakah dia seorang insan istimewa dan akan dijadikan "pusat sumber" bagi menyerang dan memfitnah musuh Umno?

Terbaru, dia mendakwa dua Adun Parti KeADILan di Selangor,  Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari dalam isu penyelewengan pasir di Selangor dan misteri kematian Patrick Wong.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein meminta Raja Petra Kamaruddin menyarankan pengendali portal berita Malaysia Today itu membuat laporan polis berhubung dakwaannya itu.

Apa yang pelik, Hishammuddin tidak pula mengarahkan polis mengesan Raja Petra dan membawanya balik ke Malaysia untuk polis menghabiskan siasatan terhadap dakwaan-dakwaannya selama ini terhadap isteri Perdana Menteri.

Raja Petra tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dan tidak boleh dimaafkan dengan pelbagai kekecohan yang dia timbulkan selama ini. Jika serius, siasatan bagaimana dia boleh terus hidup mewah dan bebas di luar negara dan kemudian, menjadi sumber berita yang begitu mustahak.

Undang-undang Malaysia mesti dilaksanakan. Jangan kerana dia dilihat menyebelahi kerajaan dan Umno, dia seperti orang penting yang dilindungi daripada sebarang siasatan dan pendakwaan. Yang salah tetap salah walaupun dia penyokong kerajaan dan yang salah tetap salah walaupun dia menguntungkan kerajaan dan Umno.

Terbaru, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mungkin terlibat dengan pendedahan isu NFC yang melibatkan keluarga Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil dan Raja Nong Chik sudah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah kepada dirinya.

Siapa Raja Petra Kamaruddin yang begitu kebal ini? Apa kelulusan pengajiannya? Apa pengkhususan pengajiannya? Siapa dia sebelum tragedi pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan Umno? Apakah dia seorang wartawan atau editor dari mana-mana media?

Atau dia muncul untuk kepentingan dirinya sendiri, mencari makan hasil membuat pelbagai onar dan dakwaan yang akhirnya tidak dapat dibuktikan dakwaannya itu berasas. Malaysia tidak memerlukan penulis blog seperti Raja Petra Kamaruddin walaupun dakwaannya sentiasa menjadi "rebutan media pro Umno" kebelakangan ini. 

Penulis seperti ini mesti berani berpijak di bumi nyata. Jika dia benar, balik ke Malaysia dan hadapi semua siasatan yang hendak dikenakan terhadap dirinya. Ramai yang khuatir jika dakwaan tidak berasas itu menjadi amalan biasa kepada mereka yang laparkan maklumat. Maklumat tidak mestinya benar walaupun mereka sediakan dengan pengakuan bersumpah sekali. Fitnah juga boleh dijadikan maklumat. 

Jadi, semua pihak kena berhati-hati menerima apa-apa maklumat terutama dari mereka yang melarikan diri daripada siasatan polis. Kebetulan, pendedahan Raja Petra dibuat, rakyat Malaysia sedang bercuti menyambut Maulidul Rasul dan cuti perayaan Thaipusam bagi penganut Hindu. 

Keghairahan Dato' Seri Mohd Najib Razak dan isterinya hadir ke Batu Caves kerana mahu menarik perhatian kaum India yang berpesta di situ menyebabkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkannya sebagai mengadai akidah.

Tiada respon dari Najib bila Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tersebut. Media pro Umno tidak memberi liputan mengenai kenyataan Mufti Perak tersebut tetapi di beberapa portal berita menyiarkannya. Antara lain, kata Mufti Perak, beliau sudah beberapa kali menegur perbuatan Perdana Menteri itu tetapi tidak dipedulikan, malahan Najib meneruskan kegiatannya itu selama tiga tahun berturut-turut.

Harussani juga mengatakan bahawa Perdana Menteri sebelum Najib tidak meraikan Thaipusam dengan pergi ke Batu Caves seperti Najib dan Rosmah yang mendapat kalungan bunga malai terbesar melainkan menghantar wakil seorang menteri yang beragama Hindu untuk mewakilinya.

Bagaimana Najib mahu menjawab teguran Harussani ini? Mana menteri agama yang Najib lantik dalam kabinet bila berlaku perkara seperti ini. Malahan, Mufti Perak mengatakan perbuatan Najib itu boleh menyebabkan syirik. Penasihat-penasihat agama kepada Perdana Menteri senyap. Orang-orang kanan Najib juga mendiamkan diri. 

Pengarang-pengarang suratkhabar yang selama ini menuduh Islam PAS tidak betul, Umno membangunkan Islam dan Umnolah yang mempertahankan Islam sudah kelu lidah mereka. Lebih malang, tidak ada mufti lain yang selama ini menyerang kegiatan PAS mahu bercakap mengenai Perdana Menteri mengadai akidah bila beliau ke Perayaan Thaipusam. 

Apakah mereka belum tahu yang Najib dan Rosmah ke Batu Caves atau mereka tahu perbuatan itu salah tetapi tidak berani menegurnya. Ramai juga yang bimbang , jika ada orang yang mengaku pandai agama menyalahkan Mufti Perak bila Mufti Perak menegur buat kali ketiga kepada Najib, yang cukup ditakuti oleh orang lain ini. Apakah Najib akan patuh kepada teguran ini atau Najib kurang senang dengan Mufti Perak selepas ini?

Sebagai Perdana Menteri, Najib sebenarnya perlu mendapatkan nasihat mereka yang tahu dalam bidang-bidang tertentu untuk menghadirkan diri atau melibatkan diri. Jika dia sebagai Perdana Menteri yang sering mendabik dada mengatakan sebagai seorang Islam di sebuah negara Islam, tidak perlu sampai mengadaikan akidah sebagai seorang Islam.

Tindakan Harussani itu betul, berkata benar di hadapan pemimpin yang sedang berkuasa dan sepatutnya semua Mufti lain, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama di Malaysia, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bukan sibuk untuk mencari tempat bertanding dalam PRU13.

Dakwaan menyalahgunaan wang zakat, pendakwaan terhadap pegawai-pegawai Tabung Haji dalam isu "haji ekspres" dan keraguan dalam hal wang Yayasan Taqwa menyebabkan dia mungkin tidak mempunyai cukup kebebasan bercakap mengenai kehadiran Perdana Menteri di Perayaan Thaipusam.- safar jumaat

BN tak iktiraf Kerajaan Hamas Palestin bukti bersekongkol dengan Amerika dan Israel



Kengganan Kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas, menjadi fakta penting untuk menolak kenyataan Perdana Menteri kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.  Sebaliknya tegas Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Saifuddin Nasution, sifat angkuh kerajaan itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten.

Beliau merujuk kenyataan Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin. 

"Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada  pilihanraya 25 Jan 2006?" soalnya. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dipilih sebagai  ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. 

Katanya, Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf  Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). 

Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi Kerajaan Palestin.

"Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas," ujarnya lagi.

Katanya, hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. 

Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas dan menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya, ujar Saifuddin. 

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya  memulau Persidangan NAM tersebut dan beliau menemui pimpinan PAS. Insiden ini tegasnya, mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. 

"Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Beban, Bebal dan Fenomena Hasan Ali menurut kaca hati Hafiz Zainuddin



Dalam konteks Hasan Ali, isunya bukan apa yang dibawa, tetapi siapa. Contohnya kalau Umi Hafilda yang membawa isu murtad, mungkin orang tidak ambil pusing. Ya. Minda masyarakat kita telah lama dipesongkan.

Saya masih ingat bagaimana pertama kali saya mendengar pidato Hassan Ali ketika ceramah sulung beliau di Dataran Kampung Sungai Tapah, Gugusan Manjoi Ipoh sekitar awal tahun 2000 yang lalu.  

Dengn gaya, lenggok bahasa dan emosi yang tersusun, cukup saya katakan; pandangan baik saya terhadap UMNO berubah selama-lamanya.  Orang mungkin boleh membuat andaian bahawa saya peminat Hasan Ali tapi terpulanglah.  Ini pengalaman saya.

Sebab itu saya katakan, Hasan Ali sedang mencetuskan fenomena. Beliau juga tidak malu untuk menamakan perjuangannya sebagai kuasa ketiga walaupun perkara tersebut telah lama diperkatakan sejak PRU yang lepas.

Apapun pandangan anda, bersikap sinis atau sebaginya.  Fenomena Hasan Ali bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.  Ia tidak sama dengan Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin (gambar kiri, sebelah kiri), Gobalakrishnan mahupun Ibrahim Ali (gambar kiri, sebelah kanan) yang berpaling dari perjuangan pro-demokrasi dan pro-rakyat.

Kenapa fenomena Hasan Ali?  Lihatlah pada roadshow yang diadakan.  Hampir semuanya mendapat sambutan.  Jauh sekali dengan ceramah Zulkifli Nordin mahupun Ezam yang lebih banyak kerusi dari pendengar.  Pengaruh mereka tidak sehebat Hasan Ali dan orang pun tidaklah membenci beliau sepertimana membenci Ibrahim ali.Beban, Bebal dan Fenomena Hasan Ali. Baca Lanjut Deh!

Dr Rosli Yaakob ramal penyenaraian FGVH sahih, KPF bakal hilang kuasa!



Akhbar media baru, http://www.malaysiakini.com (Isnin, 13 Feberuari 2012) melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah mengumumkan penubuhan sebuah syarikat pengurusan harta, Felda Asset Holding Company (FAHC) yang bakal memiliki 37% kepentingan dalam FGVHB bagi pihak Koperasi Pelaburan Felda (KPF). 

Kalaulah ini benar, maka KPF akan kehilangan kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri. Bagaimana?

Ahli lembaga pengarah FAHC – tidak dinyatakan bilangannya – bakal terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Felda, FGVHB dan KPF. 

Jelas, ini bertujuan menurunkan wakil KPF di dalam lembaga pengarah FAHC kepada suara miniroti, sekaligus melemahkan kuasa KPF di dalam proses pembuatan keputusan dan penguasaan di dalam FAHC.  Juga, dilaporkan lembaga pengarah FAHC akan bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri. 

Ini satu lagi tindakan yang menjurus kepada melemahkan kuasa KPF di dalam FAHC. Bukankah kesan dari mekanisma ini menyebabkan KPF kehilangan kuasa pembuatan keputusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri? Baca Lanjut Deh!

Lagenda bola sepak negara Abdullah Ali serah borang ahli PAS kepada Mursyidul Am



Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di Kota Bharu pada 14 Feb lalu. Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.

Abdullah yang juga bekas Pewngurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya. Baca Lamjut Deh!

Deportasi Kashgari sukar diberi komen objektif, akibat hina Rasulullah SAW



Isu deportasi rakyat Arab Saudi, Hamzah Kashgari yang kini hangat dibincangkan merupakan satu isu yang agak sukar untuk diberi komen yang objektif.

Hamzah Kashgari telah didakwa menulis satu kenyataan yang menghina Rasulullah s.a.w.melalui twitter dan menurut laporan Reuters selepas beberapa jam tulisan beliau itu, beliau telah memadamkannya dan menulis dengan panjang lebar dengan memohon maaf dan bertaubat atas tulisannya itu.

Dilaporkan juga beliau telah keluar dari Arab Saudi dan bercadang untuk lari ke New Zealand atas alasan beliau takut akan dibunuh jika tidak melarikan diri. Kini semua orang tahu proses deportasi beliau ke Arab Saudi telah dilakukan meskipun terdapat keputusan Mahkamah Tinggi di negara itu yang menghalang proses deportasi itu dilakukan. Baca Lanjut deh!

Selasa, Februari 14, 2012

Najib Razak terpaksa bayar BBC RM80 juta untuk menaikkan imej pentadbirannya yang lemah di mata rakyat Malaysia



Nama negara tercalar teruk dengan permohonan maaf terbuka British Broadcasting Corporation (BBC) atas kesalahan menyiarkan program berbayar yang berat sebelah termasuk lapan yang melibatkan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman BBC, media antarabangsa tersebut mengakui terhadap sebilangan "kecil" program yang disiarkan dalam BBC World News antara Februari 2009 hingga Julai 2011 telah melanggar protokol dalaman yang diwujudkan untuk menjaga integriti editorialnya.

"Sebilangan kecil program-program disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011 melanggar peraturan-peraturan BBC bertujuan untuk melindungi integriti editorial kita."

Tiga hari lepas, akhbar The Independent melaporkan bahawa permohonan maaf BBC akan disiarkan ke seluruh dunia secara berperingkat pada empat waktu berlainan, dari Kuala Lumpur ke Khartoum supaya sampai ke semua penonton di zon berbeza.

Namun begitu, dalam kenyataan BBC tidak disebutkan nama firma yang menerbitkan lapan dokumentari tersebut iaitu FBC Media Ltd, yang diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibayar kerajaan Malaysia sebanyak Euro 19.6 juta (RM80 juta) antara 2007 dan 2010 untuk menaikkan imej pentadbiran beliau di seluruh dunia. Baca lanjut DISINI.

Tok Guru Nik Aziz mahu Anwar tarik kenyataan sokong Israel atau saman The Wall Street Journal segera


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal  (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.     

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

Anwar yang juga adalah Ketua Pembangkang, sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar Wall Street Journal. Menurut Nik Aziz, pendirian PAS tegas dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa. Sebaliknya, PAS katanya, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Baca lanjut DISINI.

Isnin, Februari 13, 2012

Siang jual nasi ayam, malam pulak jadi ibu ayam: Polis serbu premis di Jalan Inai Kuala Lumpur


Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) atau jadi ibu ayam. Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai, Kuala Lumpur di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.

Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an. Ketika ditahan, kelima-lima gadis itu sedang ghairah melayan pelanggan-pelanggan dalam restoran yang berubah konsep ala pub pada sebelah malam.

Ketua Operasi D7, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan di premis itu dan hasil risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.

“Pemilik restoran makanan nasi ayam itu hanya menyediakan khidmat GRO di premis miliknya pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas serbuan itu.

Sementara di Puchong pula, biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk, namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka diserbu.

Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.

Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang disyaki menawarkan khidmat urut batin.

Nota Gambar:  Sebahagian wanita warga asing yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.

60 aktor, penulis dan sutradara di Israel boikot Zionis, seniman Malaysia bagaimana?



Tindakan boikot Israel bukan hanya dilakukan oleh aktivis pro-Palestin di luar Israel, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi di dalam Israel sendiri. Kira-kira 60 aktor, penulis dan sutradara di Israel menyatakan menolak untuk tampil beraksi di bangunan pusat kebudayaan Israel yang baru dibangunkan di kawasan pemukiman haram Yahudi di Tebing Barat, Palestin.

Penolakan itu disampaikan seniman Israel ke Menteri Kebudayaan Limor Livnat. Acara peresmian itu merancang mengadakan berbagai acara pertunjukkan seni sepanjang tahun ini. Namun sejumlah seniman Israel menolak untuk beraksi di semua pemukiman haram Yahudi yang diduduki Israel itu. Mereka menyeru semua group-group teater Israel supaya hanya bergerak di dalam "garis hijau" atau di wilayah Israel sesuai kesepakatan perbatasan tahun 1967.

Menurut mereka pertunjukkan itu hanya akan memperkuat perusahaan-perusahaan yang membiayai pemukiman haram tersebut. Diantara seniman terkemuka Israel yang menandatangani petisyen itu ialah Yusuf Sweid, Rami Heuberger dan dramawan Joshua Sobol, yang karya-karya teaternya sering memenangi penghargaan. Sobol mengatakan, ia berharap petisyen pernyataan boikot itu akan dapat menggoncangkan perusahaan teater dan menekan perubahan cara fikir manajer-manajer group teater di Israel.

Menyusul petisyen itu, menajer bangunan kesenian Ariel Turgeman mengatakan bahawa para aktor, penulis dan sutradara yang sudah terikat kontrak tidak boleh membatalkan rencana pertunjukkan mereka. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa membawa masalah ini ke kabinet dan mengatakan, Israel berada dibawah serangan kelompok-kelompok internasional yang berkempen membiokot Israel. Termasuk serangan dari dalam Israel sendiri oleh kelompok lain yang juga bertindak seperti ini.

Menteri Kewangan Israel Yuval Steinitz menyarankan pemerintahan Netanyahu menarik bantuannya pada group teater yang menolak untuk tampil beraksi di bangunan keseniang Aruel ini. Steinitz menyebut tindakan seniman yang melakukan boikot ini sebagai sebagai sabotaj terhadap negara Israel.

PAS dikutuk, ahli dihina-dina: Dato' Dr Hassan Ali dan sembilan alasan berlepas diri

BICARA KHALID SAMAD


InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa. 

Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik.

Oleh itu, 9 alasan yang diberinya hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri. Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah. Saya tidak akan menulis kembali alasan-alasannya, tetapi akan terus memberi respon satu per satu. Baca lanjut DISINI.

Adam Adli makin "mengganas" dari cebisan sejarah "mahasiswa menggugat" yang hilang



Apabila mengenangkan keadaan dan situasi harian saya hari ini, acapkali saya mengelamun dan terfikir; bagaimana agaknya kondisi hidup orang-orang yang lebih dahulu terjun dan bergelut dalam dunia yang sedang cuba ditembusi saya dan rakan-rakan hari ini.  Jika hari ini maklumat semuanya di hujung jari; mereka dahulu bagaimana?  Bagaimana agaknya gerakan massa golongan pelajar era 1960-an dan 1970-an dahulu disusun? 

Bagaimana agaknya perang media dan sebaran maklumat digerakkan bagi meraih sokongan pelbagai pihak? Bagaimana pula mereka berhadapan dengan ancaman dan tekanan dari pihak yang ditentang mereka; yang jelas mempunyai ratusan kali kekuatan dan jentera berbanding mereka yang digambarkan hanya bersenjatakan buku, pensel, dan idealisma?

Bagaimana pula dengan gerakan pelajar yang jauh lebih awal dahulu; di zaman kegemilangan kampus saya hari ini: SITC?  Tentu sekali cabarannya lebih besar dan berat dari yang dihadapi kami hari ini dan generasi terdahulu sebelum kami.

Tidak berapa lama dahulu, saya dihubungi seorang rakan yang secara kebetulan terserempak dengan Sasterawan Negara; A Samad Said (gambar kanan) atau lebih mesra dipanggil Pak Samad.  Mereka bertemu di Sentral Kuala Lumpur, nadi penting transportasi warga kota hari ini.  Sejak bergelar "buangan" dan sesetengah rakan pula menggelar saya "pelarian", saya belum pernah lagi berkesempatan untuk bertemu dan bercakap dengan Pak Samad seperti dahulu.  

Saya ambil peluang itu untuk bercakap dengan beliau melalui telefon milik rakan saya itu.  Kedengaran sahaja suara saya di talian, belum sempat saya bertanya khabar sudah beliau ajukan soalan, "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" - Baca lanjut DISINI.

Ah Jib Gor kini diasak dengan isu "Jalan Sultan", Ishak Surin jadi tumpuan


Tanpa diduga, isu pengambilan tanah sepanjang Jalan Sultan untuk memberi laluan kepada pembinaan projek MRT telah menarik keprihatinan orang ramai. Artis popular, seniman, karyawan dan budayawan yang sebelum ini dianggap "bersikap dingin terhadap politik", kini tampil untuk menyatakan bantahan terhadap pencerobohan tanah warisan yang bersejarah itu.

Ribuan manusia membanjiri Jalan Sultan pada 5 Februari, untuk menyambut Chap Goh Meh buat kali terakhir di Jalan Sultan, seandainya ia terpaksa dirobohkan untuk projek pembinaan MRT.

Turut memberikan sokongan dan membacakan doa selamat, Pengerusi Muafakat Perkampungan Warisan Kuala Lumpur (Muafakat) Ishak Surin yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Batu.

Jalan Sultan yang bersilang dengan Jalan Petaling di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, antara pusat kegiatan ekonomi sejak ratusan tahun yang lalu - kini menjadi ingatan kolektif untuk ramai penduduk yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur.  

Mereka hadir bukan dengan tujuan "menyambut hari perayaan" ini semata-mata, tetapi jelas membawa mesej bahawa Jalan Sultan harus dikekalkan.

Antara artis pop yang tampil pada malam itu, ada yang memulakan kerjaya mereka sebagai penyanyi di kafe yang bertapak di Jalan Sultan.  Di situ jugalah tempat budayawan dan seniman mencari ilham untuk ciptaan karya mereka.  

Seandainya produk budaya mempunyai pengaruhnya terhadap sesebuah komuniti, maka tidak hairanlah Jalan Sultan menyimpan nostalgia orang ramai, khususnya komuniti Cina. Baca lanjut DISINI.

Nota Gambar: Ishak Surin (vest hitam) di hadapan menjadi tumpuan dalam perarakan lebih 3000 masyarakat pelbagai kaum membantah Projek MRT Jalan Sultan.