KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 26, 2012

Drs Khalil Idham disebut-sebut bertanding Parlimen Kuala Kangsar


Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim dijangka akan mengadu nasib bertanding di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU-13 tidak lama lagi. Sanggahtoksago.Com difahamkan, nama beliau disebut-sebut dan akan meninggalkan Dun Titi Serong yang diwakilinya sekarang bagi menumpukan kerja-kerja pilihan raya di kawasan yang kini dimenangi bekas Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Rafidah Aziz.

Menurut sumber, beliau sudah "bekerja" di kawasan parlimen itu sejak setahun lalu. Jika tiada sebarang perubahan calon, anak kelahiran Kelantan ini dijangka berentap dengan calon BN. Sehingga kini, maklumat dalaman Umno memberitahu Rafidah tidak akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang semakin panas di Perak itu. 

Dalam pilihanraya 2004, Rafidah mendapat undi sebanyak 11,305 dan lawannya Bendahari PAS Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin meraih 5,748 undi. Majoriti undi sebanyak 5,557. Tetapi perubahan undi begitu besar tercetus dalam pilihanraya 2008. Rafidah ditentang oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr Khairuddin Abd Malik. Rafidah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan memperolehi 10,735 undi. Khairuddin pula mendapat 9,277 undi. Majoriti undi sebanyak 1,458. Keputusan yang semakin memihak kepada PAS itu cukup mencemaskan Umno-BN Perak dan atas sebab itu, Rafidah dijangka akan digugurkan.

Arab Spring: Mahathir gabra, cemas Umno-BN kalah teruk dalam PRU-13


Sejak muktahir ini, Mahathir Mohamad semakin galak memberikan kenyataan untuk membantu Najib Tun Razak mempertahankan kuasa. Tetapi kenyataan lebih menggambarkan "ketakutan" dan "kebimbangan" beliau menongkah arus politik baru yang bakal melakar sejarah. Mahathir dengan sengaja memain dan memutarkan isu 'Arab Spring' bagi menakut-nakutkan rakyat melakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama lagi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini. Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat, lapor Sinar Harian Online.

"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata Anwar. Mahathir tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.

Sanggahtoksago.Com difahamkan, dalam satu kenyataan 25 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah. Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya. Jika begitu keyakinan Mahathir, dia tidak perlu bimbang kerana demokrasi di sini jauh lebih sihat daripada di dunia Arab. Kenapa Mahathir harus gabra? Mengapa pula Mahathir berasa cemas, jika demokrasi sebelah sini lebih baik?

Waspada: Taktik Rais Yatim nak perangkap Pakatan Rakyat dalam siaran manifesto RTM


Untuk percaya, sukar tetapi sama-samalah kita tengok. Apakah janji Menteri Penerangan, Komunikasi Kebudayaan dan Warisan, Dato' Seri Dr Rais Yatim untuk memberi peluang kepada pembangkang mendapat ruang menyampaikan manifesto dalam PRU-13 menjadi kenyataan atau sebaliknya. Dari segi logik akalnya, ia mustahil berlaku kecuali satu slot "sekadar mahu melepaskan batuk di tangga" bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa media yang dikawal kerajaan bersikap terbuka kepada pembangkang, sebagai membuktikan telah berlaku trasformasi media dan politik, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Hari ini, tonton sahaja "siaran langsung" dari Parlimen setiap hari berlakunya persidangan Parlimen, sering ucapan pembangkang "disenyapkan" tetapi kalau jawapan menteri atau timbalan menteri yang membelasah pembangkang, ia disiarkan sercara terus dan berulang-ulang. Lebih malang, slot sejam untuk siaran Parlimen itu, diganggu dengan "perbualan bersama Ahli Parlimen" yang topiknya, bertujuan memperendah-rendahkan pembangkang. Tetamu undangannya, 10 kali wakil BN dan sekali wakil pembangkang.

Apa sebenarnya yang Rais hendak sampaikan kepada umum, mengenai sikap keterbukaannya itu? Apakah beliau tidak pernah dan tidak berpengalaman menjadi pembangkang yang menyebabkan beliau terlalu alergik dengan pasukan oposisi ini? Jika setahun 365 hari media yang dikawal kerajaan menyerang pembangkang, sebenarnya apalah kesannya jika dalam tempoh 10-14 hari berkempen, pembangkang dibenarkan membentangkan manifestonya. Dari segi anak jantannya, lebih baik ditolak sahaja perlawaan dan janji Rais itu kerana sudah pasti, ada jerat yang sedang dipasang bagi memerangkap pembangkang. 

Keterbukaan ini sebenarnya bagi menutup dakwaan bahawa demokrasi di Malaysia tempang dan hanya dikuasai oleh pihak yang sedang berkuasa. Hari ini, tiada sudut kerajaan yang dapat ditutup oleh Umno dan BN. Semua serangan pembangkang menyebabkan pihak yang sedang memegang kuasa "sesak nafas". Sering timbul perkara yang mereka mahu sembunyikan tetapi, dunia media dalam keadaan langkit terbuka, segala-galanya sudah terdedah! Banyak kes yang dikaitkan dengan pembangkang, media massa pro pemerintah akan menyerang habis-habisan pihak yang didakwa, hingga ia boleh mempengaruhi perbicaraan dan keputusan hakim. 

Ambil contoh Himpun Bersih 3.0. Apakah tindak-tanduk media elektronik sekarang ini tidak merupakan satu usaha mengajak rakyat mengatakan peserta Himpun Bersih 3.0 itu sebagai kasar dan brutal? Apa tujuan tayangan "adegan-adegan selepas disunting" setiap jam yang sedang dilakukan sekarang. Ingat! Fitnah yang diulang-ulang akan dianggap sebagai fakta. Perkara bohong pun, jika diulang-ulang akan dijadikan ia sebagai sesuatu yang benar. Semua orang tahu, Rais sebagai Ahli Parlimen Jelebu, sudah sampai ke penghujung karier politiknya. Dalam Umno sendiri, beliau kalah setiap kali menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden. Ia memberi signal, kehadirannya sudah melewati masa wajar.

Maka, suka atau tidak, Rais kena mengejar populariti yang semakin meleset. Beliau juga tentunya belum bersedia untuk menjadi "tokoh Warisan" yang akhirnya disusun gambar-gambarnya dalam Muzium. Maka, beliau kenalah berbuat sesuatu dengan hasrat "ada peluang lagi" memperbaharui jangka hayat politiknya. Sebagai ahli politik veteran, Rais tidak termampu mengejar populariti rakan-rakan sejawatannya yang lebih muda. Dengan kementerian yang beliau ketuai sekarang mempunyai pelbagai agensi dan peruntukan yang cukup besar, Rais mahukan peluang kekal selepas PRU-13 amat berkobar-kobar.

Jadi, salah satu strateginya ialah "mesra pembangkang". Langkah ini, tentulah tidak mendapat persetujuan rakan-rakan kabinetnya kerana tiada seorang pun yang menyatakan sokongan secara terbuka hasratnya memberi peluang akses media kepada pembangkang dalam PRU-13. Malahan, jangan terkejut, janji dan cadangan Rais itu akan dibatalkan dengan alasan masalah teknikal kerana Umno dan BN sudah acapkali "menarik sesuatu kebenaran" secara tiba-tiba. Pakatan Rakyat mestilah menyediakan satu kertas cadangan kepada kementerian pimpinan Rais ini, bagaimana cara untuk memenuhi peluang itu, jika ia benar-benar dilaksanakan.

Jangan hanya sekadar mengisi kekosongan dan di waktu yang tidak sesuai. Ketika mereka menggunakan waktu perdana, sedangkan pihak pembangkang diberikan ketika "waktu muram" yang tentunya pihak kementerian tahu bila ketikanya. Pakatan Rakyat jangan hanya menerima apa yang ditawarkan kecuali selepas mengadakan perbincangan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan kertas cadangan dari pihak yang ditawarkan peluang. Kata orang, kalau hendak beri, beri betul-betul. Jangan menanam tebu di tepi bibir. Jangan bercakap ikut sedap mulut tetapi pada hakikatnya, mereka sendiri serba salah kerana "tak bagi" takut rakyat persoalkan hak mereka, nak bagi, takut pula mereka kerugian kerana tidak mampu berdepan dengan kenyataan.

Maklumlah, BN dan Umno menyembunyikan pelbagai isu dan bila Pakatan Rakyat dibenarkan muncul di kaca TV, mereka nanti tak cukup tanah melarikan diri kerana tidak mampu menjawab apa yang ditimbulkan. Ambil contoh dengan janji pembangkang mahu menurunkan harga minyak. Walaupun ia sukar tetapi ia bukan mustahil. Kita tunggu dan sejauh mana keinginan ini terlaksana!

>>> Komentar Safar Jumaat, penulis bebas, penganalisis isu semasa tanahair.

Skandal KGT: Dr Awang Adek 'gabra' Husam Musa cabar debat dan TV3 jadi penganjur


Pertama mahukah TV3 menganjurkan 'debat' atau nama lainnya 'forum' yang bukan menjadi budaya Umno-BN dan Najib Tun Razak untuk mencerahkan sesuatu isu? Kedua sudikan Dr Awang Adek berhujah dengan hujah fakta dan konkrit dalam dakwaan yang diusungnya sejak seminggu dua ini? Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT). 

Sanggahtoksago.Com difahamkan, cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3. Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam. "Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa. Diharap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia berpihak kepada kebenaran," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.                  

Husam juga mencadangkan TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara beliau dengan Awang Adek,  Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu ini. "Saya berharap Dr Awang boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21 hari untuk menyatakan persetujuan," kata Husam dalam satu kenyataannya. Sebelum TV3 dan Awang Adek campur tangan, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan seorang blogger terhadap KGT. Dakwaan blogger itu sudah dijawab Husam dan juga pengurusan KGT sebelum ini. Namun ia tidak berhenti di situ apabila Awang Adek pula campur tangan.

Ketika serangan terhadap KGT berjalan, Sanggahtoksago.Com diberitahu, jualan dirham dan dinar mencatat sejarah dalam Exco Perdagangan di Kota Bharu apabila jualannya mencecah RM500,000. KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu. Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.

Dr Che Rosli berang Najib dan Umno-BN perguna namanya untuk pertahan Projek Lynas



Ahli Parlimen Hulu Langat PAS, Dr Che Rosli Che Mat memberi amaran agar tidak menggunakan nama beliau untuk mempertahankan projek Lynas atau mereka akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. Dr Che Rosli memberitahu tidak pernah ada mana-mana pihak meminta keizinan darinya untuk terus menggunakan nama beliau serta kenyataannya di Parlimen bagi menyatakan loji Lynas selamat didirikan di Kuantan.

"Secara jelas saya nyatakan bahawa kenyataan saya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja tetapi jika melibatkan keseluruhan operasi Lynas secara terus terang ia tidak selamat untuk beroperasi. Selain itu juga, saya tidak membenarkan mana-mana pihak cuba menggunakan nama saya bagi menunjukkan saya menyokong pembinaan loji tersebut," katanya.

"Sebelum ini Perdana Menteri dalam kenyataannya telah membabitkan nama saya yang turut menyatakan bahawa Lynas itu selamat dibangunkan. Saya tidak pernah mengizinkan nama serta kenyataan saya digunakan untuk menyokong pembinaan loji tersebut, Lynas bagi saya tetap merbahaya dan Najib perlu peka dalam soal ini kerana membabitkan saya tanpa sebarang kebenaran," tegasnya.

MIC naik minyak: Balasubramaniam, P Ramasamy pertahan Salahuddin Ayob tidak hina Hindu



Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau tidak berniat menghina agama Hindu dan penganutnya dan jika dia menghina Hindu, pihaknya yang pertama membuat bantahan. Timbalan Pengerusi DHPP, N. Balasubramaniam berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian itu langsung tidak membawa apa-apa masalah di kalangan kaum India yang majoriti penganut agama Hindu.

"Orang India masih aman di Malaysia, dalam isu ini tidak ada bawa apa-apa masalah," katanya dalam sidang media. Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T Mohan meminta Salahuddin mohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan. Menurut Bala, kenyataan Salahuddin dalam Debat Sinar Harian pada 19 Jun lalu sengaja diputar belitkan oleh MIC untuk menimbulkan persepsi negatif kepada kaum India.

"Jika benar ada penghinaan kepada penganut Hindu kami sendiri pun boleh tegur. Nampaknya MIC sengaja cari  pasal. Kenyataan Salahuddin cukup jelas," katanya. Bala turut percaya Salahuddin tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina kaum dan agama lain kerana agama Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu.

Ahli Parlimen Batu Kawan P. Ramasamy juga menyifatkan MIC ketandusan modal politik sebab itu mereka sengaja putar belit kenyataan. "Saya ada baca dalam akhbar Tamil tuduhan terhadap Salahuddin, tidak ada bukti beliau hina kaum India," katanya dalam sidang media yang sama. P. Ramasamy turut mempertikaikan di mana kelantangan MIC apabila Umno pernah menimbulkan isu bebaur perkauman dan memperlekehkan kaum India.

"Umno pernah guna isu paria. MIC mendiamkan diri. Tapi berbeza dengan Salahuddin yang jelas tidak hina agama kami," katanya. Begitu juga ketika penyokong Umno mengarakkan kepala lembu ke bangunan SUK Selangor yang memang jelas cuba menghina orang Hindu. Salahuddin mengulangi penegasanya beliau tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat itu.

Najib akui Kerajaan Umno-BN amalkan 'perhambaan moden' dalam sistem pajak teksi



Rupa-rupanya selama ini Kerajaan Umno-BN mengamalkan isitem perhambaan terhadap pengusaha teksi di negara ini. Ia kini baru disedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah sokongan rakyat terhadap Umno-BN terhakis tegar dari hari ke hari. Najib yang juga Presiden Umno berikrar untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan moden".

Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan. Ia boleh dianggap satu taktik Umno-BN untuk menumpukan undi para pemandu teksi kepada dacing dalam PRU-13 tidak lama lagi. Namun, kelompok yang dikenali sebagai "ahli politik licik" sama seperti tukang gunting rambut itu, tidak mudah diperdayakan dengan janji manis yang sepatutnya telah lama menjadi hak mereka.

"Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan. Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya. Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yg saya tak suka," katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000 pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil, 24 Jun lalu.

Najib yang terllau berharap sokongan padu pemandu teksi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta melalui Yayasan 1MDB Najib sebagai insentif kepada pemandu teksi berkenaan. Jumlah itu meliputi baucer subsidi kepada kira-kira 70,000 pemandu teksi seluruh negara untuk menukar set tayar berjumlah RM525. Kerajaan telah mengenalpasti lebih 300 pusat menukar tayar seluruh negara bagi mendapatkan tayar buatan Malaysia jenama Goodyear atau Continental. Selain itu, Kementerian Penerangan juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memberikan perlindungan insurans, tambahnya.

Kutukan "haram jadah" terus jadi impian Najib, enggan mohon maaf kepada peneroka Felda


Perdana Menteri yang takut berdebat, Datuk Seri Najib Razak mahu meneruskan kutukannya kepada rakyat yang menentang beliau, Umno dan BN sebagai HARAM JADAH. Melalui jawapan bertulisnya, Najib enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dihamburkannya dalam satu perhimpunan dengan para peneroka Felda seluruh negara di Pahang.

Najib menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu. Melalui jawapannya, Najib menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.

Dr Mohd Hatta menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan. "Secara jelas kita lihat kata-kata 'haramjadah' yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda. Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya.

Mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah. "Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 sebagai kelompok 'haramjadah'. Jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda. "Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya. Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.

Isnin, Jun 25, 2012

Memang BN dalam bahaya, 105 kerusi parlimen 'dalam tangan' Pakatan Rakyat, 7 kerusi lagi bentuk Kerajaan Persekutuan


Pakatan Rakyat yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat Persekutuan pada PRU-13. Pengarah Strategi KeADILan, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain. Pada pilihan raya umum 2008, kami (Pakatan) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," kata beliau seperti dilaporkan Sinar Harian.

Secara purata, katanya, Rafizi berkata, Pakatan boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak. "Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran," kata beliau. "Kalau tengok keadaan 'mood', saya yakin kami boleh mendapat lapan kerusi di Johor. Begitu juga di Sarawak, dengan mengambil kira perkembangan politik dan prestasi pilihan raya negeri tahun lalu, kami boleh memperoleh tambahan lapan kerusi Parlimen dan begitu juga di Sabah," katanya lagi.

Rafizi melahirkan keyakinan itu khususnya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim di Sabah dan Sarawak. Pada PRU-12, Pakatan yang terdiri daripada DAP, KeADILan dan PAS, pembangkang menang satu kerusi Parlimen dan 25 oleh BN. Di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing menawarkan 25 dan 31 kerusi, BN memperoleh 54 kerusi. "Kira-kira 100 daripada 140 kerusi dimenangi BN empat tahun lalu datang dari tiga negeri ini," katanya.

Hairan, Najib boleh sumbat telinga, gam mulut dan tutup mata dalam isu Scorpene


Pembelian kapal selam kelas Scorpene dengan DCNS Perancis dan Sepanyol Navantia untuk perolehan dua buah kapal selam, hingga menimbulkan dakwaan mengatakan ada pihak tertetu yang mendapat komisen bernilai RM540 juta, kini menghantui Umno dan Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Apa tidaknya, kisah ini berlarutan kerana ia juga dikaitkan dengan "penulis ucapan" Perdana Menteri, Abd Razak Baginda, hinggalah berlaku pembunuhan seorang wanita Mongolia, Attantuya Shaariibuu yang penuh misteri, kerana pendedahan ini bermula dari Kedutaan Mongolia di Thailand, yang menghubungi polis Bukit Aman.

Keputusan pembelian kapal selam ini berlaku dalam tahun 2002. Di Malaysia, syarikat yang dikatakan mendapat peluang menjadi agen kepada Kementerian Pertahanan ialah Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abd Razak. Kemudiannya beberapa bukti yang menunjukkan Abd Razak memang mengenali Altantuya yang memainkan peranan sebagai jurubahasa, menyebabkan kematiannya dikaitkan dengan ramai orang yang berprofil tinggi.

Hari ini, rakyat  yang terdedah dengan pelbagai maklumat hairan mengapa Najib mendiamkan diri dari mengulas dakwaan yang mengatakan beliau terbabit secara langsung dalam menerima komisen pembelian kapal selam ini. Malahan, tindakan Imigresen Malaysia yang mengusir Peguam Bourdon yang mengendalikan kes Scopene juga menimbulkan tanda-tanya. Apakah sebenarnya yang hendak disembunyikan dan selagi kes ini tidak diselesaikan, selagi itulah tertanam di benak rakyat bahawa memang apa yang didakwa itu benar-benar berlaku.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memang terbeban dengan pelbagai dakwaan penyelewengan. Bukan sahaja kes Scorpene, malahan banyak lagi kes-kes lain yang cukup memalukan. Bayangkan, betapa rendahnya pandangan negara asing dengan Malaysia kerana "cerita komisen dan rasuah" ini? Setahun yang lalu, laman web Peranhis, Rue89 mendedahkan syarikat Perancis, Armaris tidak membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri. Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika pembelian kapal selam ini jangan terus berdiam diri. Kesannya amat besar. Bukan sahaja kepada Najib sendiri, malahan, kesannya kepada Umno dan barisan Nasional (BN).

Jangan Najib cuba membebankan Umno dan BN dengan cerita-cerita seperti ini kerana Umno dan BN sudah terlalu banyak terbeban dengan pelbagai skandal. Beberapa menteri yang sedang dihadapkan ke mahkamah kerana dakwaan penipuan sepatutnya menyebabkan Najib juga tidak boleh terlepas begitu sahaja. Walaupun Najib tidak boleh dikatakan bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman bersalah, tetapi isu ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. RM540 juta amat besar jumlahnya dan jika Najib tidak bersalah, kenapa harus takut untuk menyelesaikan kes ini di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis.

Ia bukan isu peribadi tetapi isu negara. Ia bukan duit peribadi tetapi duit negara. Siapa yang mendapat komisen pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak boleh menyelam itu perlu diketahui umum kerana ia melibatkan kepentingan awam. Tulisan ini tidak langsung menyentuh kes yang melibatkan dua anggota UTK Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar kerana mereka sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Apa yang dibincangkan ialah, begitu mudah sesebuah syarikat di Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan menteri, boleh mendapat projek dan menelan komisen yang bukan sedikit. 

Apabila ada rakyat mengaku susah, bukan main banyak karenah dan birokrasi yang patut ditempuh, hanya untuk mendapatkan seratus dua sebagai bantuan. Ketika BN dan Umno buat persiapan untuk menghadapi PRU-13, rakyat terus digula-gulakan dengan BR1M dan bantuan seratus dua bagi anak-anak di bangku sekolah, tetapi mereka yang berada di puncak kuasa, sehari semalam, mereka boleh mengaut komisen ratusan juta. Tidak ada apa yang Najib harus takutkan jika beliau tidak terlibat dengan pemberian dan penermaan komisen ini. 

Bak kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Najib sebagai bekas Menteri Pertahanan tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam isu pembelian Scorpene ini, apa yang hendak dibimbangkan. Apa yang hendak ditakutkan. Jika perlu, Perdana Menteri ketika itu, juga kena tampil memberi penerangan. Janganlah mendiamkan diri kerana sampai bila-bila isu ini akan menghantui mereka yang berkuasa ketika itu.  Mereka semua tidak boleh melarikan diri dari dakwaan makan komisen ini kerana jumlah yang sebesar itu tidak mungkin boleh disembunyikan di bawah tudung saji.

Isu Scorpene ini sebenarnya ibarat bangkai gajah yang mahu disembunyikan. Bukan sahaja objeknya tidak boleh disembunyikan, malahan baunya juga tidak mungkin dapat disekat dari dihidu oleh semua orang. Hari ini, mereka yang terlibat mungkin boleh selamat, tetapi lambat laun ia akan terdedah juga. Maka, apa yang hendak Umno dan BN jelaskan kepada rakyat jika isu ini ditimbulkan dalam PRU-13 akan datang? Kehilangan penyiasat persendirian P Basuramaniam selepas membuat pengakuan bersumpah juga menimbulkan pelbagai andaian. Jadi, isu ini sebenarnya memakan banyak korban, selain Altantunya dan mungkin Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, kerana secara tidak langsung, ia juga turut menyebabkan ada yang kehilangan ibu, ada yang hilang anak, ada yang hilang tunang dan ada juga yang hilang maruah.

>>> Komentar Safar Jumaat, penulis bebas, penganalisis isu semasa tanahair.

Memang pelik, Umno mati kutu, terpaksa membontoti Pakatan Rakyat tagih sokongan pengundi


Lazimnya parti yang memerintah memimpin dan mendahului. Baik dari segi populariti, insiatif dalam soal polisi dan macam-macam lagi. Ini lumrah dan wajar kerana parti pemerintah memegang mandat dari rakyat dan ia berada di situ kerana kualiti kepemimpinan dan polisi-polisi yang dikemukakannya. Bagaimanapun parti yang memerintah negara ini, Umno, berada di dalam keadaan yang sebaliknya. Setahun dua ini Umno jelas mengikut gerak dan lenggok pembangkang yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat. 

Sebagai contoh meskipun saban hari Umno dan media miliknya berusaha keras untuk menghitamkan Bersih 3.0 yang berjaya dan popular itu parti itu kemudiannya cuba melakukan hal yang sama melalui Himpunan 2 juta belia yang akhirnya terpalit dengan kemalangan ngeri itu. Apa pun selepas itu, PAS berjaya menghimpunkan lebih 100,000 orang penyokong di Alor Setar. Berbeza dengan himpunan anak muda yang dianjurkan oleh Umno itu PAS berjaya menganjurkan perhimpunan yang tertib: tanpa kehadiran artis-artis luar negara yang dibayar puluhan ribu ringgit.

Satu lagi contoh betapa Umno bermain mengikut rentak pembangkang ialah pemberian BRIM sebanyak RM500; sesuatu yang jelas merupakan reaksi parti itu kepada pemberian-pemberian tunai di Pulau Pinang dan Selangor. Malangnya manakala kedua-dua negeri Pakatan itu mengadakan pemberian melalui lebihan kerajaan pusat berbuat demikian melalui hutang. Apa tidaknya. Ketika ini hutang negara mencecah tahap paling tinggi sejak merdeka.

Sesuai dengan rasmi orang meniru Umno tidak faham erti dan makna pemberian itu. Manakala di Pulau Pinang dan Selangor pemberian itu dibuat atas rasa terima kasih dan tanggung jawab Umno, sebagaimana yang biasa mereka lalukan, mengungkit dan menghina rakyat dengan pemberian itu - seolah-olah wang itu datang dari poket para pemimpin Umno. Itulah sebenarnya mentality dan falsafah disebalik seranah "haram jadah" yang dihamburkan oleh Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. 

Parti yang sentiasa menang pilihan raya sejak Pilihan Raya Umum pertama 1955 itu jelas tertekan dan mati kutu. Dan kini kelihatan bersendirian kerana komponen-komponen dalam Barisan Nasional, termasuk sekutu asal MCA dan MIC sudah tidak begitu kelihatan lagi. Begitu juga dengan Gerakan yang terus sayup dalam persada politik negara. Ini kian parah dengan dapatan terbaru Merdeka Centre yang merumuskan bahawa populariti Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib turun, terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mencatatkan penurunan hampir 20 peratus. 

Hanya di kalangan pengundi Melayu sahaja Najib memperlihatkan kenaikan sokongan. Itu pun hanya sekitar 5 peratus sahaja. Dari satu sudut fenomena mati kutu dan terikut-ikut dengan rentak pembangkang itu membangkitkan persoalan apakah Umno benar-benar memegang mandat yang sah. Mengimbas penipuan dan kepincangan pilihan raya yang berlaku di negara ini persoalan sukar untuk dielak. Bahkan ia sentiasa berlegar di benak kita.

Tatkala debat semakin menjadi kayu ukur yang membantu rakyat membuat keputusan – termasuk di United Kingdom yang mengamalkan sistem yang sama dengan kita – para pemimpin Umno terus enggan berbuat demikian. Tetapi kengganan – yang sebenarnya lebih merupakan ketakutan itu -  bukan perkara baru. Kita masih ingat bagaimana debat dengan PAS – yang Umno sendiri cadangkan pada 1984 – akhirnya dibatalkan. Dasar-dasar penting negara tidak pernah dibahaskan di parlimen. Sebab itu rakyat keliru dan tidak tahu asal usul serta rasional dasar-dasar berkenaan. Sebab itu jugalah dasar-dasar dan keutamaan Umno akhirnya mengatasi undang-undang termasuk perlembagaan. 

Sebab itu kita terperangkap dengan wacana Dasar Ekonomi Baru yang pada hakikatnya ialah dasar parti dan bukan undang-undang negara. Ini menyebabkan kritikan dan persoalan terhadap dasar itu dianggap pengkhianatan kepada bangsa dan negara. Ramai yang tidak sedar bahawa DEB hanyalah dasar atau lebih tepat lagi tafsiran Umno – yang belum tentu betul dan tepat – ke atas semangat dan kehendak Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang asasnya berakar kepada fasal tertentu di bawah Perjanjian Tanah Melayu 1948.

Sehingga kini dasar-dasar negara – dari Wawasan 2020 hingga kepada Transformasi Najib - dikemukan di luar parlimen. Perkara ini sebenarnya mendedahkan kepada kita satu perkara lain yang lebih serius; yakni perspektif Umno terhadap parlimen. Dan isu ini lebih penting dan lebih mendasar dari fenomena mati kutu dan takut berdebat di pihak Umno. Dan isu ini sebenarnya sudah cukup untuk mempertikaikan landasan moral bagi Umno untuk terus memerintah. 

>>> Komentar Dr Abdul Aziz Bari. Beliau  ialah mantan Profesor Undang-undang di UIAM dan calon PKR Parlimen Sabak Bernam PRU-13.

Goncang: Cikgu Mala saman penulis blog fitnah penaksj.wordpress.com



Dewan Muslimat PAS Pusat  tidak teragak-agak akan menyaman penulis blog penaksj.wordpress.com yang memfitnah bekas calon PAS bagi PRK Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman kononnya mahu menyertai Umno dan mengaitkan dengan PAS Johor. Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya penulis blog berkenaan tidak memohon maaf di atas fitnah tersebut. 

"Mereka mengada-ngadakan cerita adanya di kalangan pemimpin PAS yang berniat untuk menyertai Umno. Kami nafikan apa yang ditulis dan kini disebarluas di kalangan blogger. Sekiranya penulis itu tidak menghentikan perbuatannya, bersandarkan bukti yang kukuh, kita akan ambil tindakan saman ke atas dia," kata Zailah pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada 22 Jun lalu.

Sementara itu, Normala yang turut serta dalam sidang media itu, menyifatkan kenyataan penulis blog berkenaan yang  mengatakan beliau kecewa dengan PAS dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan. Beliau tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Dia berjuang dalam PAS untuk mencari keredaan Allah. Selaku pimpinan muslimat dan isteri, Normala mahu tegaskan beliau dapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan jemaah untuk berjuang dalam PAS, katanya. Blog  penaksj.wordpress.com yang dipercayai dimiliki oleh penulis blog Umno itu turut mendakwa Normala mengalami masalah kewangan serta masalah tuntutan janji kebajikan yang kononnya pernah dijanjikan PAS kepada beliau, jika kalah dalam PRK Dun Tenang pada 2010.

Anak hulubalang Najib Tun Razak bekal sistem trafik udara RM128 juta


Anak lelaki bekas seorang menteri yang juga 'hulubalang' Najib Tun Razak, Jamaluddin Jarjis (gambar kiri) telah didapati terbabit dalam pembekalan sistem kawalan trafik udara berharga 26.05 juta euro (RM128.4 juta) yang didakwa mengalami kecacatan, kepada kerajaan melalui tender tertutup. Di samping itu, rakan kongsinya dalam projek tersebut dari Itali sudahpun dibelenggu beberapa siri skandal rasuah, seperti dilapor Malaysiakini.

Pemimpin Pakatan Rakyat  telah mendakwa sistem yang dibekalkan kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) pada 13 Disember tahun lepas mengalami kecacatan apabila tiba, tetapi Menteri Pengangkutan Dato' Seri Kong Cho Ha menafikannya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat. Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan sama ada ia menjadi norma kerajaan untuk menganugerahkan projek-projek penting kepada ahli keluarga menteri kabinet.

Sanggahtoksago.Com difahamkan, bagi tender tertutup, hanya pihak-pihak terpilih dipelawa untuk membida bagi mendapatkan kontrak berkenaan. Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah. Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Jamaludin Jarjis, yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri. Selepas tempoh perkhidmatannya itu, Jamaludin berkhidmat sebagai duta ke Amerika Syarikat, dan kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri.

Bank Negara tidur: Siasat kes langgar Bafia, menyebabkan aliran keluar RM60 bilion


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas dakwaan bahawa bank tempatan melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dengan menjual hutang lapuk kepada syarikat asing. Pua memetik satu laporan Malay Mail 12 Jun lalu, berhubung bukti bahawa hutang lapuk tersebut dibeli oleh agensi yang mempunyai ekuiti tempatan kurang daripada 49 peratus, yang tidak dibenarkan Bafia.

Dalam satu kes, laporan itu menyatakan bahawa seorang warga asing, yang merupakan menantu kepada seorang pemilik bank terkenal, terlibat dalam skandal berkenaan di mana NPL tersebut dijual kepada agensi dengan pemilikan majoriti oleh warga asing. Amalan seperti itu, yang berlaku sejak 2005 menyebabkan aliran keluar lebih RM60 bilion, kata Pua.

Pua berkata kes berkenaan perlu disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan kerana ia menimbulkan isu konflik kepentingan dan pecah amanah. Ahli Parlimen berkenaan turut menyelar kenyataan "tidak tepat dan mengelirukan" Bank Negara yang menafikan laporan tersebut. Sedangkan, laporan tersebut telahpun menunjukkan bukti kes tersebut.

Rakyat kena cerdik: 1Malaysia lambang rasuah bukan perpaduan


Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar ul Haq menyifatkan 1 Malaysia adalah lambang rasuah bukannya lambang perpaduan. Oleh itu, sebagai kartunis beliau menolak untuk bernaung di bawah lambang satu 1Malaysia kerana,"Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut."

Zunar mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya kartunis menyokong gagasan "1Malaysia" semalam  yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej "1 Malaysia" melalui karya-karya.  Datuk Seri Najib berkata demikian dalam majlis PM Bersama Kartunis di Pasar Seni, 24 Jun lalu. Sanggahtoksago difahamkan, Zunar menolak anugerah dan wang tunai sekitar RM10,000 oleh penganjur kerana program tersebut bukan program seni tetapi politik.

Ini kerana, penganjurnya adalah dua pemimpin Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Putra Umno) dan Datuk Suhaimi Shadan (Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Umno). Walau pun kenyataan Perdana Menteri itu adalah satu gesaan, tetapi sekiranya ia datang dari mulut Perdana Menteri, ia ditafsir sebagai arahan, kata Zunar.

Taukeh segera lembu NFC makin 'panas' hati dan badan selagi duit rakyat tidak dikembalikan!



Betul setakat RM250 juta tak jadi apa. Terlalu kecil jumlahnya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN). Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene,  lapor KeadilanDaily.

"Dana RM250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen," kata Anwar. Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene. Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Dato Hamidah Othman 'mengeleto lutut' 636 undi Dun Sg Rapat sedang ditelan PAS


PAS Gopeng telah dan sedang bekerja keras untuk menawan Dun Sg Rapat yang kini dimenangi oleh Dato' Hamidah Othman, Exco Kerajaan Perak dengan majoriti undi hanya 636 sahaja. Hamidah dikatakan cukup 'sakit hati' dengan program-program anjuran PAS dalam Dun ini dan dia sanggup menganjur pelbagai majlis berdekatan tempat ceramah PAS bagi mempastikan 'gangguan' dapat dijayakan.

Sanggahtoksago.Com diberitahu, calon PAS Dun Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon (gambar sebelah kiri) telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dengan pelbagai pendekatan kebajikan, program santai, ziarah, terjah dan memperjuangkan nasib rakyat mengikut keupayaan Pakatan Rakyat setempat. Radzi bergerak sebagai calon PAS dan sudah diketahui umum. Ini menakutkan Hamidah dengan perkembangan terkini, PAS terus mendapat tempat. Ceramah PAS dihurungi rakyat berbanding ceramah Umno-BN. Apatah lagi, kemenangan Hamidah dengan majoriti 636 undi, memungkinkan proksi Muhyiddin Yassin ini akan terjunam lemas dalam Sg Rapat. 

Keputusan PRU-12: Dun N43 Sungai Rapat

Radzi bin Zainon (PAS) - jumlah undi 9,999
Hamidah bt. Osman (BN) - jumlah undi 10,635
Majoriti - 636 undi
Peratus keluar mengundi - 72.98%
Undi rosak - 406 undi 
Jumlah keluar mengundi - 21,040 orang
Melayu 62.4%, Cina 28%, India 9.3%, Lain-lain 0.3%.
Keputusan PRU-11 >> 2004: Hamidah Osman (BN) menang majoriti 6,269 undi.

Keputusan PRU-12: Parlimen P71 Gopeng

Datuk Ling Hee Leong (BN) - jumlah undi 22,328
Dr. Lee Boon Chye (PKR) - jumlah undi 29,696
Majoriti - 7,368 undi
Peratus keluar mengundi - 71.7%
Undi rosak - 1,279 undi
Jumlah keluar mengundi - 53,303 orang
Melayu 22%, Cina 48%, India 8.6%, Lain-lain 1%
Keputusan PRU-11 >> 2004: Tan Sri Dr. Ting Chew Peh (BN) menang majoriti 14,782 undi.

Berdasarkan perkembangan luar biasa kebangkitan rakyat hari ini, dan perasaan marah rakyat yang membuak-buak terhadap Hamidah yang dianggap orang yang berperanan menjatuhkan Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat, ditambah pula majoriti undi yang dikutip Hamidah pada PRU-11 (2004) 6,269 undi, telah jatuh merudum kepada 636 undi, sudah tentulah ini sedang mencemaskan beliau. Diperingkat Parlimen pula, Dr Lee Boon Chye (PKR) telah menelan majoriti undi BN pada 2004 iaitu 14,782 undi dengan memungut majoriti baru sebanyak 7,368 undi. Inilah yang menakutkan Hamidah dan Umno-BN Gopeng dewasa ini kerana mereka yakin mereka akan kalah kali ini...

Dato Adnan Ibrahim yakin BN akan kalah PRU-13, Najib gam mulut tak jawab Scorpene


Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dato' Adnan Ibrahim (bertshirt hijau) menyeru rakyat negara ini dapat menukar kerajaan Umno-BN dengan menggantikan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 tidak lama lagi. Ia bagi menyelamatkan negara yang makin pincang dipimpin oleh Najib Tun Razak, yang memanipulasikan rakyat dan Melayu untuk kepentingan mereka membukitkan kekayaan diri sendiri dan kroni, lapor Sanggahtoksago.Com.

Dalam ceramahnya di Markas PAS Kuchai, Bota, Parit Perak minggu lalu, Adnan yakin, kemasukan ramai bekas pegawai tinggi kerajaan ke dalam PAS sebagai signal kepada rakyat agar Umno-BN wajib disingkirkan dari pemerintahan negara. Terlalu banyak kepincangan yang didedahkan tidak dijawab oleh Najib Tun Razak malah dia mengambil sikap membisu bagi menutup isu tersebut terutamanya isu skandal Scorpene komisyen RM500 juta; sambut harijadi Najib RM80,000; penipuan menantunya; menginap di hotel semalam RM100,000; beli cincin permata RM24juta, biayai tunangan anaknya RM400,000 dan pelbagai penyelewengan yang 'menjolok mata'. 

Adnan yakin, rakyat akan bangkit dalam PRU-13 menuju Putrajaya dengan pemerintahan yang lebih telus dan bersih menggantikan Umno-BN yang terbukti korup. Apa yang diucap TPM, Muhyiddin Yassin bahawa "BN dalam bahaya", memang tepat katanya, kerana BN tidak lagi selamat di negara ini setelah angin kebangkitan rakyat mula bertiup kencang dan setaip skandal atau isu dikemukakan bukti lengkap oleh Pakatan Rakyat menyebabkan Umno-BN hilang punca untuk menangkis dakwaan.

Turut berceramah bekas calon PAS Bota, Dato' Tarmizi Mohd Jam, Yang DiPertua PAS Parit, Ustaz Ismi Muhd Taib yang juga calon PAS Parlimen Parit dan Pak Salleh Bakar. Lebih 300 hadirin memenuhi laman Markas Tarbiah PAS Kuchai. Majlis berakhir jam 12.30 tengah malam.

Gempar: Dr Ali Hamsa 'masuk' BN, tidak layak jadi Ketua Setiausaha Negara


Belum sampai tujuh hari, Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa (gambar) sudah menampakkan sifat pembodek dan pengampu. Rakyat yakin, atas dasar inilah, dia dipilih dan dilantik ke jawatan itu. Bukan kerana dia profesional, terbukti tiada sedikitkan sikap neutraliti dalam kerjayanya. Ini sangat-sangat memalukan negara kerana mendapat KSN yang lebih sudu daripada kuah. Ali telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.

"Mereka perlu tahu. Jangan terpedaya dengan janji kosong," kata Ketua Pengarah Unit Kersama Swasta (UKAS), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam respon kepada soalan yang diajukan oleh akhbar New Straits Times berkenaan janji pembangkang. "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna," kata ketua penjawat awam itu yang baru dilantik awal minggu ini, dalam satu temuramah bersama akhbar berbahasa Inggeris tersebut.

Kenyataan menyokong Barisan Nasional secara terbuka yang keluar dari mulut Ali itu membuktikan beliau bukan seorang yang neutral. Sebagai seorang penjawat awam  tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip 'neutraliti' yang didokong oleh kakitangan awam. Nampaknya, dia sendiri yang menolak ke tepi sifat profesional seorang KSN. Dia membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan etika penjawat awam. Ali kini sudah mengundang persepsi rakyat bahawa beliau adalah perkakas Umno-BN yang didudukkan di kerusi itu bagi mempastikan BN menang dalam PRU-13.

"Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner. This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies. The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day. This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs."

Sanggahtoksago.Com difahamkan sebagai seorang Ketua Setiausaha Negara, Ali tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Kini dia telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional dalam kenyataan media yang dibuatnya. Macam mana Ali tahu Pakatan Rakyat buat janji kosong? Pakatan belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya. Apa yang jelas, apabila KSN telah membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak layak memegang jawatan itu lagi. Tetapi itulah yang Umno-BN mahukan, bagi membantu mereka pertahan kuasa yang di hujung tanduk.

Lim Guan Eng 'ajar' Utusan Malaysia perkakas Umno yang kurang ajar, kaki fitnah dan auta


Sudah, sudahlah Utusan Malaysia. Terlalu banyak fitnah yang ditabur dibuktikan di mahkamah. Memang kamu boleh bayar saman, sebab ada pelindung dan taukeh yang membiayai kamu. Tetapi memfitnah untuk pertahankan kuasa dan jatuhkan orang lain terlalu mengaibkan. Inilah yang menjadikan Umno kian membusuk seperti kata Tun Mahathir Mohamad.Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati akhbar tunggangan Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng. RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Malaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB. Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Sanggahtoksago.Com difahamkan anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai. Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim. Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'. Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam. Tahniah Lim Guan Eng yang terus berjuang untuk keadilan rakyat Malaysia. 

Visvanathan rasa bertuah apabila Mohd Sabu maafkan, Utusan tetap terima bahana


Bertuahlah Visvanathan a/l Muthu, 75, kerana berdepan dengan Timbalan Presiden PAS yang pemaaf orangnya. Jika orang lain, belum tentu Visva akan dimaafkan. Visva tentulah gembira dengan sikap Mohd Sabu itu. Bukan isu kecil, memalukan dan menjatuhkan maruah seseorang. Tetapi, Mohd Sabu bukan sahaja pemaaf malah mudah mesra, kelakar dan tidak pendendam. Dia sudah memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong itu yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu. 

Sanggahtoksago.Com difahamkan Mohd Sabu bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat. Seperti yang rakyat tahu, Utusan Malaysia adalah lidah tak rasmi Umno dalam menggodam Pakatan Rakyat. Laporannya terkenal berat sebelah dan tetap pendirian dengan menjulang Umno-BN dalam apa keadaan sekalipun.

Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepada Mohd Sabu di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed iaitu Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan. Dia maafkan Visva berdasarkan kepada keinsafan lelaki India itu yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia. Namun Mohd Sabu tetap enggan memaafkan Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya beliau menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. 

Sabtu, Jun 23, 2012

Jatuh bangun politik cinta pasangan kura-kura berumur 115 tahun yang tragis


Pasangan Reptilien Zoo Happ, Austria, sudah puluhan tahun hidup bersama. Namun, kini mereka memutuskan untuk berpisah. Seperti dimuat Discovery.com, dua kura-kura tersebut, Bibi dan Poldi telah mengakhiri "perkawinan" yang diketahui melibatkan dua hewan tertua di dunia. "Kami mendapat kesan, mereka tak tahan untuk hidup bersama," kata direktor zoo, Helga Happ kepada Austrian TimesTanda-tanda keretakan hubungan tidak sulit dideteksi, Bibi yang kelihatannya lelah dengan perhatian yang diberikan Poldi, menyeret tubuhnya menjauh. Terkadang, Bibi betina bahkan menyerang Poldi jantan, memaksa para staf memindahkan Poldi ke kandang terpisah.

Khabar baiknya, mereka tidak berusaha untuk membunuh satu sama lain. Untuk diketahui, meski tak punya gigi, kura-kura punya bingkai mulut yang runcing dan rahang superkuat. Dengan modal itu mereka dapat saling menyerang. Dan para petugas zoo tidak mahu menunggu sampai kemungkinan terburuk terjadi. "Umur mereka sepantaran, berusia 115 tahun, keduanya sudah bersama-sama sejak kecil, tumbuh bersama, dan menjadi pasangan. Tanpa alasan jelas, hubungan mereka tidak dapat bertahan lagi." Happ dan para stafnya sudah berusaha keras untuk mempertahankan perkawinan itu. Mereka bahkan memberikan "kaunseling" pada pasangan itu, "makanan romantis", juga permainan bersama. Namun, tak ada hasil.

Justru, Bibi saat ini terlihat sedang menikmati kehidupan barunya sebagai kura-kura betina bujang. Bibi dan Poldi kali pertama bertemu di Zoo Basel di Swiss. Mereka kemudian pindah bersama ke Zoo Austrian di Klagenfurt, di mana mereka menjalani hidup sebagai pasangan selama 36 tahun. Rutinitas yang dilakoni dua hewan itu tidak berubah selama bertahun-tahun. Kura-kura diketahui boleh hidup lebih dari 150 tahun. Masih ada harapan pasangan ini dapat rukun damai. "Kami mencoba untuk melibatkan dua kura-kura itu dalam interaksi. Kami berharap bahawa keduanya mungkin menemukan harmoni mereka kembali." 

Terpukul: Jika wujud RM3 bilion, sudah lama Mahathir 'sembelih' Anwar


Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud. "Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya," kata Ketua Pembangkang itu. Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.

Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti. Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu. Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.

"Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa. Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan dengan menjerit "3 bilion" lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk bertanyakan soal itu. Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua "kelu lidah" tidak berkata," katanya. Anwar juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. 

"Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib mahupun Rosmah. Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Azwanddin Hamzah didakwa jadi ejen Umno urusniaga beli MP Pakatan Rakyat


Seorang lagi ejen Umno BN yang berada di dalam video cubaan membeli dua Ahli Parlimen (MP) Pembangkang didedahkan. Pada tayangan video kali ketiga di Bangunan Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan, individu tersebut adalah Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, Azwanddin yang merupakan bekas Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berperanan sebagai 'kepala' dalam komplot memujuk MP supaya melompat parti.

"Pada minggu lalu, saya mendedahkan Zamil Ibrahim terdapat dalam video ini. Hari ini, seorang lagi saya dedahkan iaitu Azwanddin dan saya kaitkan perbualan kedua-dua mereka," katanya. Kata Khalid lagi, modus operandi Azwanddin adalah mendekati pemimpin KEADILAN yang tidak berpuas hati dan berkemungkinan tidak disenaraikan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketika video itu dirakam, Khalid berkata, Azwanddin memberitahu kepada dua wakil Pakatan, separuh daripada calon KEADILAN tidak akan dicalonkan semula dan mereka termasuk dalam senarai untuk dipujuk. Khalid turut mendedahkan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub juga pernah dipujuk Azwanddin supaya meninggalkan parti.

"Ketika itu, Mustaffa baru sahaja kalah dalam pemilihan parti. Beliau disaran supaya menubuhkan sebuah NGO. Mengenai dana, Azwanddin kata itu tidak perlu dirisaukan…," kata beliau. Tayangan kali ini merupakan kesinambungan tayangan lalu tetapi Khalid menambahkan durasi beberapa minit dalam video berkenaan. Beliau turut mendedahkan tayangan baru berdurasi kurang daripada satu minit yang memaparkan perbualan antara Zamil dengan wakil Pakatan sebelum kehadiran Azwanddin ke restoran terbabit.

Berikut adalah kandungan perbualan video hari ini: "Saya pun dari asal PKR… Kawan-kawan saya… Sala… I mean… Sat… Sallehuddin dengan report tu semua… Lepas tu ini Shamsul Iskandar, Jonah dan sebagainya ramai kawan-kawan lagi… kadang kala kita jumpa, kita cakap termasuk Datuk Rashid Din Merbuk. Saya rasa lebih kurang sekarang 31… Saya rasa sekarang lebih dari setengah… Sani… Abdullah Sani, Ini apa Amran, Ajiz Ketereh, Ini semua tidak akan disenarai semula..," kata Zamil dalam transkrip video tersebut.

Video ini dirakam antara Zamil dengan dua wakil Pakatan. Ia sebelum kehadiran Azwandin. Khalid berkata, beliau akan menayangkan berperingkat-peringkat video selama tiga jam itu.

Tandatanya besar: Mengapa Zahid Hamidi nak dedah skandal Scorpene di Parlimen Malaysia bukan di Mahkamah Perancis?


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab mengenai penjualan dokumen rahsia tentera laut dalam urusniaga pembelian Scorpene di Mahkamah Perancis bukan sekadar di Parlimen Malaysia. Menyambut baik hasrat itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua bagaimanapun berkata, skandal tersebut telah menjadi isu antarabangsa dan tidak sesuai untuk dijawab di Parlimen.

"Kami memang mengharapkan kementerian memberi kerjasama penuh dalam skandal berkenaan. Tetapi apa yang lebih penting mereka perlu tampil ke prosiding di Perancis. Tidak cukup sekadar menjawab pertuduhan di sini (sambil menunjukkan Dewan Rakyat)," katanya di lobi Parlimen. Ahli Parlimen Batu itu turut menuntut jaminan kerajaan membenarkan peguam yang mengendalikan kes berkenaan masuk ke negara ini tanpa sebarang halangan dan ugutan. Katanya, jaminan itu perlu diucapkan oleh Zahid sendiri di Parlimen atau menulis surat rasmi kepada peguam berkenaan.

"Baru-baru ini, Jabatan Imigresen berkata, tiada sekatan terhadap William Bourdon (peguam Perancis) untuk masuk ke Malaysia. Jadi kita nak dengar sendiri komitmen daripada kerajaan atau menteri yang bertanggungjawab," kata Tian. Dalam sidang media semalam, Zahid berkata, beliau akan menjawab isu Scorpene pada persidangan Dewan Rakyat, 26 Jun ini.

Hujung Mei lalu, Joseph Breham, seorang lagi peguam yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan, dokumen sulit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijual kepada syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS dalam urusan pembelian Scorpene. Pada sidang medianya di Bangkok Thailand, Breham berkata, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial. Hakim yang menyiasat kes berkenaan juga dikatakan mahu mengetahui tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada DCNS.