Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar ul Haq menyifatkan 1 Malaysia adalah lambang rasuah bukannya lambang perpaduan. Oleh itu, sebagai kartunis beliau menolak untuk bernaung di bawah lambang satu 1Malaysia kerana,"Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut."
Zunar mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya kartunis menyokong gagasan "1Malaysia" semalam yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej "1 Malaysia" melalui karya-karya. Datuk Seri Najib berkata demikian dalam majlis PM Bersama Kartunis di Pasar Seni, 24 Jun lalu. Sanggahtoksago difahamkan, Zunar menolak anugerah dan wang tunai sekitar RM10,000 oleh penganjur kerana program tersebut bukan program seni tetapi politik.
Ini kerana, penganjurnya adalah dua pemimpin Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Putra Umno) dan Datuk Suhaimi Shadan (Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Umno). Walau pun kenyataan Perdana Menteri itu adalah satu gesaan, tetapi sekiranya ia datang dari mulut Perdana Menteri, ia ditafsir sebagai arahan, kata Zunar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan