Melalui jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Abdul Aziz di Parlimen yang mengesahkan kewujudan cincin bernilai US24 juta yang begitu diheboh-hebohkan suatu ketika dahulu. Berbagai kenyataan berhubung isu cincin berlian itu diberikan, menambahkan lagi kesangsian rakyat. Kenyataan pertama: Ekoran terpaparnya di kaca-kaca internet borang deklarasi kastam KLIA yang menunjukkan cincin bernilai US24 juta itu adalah kepunyaan isteri Dato' Seri Najib Tun Razak (Datin Rosmah Mansor) dan apabila dicabar supaya mengambil tindakan undang-undang, kenyataannya ialah tidak perlu membuang masa.
Kenyataan kedua: Cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia adalah untuk menyertai Pameran Barang-Barang Kemas di Kuala Lumpur. Kenyataan ketiga: Pengesahan Menteri di Parlimen bahawa cincin tersebut telah dipulangkan kepada Jacob & Co yang berpusat di New York. Begitu juga dengan dan pembelian pelbagai jenis barangan mewah sebagaimana yang dilaporkan dalam media yang dikaitkan dengan isteri dan keluarga Najib, ia sekaligus menebalkan lagi kesangsian rakyat terhadap kekayaan peribadi Najib sekeluarga.
Baru-baru ini timbul pula berita Najib membelanjakan wang rakyat lebih RM400 ribu untuk jamuan majlis pertunangan anak perempuan dan hampir RM80 ribu untuk sambutan hari jadi Najib sendiri. Sudah timbul cakap-cakap di warung dan kedai kopi bahawa hanya dalam tempoh 3 tahun saja kekayaan keluarga Najib telah melebihi kekayaan Imelda Marcos.
Persoalan yang bermain di hati rakyat ialah bagaimanakah kekayaan itu diperolehi? Dalam hal ini Najib tidak seharusnya hanya berdiam diri atau sekadar meminta pihak lain membuat penafian tanpa sebarang fakta dan angka. Selain keperluan bersuara sendiri dan mengemukakan bukti untuk menangkis segala dakwaan yang ditimbulkan itu, ada yang menyarankan agar Najib berani bersumpah di mana-mana masjid bahawa segala perbelanjaan dan kemewahan yang dimiliki adalah diperolehi secara halal, milik yang sah dan tidak ada satu sen pun hasil dari pengambilan wang rakyat.
Dalam hal ini, saya tidak mahu memberi komen, terserahlah kepada Najib sendiri. Tetapi jika ini dapat dilakukan, sudah tentu keyakinan rakyat dapat dipulihkan dan memberi kelebihan untuk Najib dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. Sesuai dengan semangat keterbukaan yang menjadi teras kepada mana-mana kerajaan di kebanyakan negara sekarang ini, saya juga ingin mencadangkan agar Perdana Menteri, menteri kabinet dan pegawai tinggi kerajaan mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing untuk pengetahuan rakyat.
Di Amerika Syarikat, malah di Indonesia pun, calon-calon Presiden dikehendaki mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing serta keluarga sebelum mereka menawarkan diri menyertai pilihanraya. Sekiranya perkara yang sama dapat dilakukan oleh Najib sebelum pilihanraya ini, ia tentunya suatu berita gembira bagi rakyat dan mereka akan dapat menilai sama ada seseorang pemimpin itu terlibat dengan rasuah atau sebaliknya.
Dalam hal ini, saya amat berkeyakinan jika amalan mengisytiharkan harta dan kekayaan oleh anggota kabinet dan pegawai tinggi kerajaan termasuk keluarga mereka untuk pengetahuan rakyat dapat dijadikan teras pentadbiran Najib, ia akan mampu melonjakkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ini serta boleh dijadikan garis panduan bagi pemimpin akan datang sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri.

>> Komentar Tamrin Tun Ghafar Baba. Beliau ialah ahli Umno dan bekas Pengerusi MARA.
5 ulasan:
Нi there, yeah this pіece of ωritіng is actually pleаѕant and I
have learneԁ lot of thingѕ from it on thе tоpic оf blogging.
thankѕ.
Visit my page payday loans
I think the аԁmіn of thіѕ web sіte iѕ аctuallу
ωoгking hard foг his ωebsite, becаuse here evеry dаtа
іѕ qualіtу basеԁ data.
my hοmepagе - short term loans
Thank you for the auspicious writeup. It if truth be told was
once a leisure account it. Glance complex to more delivered agreeable from you!
By the way, how can we communicate?
Also visit my homepage website
you are in point of fact a good webmaster. The web site loading
speed is incredible. It kind of feels that you are doing any distinctive trick.
Furthermore, The contents are masterwork. you've performed a excellent process in this matter!
My web site: Plumber Dublin
Hi there would you mind stating which blog platform
you're using? I'm looking to start my own blog in the near future
but I'm having a difficult time making a decision between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design and style seems different then most blogs and I'm looking for something unique.
P.S Sorry for being off-topic but I had to ask!
Feel free to surf to my blog; find car insurance quotes online
Catat Ulasan